Wednesday, March 28, 2012

Musim 'parasit-parasit' UMNO menyerang kali ni Sakmongkol AK47

Seorang blogger ex-UMNO Sakmongkol AK47 membebel memperlekehkan UMNO dan pentadbiran Najib dalam posting terbaru beliau 'Mentalkinkan UMNO' pada 27 April 2012. Sebenarnya aku tak peduli sangat identiti blogger ni, cuma aku cuba menangkap penulisan mereka adakah semata-mata retorik politik kosong, atau ada fakta-fakta yang lengkap untuk menyokong hujahan dalam tulisan mereka . Entry blog 'Mentalkinkan UMNO' oleh Sakmongkol AK47 lebih kepada retorik politik kosong semata-mata, mungkin juga di hasut oleh kepala-kepala dalam DAP yang menyuap . Entah apa analisis yang diguna pakai bila beliau mengataakan rakyat sedah lemas dan meluat dengan UMNO .


Gambar hiasan

Secara peribadi aku berpendapat Sakmongkol AK47 mungkin masih melihat kepada corak sokongan rakyat pada PRU 2008 . Kalau cakap soal PRU 2008 memang lah , masa tu aku pun hangat hati dengan pentadbiran kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah . Sebelum PRU 2008 lagi aku dah terdengar macam-macam cakap bagaimana caranya nak 'ajar' kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah. Bukan di kalangan rakyat saja , malah bekas Perdana Menteri sendiri , Tun Dr. Mahathir yang bertubi-tubi menyerang kepimpinan kerajaan BN pimpinan Pak Lah . Dan dah tentu sekali, pihak pembangkang mengambil kesempatan dari kelemahan kerajaan BN dan UMNO ketika itu. Analogi-analogi yang digunakan oleh Sakmongkol AK47 sebenarnya lebih sesuai digunakan pada PRU 2008 iaitu semasa Pak Lah menjadi PM. Kalau kita masih ingat, terdapat pemimpin-pemimpin pembangkang yang memuji-muji pentadbiran Pak Lah ketika itu . Mereka cuba menggunakan mainan psikologi untuk terus mengekalkan Pak Lah sebagai PM . Maka senanglah kerja mereka nanti di PRU yang seterusnya.

Malangnya ini tak berlaku apabila Pak Lah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan menyerahkan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kepada Najib pada tahun 2009 . Sebelum ini aku malas nak mengetahui hal-hal politik apatah lagi terlibat dalam parti politik. Namun bila Najib mengambil alih pimpinan dari Pak Lah , aku mula nampak sinar harapan untuk merasakan lagi kegemilangan pentadbiran kerajaan seperti di bawah Tun Dr. Mahathir mula cerah. DS Najib boleh dikatakan pemimpin yang bijak (Ijazah Ekonomi Industri) dan bukan sekadar beretorik politik kosong seperti sesetengah pemimpin-pemimpin yang hanya pandai bercakap tapi 'zero' dalam perlaksanaan. Jadi aku bermula secara perlahan-lahan untuk menjinakkan diri dalam dunia politik dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan di ruang 'cyber' . Cukup lah bagi aku selagi DS Najib menjadi teraju pimpinan negara, peluang untuk menaikkan kembali momentum kemajuan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat masih ada. Saki baki 'sampah' yang pernah membusukkan UMNO dan Barisan Nasional masih boleh dibersihkan secara perlahan-lahan. Dan ada juga 'sampah-sampah' ni dah berpindah ke kem lawan.

Bila Sakmongkol AK47 mengatakan negeri-negeri PR ditadbir lebih baik . Itu seperti ulangan ayat yang pernah dibuat oleh pemimpin2 pembangkang . Bila dikatakan di 'tadbir' lebih baik mereka hanya memberikan fakta-fakta yang tidak lengkap. Masih ingat bagaimana Lim Guan Eng dengan bongkaknya berkata hutang kerajaan Penang di bawah DAP berkurang dengan banyaknya ? Dan tak pula dia menyebut hutang itu sebenarnya di bayar oleh kerajaan persekutuan ? Dan bila dikatakan ditadbir dengan lebih baik , tidak pula di utarakan isu2 yang timbul seperti rumah kos rendah di bahagian pulau, Pulau Pinang pembinaannya semakin kurang berbanding rumah 2 mewah , isu air di Kelantan , isu pemberian kontrak pasir pada harga yang lebih rendah di Selangor dan krisis kepimpinan dalam negeri Kedah sendiri . Jadi aku pelik bagaimana pemimpin PR mendefinasikan 'lebih baik'.

Sakmongkol AK47 juga menyebut mengenai undi popular dan bermain-main dengan angka-angka 'undi popular' untuk membuat kesimpulan Najib tak menghormati rakyat. Mungkin masih mengambilkira gelombang sokongan rakyat terhadap PR di PRU 2008 , Sakmongkol AK47 membuat penilaian semberono untuk status sokongan terkini rakyat terhadap Najib . Rata-rata rakyat sebenarnya dapat merasakan perbezaan dan perubahan pentadbiran yang lebih baik di bawah DS Najib berbanding di era Pak Lah. Jadi tak mustahil majoriti yang diam ini akan memberi tsunami kejatuhan yang teruk pada PR pula di PRU 13 nanti, meluat dek sikap hanya pandai mencari kesalahan orang, tapi bila kena batang hidung sendiri tak dijadikan isu pulak !

Pemimpin-pemimpin PR silap apabila berpendapat rakyat menyokong mereka dengan hanya menilai jumlah bilangan orang di ceramah-ceramah, di demonstrasi2 haram yang menyusahkan . Penyokong-penyokong tegar ini sebenarnya mula berani membuat kacau apabila mereka merasakan majoriti rakyat disebelah mereka dengan masih berpandukan keputusan PRU 2008 . Adakah jumlah 'beruk-beruk' di jalanan yang ramai boleh dijadikan indikator sokongan rakyat terhadap PR? Prfttt...just cut the crap, nobody know what it would be in this coming General Election.. and I wonder why there's no argument from UMB blogger's and one of them mentioned that he agreed what had been written by Sakmongkol AK47 ? Not even a rebuttal with some intelligent analysis?He should do more study on this instead of doing those ridiculous photoshop in his blog.

Sekarang ni musim 'parasit-parasit' dalam UMNO menyeberang ke kem sebelah sana dan bercerita mengenai keburukan parti yang pernah di gunakan 'parasit-parasit' ini untuk mengaut keuntungan . Mungkin tak puas dengan keuntungan yang dinikmati, apabila 'parasit-parasit' ini tidak diberi peluang dan jawatan lagi, maka mereka mencari tempat lain untuk dijadikan perumah , dan 'timing'nya pula apabila pilihanraya semakin hampir. Memang 'parasit-parasit' ni dasar manusia hipokrit, kalau dah tahu terdapat macam-macam penyelewengan dalam UMNO , they should have go at the first place. Ini tidak , 'perasit-perasit' ni merembat dulu apa yang patut selama bertahun-tahun dan samada secara sedar atau tak mereka sendiri termasuk dalam golongan yang merosakkan Barisan Nasional dan UMNO . Just imagine those who took bribe and play hanky panky revealed that there is bribery and hanky panky in an organization . Fuck off lah !!!

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu