Sunday, March 11, 2012

Tindakan kerajaan Selangor Pakatan Rakyat untuk ambil alih pengurusan Taman Botani Negara Shah Alam dari Kerajaan Pusat ada unsur sabotaj ?

Menurut kenyataan media Datuk Noh Omar (sumber) , kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bercadang untuk mengambil alih pengurusan Taman Botani Negara di Shah Alam.  Diberitahu alasan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah peruntukan yang disediakan oleh kerajaaan persekutuan tidak mencukupi. Untuk pengetahuan umum kerajaan pusat telah membelanjakan sebanyak RM 236.04 juta sejak taman itu dibuka pada tahun 1986. Malah menurut Datuk Noh Omar juga , Kemeterian Pertanian juga telah memperuntukkan sebanyak RM 161 juta untuk menjayakan pelan induk Taman Botanic Negara Shah Alam bagi menjadikan tempat itu sebagai sebuah pusat Agro Pelancongan Negara.


Berikut adalah latar belakang Taman Botanic Negara Shah Alam seperti yang terdapat dalam laman web Majlis Bandaraya Shah Alam (sumber)

"Taman Bukit Cahaya Seri Alam merupakan sebuah taman pertanian pertama dan terbesar di Malaysia. Di samping sebagai sebuah pusat rekreasi, Taman Pertanian juga merupakan satu-satunya taman pemeliharaan semulajadi Malaysia. Taman ini juga berperanan sebagai pusat rujukan dan kajian dalam bidang pertanian. Keluasan taman ini meliputi 865 hektar dan menawarkan tempat-tempat menarik seperti sawah padi, taman kaktus, taman orkid, taman rama-rama, taman rempah ratus, tempat memancing dan sebagainya yang berkonsepkan alam semulajadi. Ianya amat sesuai untuk keluarga dan pelajar-pelajar serta dibuka untuk orang ramai."

Jadi adalah menjadi satu tanda tanya dengan segala usaha dan peruntukan kerajaan pusat dalam membangunkan kawasan ini, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih pengurusan ? Alasan dana yang diterima adalah tidak mencukupi tidak boleh diterima sama sekali, dikatakan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor juga bercadang untuk menjual tanah seluas 40 hektar di Taman Botanic Negara Shah Alam untuk mencari dana sebanyak RM 100 juta. Kenapa perlu mencari dana RM 100 juta sedangkan RM 161 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pertanian ? Adakah ini usaha kerajaan Pakatan Rakyat untuk mensabotaj usaha kerajaan pusat sejak tahun 1986 lagi ? Atau mungkin juga kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor melihat potensi untuk mendapatkan 'sumber' kerajaan negeri secara mudah dengan penjualan tanah di kawasan ini ? 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu