Thursday, March 22, 2012

Sokongan Majoriti Mahasiswa Terhadap DS Najib di Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di UiTM Shah Alam

Hari ni bertempat di Dewan Tunku Canselor UITM Shah Alam , wakil2 institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia telah menghantar wakil-wakil mereka untuk pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa .YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 24 Ogos 2011. Objektif penubuhan YSS adalah bertujuan merancang, melatih, mengurus serta memantau pelaksanaan program kesukarelawanan dan kemanusiaan yang diterajui oleh mahasiswa Malaysia, dalam dan luar negara. Dalam erti kata yang mudah mahasiswa didedahkan dengan aktiviti2 kesukarelawanan dan kemanusiaan dalam masyarakat umum. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang bertanggungjawab terhadap aktiviti2 kemasyarakatan yang tertentu, ada di dalam montaj yang dimainkan masa pelancaran tadi..hehehe tapi aku tak berapa ingatlah, ohh ya salah satunya terlibat dengan kerja2 kemanusiaan di kawasan pedalaman.


Sambutan hari ni mengikut apa yang diberitakan ada lebih 5 ribu mahasiswa di dalam dewan dan 5 ribu lagi di luar dewan . Secara peribadi dari pemerhatian aku, jumlah yang ada lebih dari itu ! Melihat pada sokongan mahasiswa dan mahasiswi yang tersangat-sangat 'excited' dengan kehadiran DS Najib, aku berasa amat pelik kerana ada kumpulan kecil mahasiswa pembuat kacau yang mengaku mereka ni mewakili suara majoriti mahasiswa , pooodahh !





Ketibaan DS Najib disambut dengan kompang, hampir saja dengan bangunan dewan , gendang2 dipalu hebat dan bersemangat oleh pelajar2. Pelajar-pelajar dilihat teruja untuk bersalam dengan DS Najib, pelbagai aksi menarik dapat dilihat dibuat oleh kumpulan2 pelajar untuk mendapat perhatian, yang pasti dapat dilihat kumpulan2 mahasiswa ini memberikan sokongan yang padu untuk DS Najib. Sebaik sahaja PM memasuki dewan , pelajar yang diluar dewan berebut-rebut hendak masuk kedalam hingga terpaksa di tahan oleh petugas-petugas, kerana kapasiti di dalam dewan telah penuh ! Aku pun buat 'coverage' dari corridor dewan je.. gambar di bawah menunjukkan ke'frust' an seorang siswi kerana tak dapat masuk dewan.


Beberapa gambar lain aku muat kan dalam klip suara ucapan perasmian DS Najib semasa pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa .




Dato Seri Najib berjumpa dengan mahasiswa untuk menyeru mereka melakukan perkara2 kebaikan seperti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan. Anwar pula panggil mahasiswa-mahasiswa untuk berdemo..fikir-fikir kan lah .




1 comments:

Hidup PM! Hidup VC uitm! Hidup Menteri KPT! We love u dato seri najib, dato sahol & dato seri khalid! Tq for everything! :)

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu