Tuesday, March 20, 2012

Spin Khalid Ibrahim & Lim Guan Eng menggunakan WSIA (Water Services Industrial Act)?

Baru-baru ni Khalid Ibrahim ke London untuk mendapatkan khidmat nasihat undang2 di sana untuk mengambil alih aset-aset air di Selangor dari kerajaan persekutuan. (sumber)

Khalid cuba dapatkan nasihat dari peguam2 di London dengan menjelaskaan bahawa kerajaan persekutuan tidak bekerjasama dalam perlaksanaan Akta Industri Perkhidmatan Air atau Water Services Industrial Act (WSIA).  Apa yang cuba di 'spin' oleh Khalid ialah pemindahan aset air diperlukan di bawah WSIA, iaitu semua aset air di Semenanjung diletakkan di bawah kawalan persekutuan sebelum disewakan semula kepada pemegang lesen di negeri-negeri untuk beroperasi. Buat masa sekarang pemegang lesen individu mengawal selia aset 2 air di Selangor adalah SYABAS dan kerajaan PR Selangor berhasrat mengambil alih dari SYABAS. Bayangkan selama ni pengurusan air di Selangor adalah teratur di bawah SYABAS, keadaan pasti jadi haru biru jika diambil alih oleh syarikat yang bakal dilantik oleh kerajaan PR Selangor.Contoh perbandingan mudah ialah kutipan sampah di Selangor.


Sepatutnya, sebelum cuba menjadi 'hero' rakyat negeri Selangor dengan mengadu domba di London , Khalid Ibrahim seharusnya mengkaji dan membezakan perkara-perkara di bawah ini ;

1 - Water Services Industry Act 2006 - Act 655 menyatakan Hak Kerajaan Pusat didalam mengawalselia sahaja industri bekalan air di Semenanjung Msia & WP. (sumber)



2 - Ninth Schedule - Perlembagaan Msia....hak mutlak Kerajaan Negeri utk pengurusan bekalan & juga sumber air.

3 - Pengurusaan Asset Air Berhad (PAAB)....Perbadanan di bawah MOF Inc utk menjamin tariff air mampu dibayar oleh pengguna dan juga selaras dgn Ninth Schedule yg mana hanya Agensi Pusat saja boleh membuat sebarang pembiayaan utk projek infra. (sumber)

4 - Kepentingan State GLC/GOC didalam semua Operator Konsesi Bekalan Air...SYABAS, ABASS, SPLASH & Sg Harmoni.

Tanpa WSIA (Act 655) dan PAAB tariff air di Msia akan mencecah minima RM 5/cu m jika diambil kira semua pembangunan CAPEX (capital expenditure) i.e Ampangan, Alurmasuk, Loji Rawatan & Laluan Paip dimana ianya merupakan 75% of the total cost....yg kita bayar hanya kos operasi (OPEX)...

Dalam kes ini juga kita dapat melihat sikap hipokrit kerajaan PR dengan membandingkan situasi yang berlaku di Pulau Pinang apabila mereka bersetuju dgn Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air, dimana hutang Kerajaan Negeri sebanyak RM 655 juta di pindahkan ke PAAB dan seterusnya PAAB memperuntukan RM 1. 2 B melalui PBAPP utk Projek Menaik Taraf Mengkuang Dam. Jelas menunjukkan kerajaan PR Pulau Pinang menerima WSIA , lain pula hal kerajaan PR Selangor dimana WSIA dikatakan zalim ! Persamaannya ialah kedua-dua kerajaan PR Pulau Pinang dan PR Selangor 'spin' WSIA . Kerajaan PR Pulau Pinang menggunakan WSIA dengan mendakwa mereka berjaya melangsaikan hutang kerajaan negeri sebanyak RM 655 juta , dan Kerajaan PR Selangor pula guna WSIA dan 'spin' perkara2 yang termaktub dalam akta itu pada peguam2 di London.

1 comments:

Membontot di London memanglah mengujakan.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu