Sunday, March 4, 2012

Antara Mitos Gaji Minimum dan Realiti Peningkatan Pendapatan Per Kapita melalui Plan Transformasi Ekonomi

Dr.Mahathir hari ini dalam 'entry' terbaru blog menyatakan bahawa pelaksanaan gaji minimum mungkin boleh menjadikan Malaysia muflis. Antara 'point' paling penting Dr.Mahathir ialah apabila gaji atau pampasan bekerja tidak diikuti dengan pertambahaan produktiviti. Portal Malaysiakini seperti biasa cuba 'spin' tajuk dengan menulis "Dr.M : Kenaikan gaji mungkin mufliskan Malaysia" . Sebenarnya kenaikan gaji dan perlaksanaan gaji minimum adalah dua perkara yang berbeza .Kenaikan gaji berlaku selari dengan pertambahan produktiviti , perlaksanaan gaji minimum pula tiada kaitan dengan produktiviti.


Sebenarnya, aku setuju dengan pandangan Dr.Mahathir , malah pandangan ni sepatutnya amat mudah difahami bagi orang2 kebanyakkan, iaitu gaji yang diterima (input) berkadar dengan pengeluaran (produktiviti). 

Contoh mudah , katakan seorang pekerja kilang dibayar RM30 untuk menyiapkan 5 bungkusan produk sehari, sekiranya kurang atau lebih dari itu, pekerja akan dibayar RM6 untuk setiap bungkusan yang dibuat . Sebaliknya,sekiranya gaji minimum dilaksana, katakan kilang dikehendaki membayar minimum RM60 sehari kepada pekerja tanpa mengambilkira bilangan produk yang dapat dibungkus. Hal sebegini secara tidak langsung akan menjejaskan produktiviti pekerja kerana mereka tahu mereka akan tetap dibayar RM60 sehari tanpa mengambilkira bilang produk yang dibungkus ! Kesannya kepada syarikat ialah mereka terpaksa menanggung kos tetap (gaji minimum pekerja) tetapi pada masa yang sama terpaksa menanggung kerugian apabila produktiviti berkurangan.


Sebenarnya apa yang Dr.Mahathir tulis tu dah pun terbukti di negara Eropah, ingat lagi bagaimana kejatuhan negara Greece semasa Krisis Ekonomi Eropah ? Cuba baca petikan di bawah (sumber)


"The wages increased very fast which led to a wage-price-spiral. The labor market conditions and the productivity developments were completely disconnected from the wage costs. Even now the wages react too less to the current downturn, which is still diminishing their competitiveness"

DS. Najib menyedari hal ini dan prihatin masalah yang dihadapi rakyat dengan kenaikan harga barangan yang tidak setimpal dengan gaji yang diterima. Oleh itu beliau telah merangka ETP (Program Transformasi Ekonomi) untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Selain tumpuan dilakukan terhadap peningkatan GDP (Gross Domestic Production, Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK) , fokus juga diberikan pada peningkatan GNI (Gross National Income, Pendapatan Kasar Negara) , dari rujukan Wikipedia , GNI negara Malaysia sekarang berada pada USD 7,760 per kapita.

Terdapat 12 NKEA (National Key Economic Area / Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi) yang ditumpukan oleh DS. Najib untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi yang dicadangkan. (sumber) . Untuk kesemua 12 NKEA ini , terdapat 131 Entry Point Project (EPP atau Projek-projek permulaan) dan 60 peluang perniagaan.  Salah satu daripada 12 bidang ini iaitu bidang pertanian sahaja, terdapat 16 EPP dan 11 peluang perniagaan yang dikenalpasti bakal memberikan GNI sebanyak RM 21.44 billion dan mewujudkan 74,600 pekerjaaan baru! (sumber


Oleh itu, plan transformasi ekonomi yang dirancang DS.Najib adalah perancangan yang baik dalam meningkatkan pendapatan rakyat , dan bukan hanya sekadar membuta tuli mewajibkan syarat gaji minimum seperti yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu