Saturday, March 10, 2012

Program 1Care juga bakal menerima nasib seperti SBPA ?

Aku bukan lah seorang penjawat awam , jadi bila SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) yang diperkenalkan pada Januari 2012 , aku buat tak kisah je .. hehehe , cuma aku tengok CUEPACS macam tak puas hati je pasal SBPA ni , masa SSM dan SSB diperkenalkan CUEPACS tak bising sangat.  Antara 5 tuntutan CUEPACS mengenai SBPA ialah :-


1. mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah
2. mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA
3. mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum
4. mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus dan semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred
5.tiga lagi pegawai tertinggi dalam CUEPACS dibenarkan menyertai mesyuarat pasukan petugas khas SBPA


Apabila Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan SBPA pada 8 March 2012 , ramai penjawat awam menghela nafas lega. Buka itu saja, malah SSM ditambah baik dengan kenaikan beberapa peratus gaji untuk kumpulan penjawat awam !

'Point' aku disini ialah segala dasar2 yang direkabentuk oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang boleh  menyusahkan rakyat pasti akan diteliti dengan rapi oleh Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri . Sesuai dengan konsep 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' dasar2 yang dirasakan menindas rakyat akan ditamatkan . Dasar-dasar kerajaaan ini aku percaya dibuat oleh pegawai2 tinggi yang mungkin tidak prihatin dengan kesan yang diterima rakyat dari dasar yang mereka cipta itu.


Mungkin program 1 Care bakal menerima nasib yang sama dengan SBPA apabila diteliti PM kelak. Setakat ni aku difahamkan 1 Care masih dalam draf , walaupun masih dalam draf ramai yang dah melompat tak bersetuju. Jadi aku percaya DS Najib prihatin akan hal ini. Sekarang ni program 1 Care yang masih dalam draf  telah dimainkan oleh pecacai2 Pakatan Rakyat , terus menyalahkan kerajaan kerana dasar yang menindas ?  Ini lah politik songsang Pakatan Rakyat dalam mengelirukan orang ramai, perkara2 yang masih dalam draf pun dimanipulasi / spin.



Walau bagaimanapun aku percaya , DS Najib lebih bijak untuk menilai baik dan buruk sesuatu dasar itu . Contoh mudah ialah SBPA segera ditamatkan dalam tak sampai 3 bulan pelaksanaannya. Jadi kawan, jangan melatah dulu kalau ada apa2 dasar baru dalam perancangan, semua dasar ni dibuat oleh pegawai2 tinggi kerajaan samada untuk membodek boss dengan 'idea' yang kononnya bijak bagi mereka atau nak sabotaj boss secara halusss . Bukan aku tak tau , ramai ja penjawat tinggi dalam kerajaan pro Pakatan Rakyat. Bila dah bersara nanti bersuara lah barua-barua ni lepas puas peroleh kesenangan dari kerajaan yang mereka sendiri kutuk/benci !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu