Thursday, March 8, 2012

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM427 billion ! Nak bayar hutang luar negara takde masalah ...


Gambar aku snap dari portal Star online , berita penuh disini  (sumber) . Ulasan aku hingga. 30 June 2011, jumlah hutang kerajaan persekutuan ialah RM437.2 billion, dari jumlah itu hanya RM 16.2 billion merupakan hutang luar negara. Dari jumlah rizab yang ada pada Bank Negara Malaysia, kita tahu takde masalah untuk kerajaan settle hutang luar negara . Rakyat patut bimbang kalau hutang luar negara lagi tinggi dari hutang dalam negara.

Sumber hutang dalam negara diperoleh melalui terbitan bil perbendaharaan,terbitan pelaburan kerajaan,sekuriti kerajaan malaysia,pinjaman perumahan dan terbitan sukuk simpanan rakyat serta sukuk 1Malaysia. Pemegang instrumen di atas terdiri dari institusi kewangan,syarikat insurans dan KWSP & SOCSO. Kalau diperhatikan sumber hutang dalam negara dibuat adalah untuk kepentingan rakyat juga. Boleh rujuk dokumen hutang kerajaan dalam negeri di laman web www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0910/jp4_8.pdf

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu