Sunday, March 11, 2012

Majlis Peguam nak siasat pemberian tender Lebuhraya Kinrara-Damansara , tender syarikat Kumpulan Semesta tak nak siasat ?

Majlis Peguam nak menyibuk lagi .. sekarang pasal pemberian tender Kidex Highway (Lebuhraya Kinrara - Damansara) . Kali ni depa nak menyiasat pemberian tender Kidex Highway kepada syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan UMNO iaitu peguam Datuk Hafarizam Harun dan isteri kepada bekas ketua hakim Tun Zaki Azmi. Syarikat yang dikatakan menerima tender itu ialah Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering. 



Pemberian tender biasanya dilakukan berdasarkan penilaian 'technical' dan 'commercial' 'proposal yang dihantar oleh pembida dan bukan atas kapasiti latar belakang syarikat pembida yang ada kaitan dengan ahli UMNO. Sekiranya rekod2 lepas syarikat mempunyai keupayaan untuk menyiapkan sesebuah projek dengan cemerlang dan harga yang ditawarkan pula berpatutan , kenapa 'proposal' syarikat harus ditolak semata-mata kerana dikatakan ada kaitan dengan ahli UMNO ? Adakah Majlis Peguam ni akan buat bising kalau tender itu diberikan pada syarikat yang ada kaitan dengan ahli2 dalam PR ?

Kalau dirujuk dalam laman web syarikat Emrail & Zabima Engineering , syarikat2 ini mempunyai pengalaman yang mantap dalam menyiapkan projek2 civil dan pembinaan (sumber) sejak tahun 88 lagi ! Emrail ditubuhkan pada tahun 1973. 


Zabima Engineering pula telah ditubuhkan pada tahun 1982, dan kepakaran mereka adalah dalam pembinaan jambatan , lebuhraya dan pembinaan fasilities rawatan air. 


Jadi tak mustahil pengalaman mereka dalam menyiapkan projek2 lepas dengan cemerlang menjadikan syarikat di atas terpilih untuk menyiapkan projek Kidex Highway. 

Aku difahamkan hal mengenai tender Kidex Highway ni dihebah-hebahkan oleh blogger Raja Petra . Pernah satu ketika dulu Raja Petra juga menulis berkenaan tindakan Majlis Bandaran Petaling Jaya mendapatkan khidmat guaman secara ekslusif dari loyar2 Parti Keadilan Rakyat iaitu N.Surendran, Latheefa Koya dan R.Sivarasa dan ahli majlis Derrick Fernandez.  Dan bagaimana pula cerita syarikat2 yang diberikan hak untuk melombong pasir di Selangor , adakah Majlis Peguam boleh 'confirm' syarikat2 (Kumpulan Semesta Sdn Bhd) itu tiada kaitan dengan ahli2 Pakatan Rakyat ? Malah banyak 'kekeliruan' dalam pengurusan syarikat KSSB sepatutnya disiasat oleh Majlis Peguam.  Contohnya tawaran KSSB kepada syarikat Jendela Teguh untuk membeli pasir pada RM8 / tan sementara harga jualan pada pembeli lain ialah pada RM 15 - 18 / tan (sumber)



Jadi samada syarikat itu mempunyai kaitan dengan orang UMNO atau orang PKR , yang penting adalah adakah penilaian tender berasaskan 'technical' dan 'commercial' 'proposal' yang terbaik . Kita hanya boleh membangkitkan terdapat penyelewengan dalam penilaian tender apabila 'technical' dan 'commercial' 'proposal' syarikat yang membida sesebuat tender itu tidak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan. Contohnya sekiranya syarikat diberikan tender tidak mempunyai track record kerja-kerja berkaitan dengan tender. 

1 comments:

Majlis peguam menunujukkan kebodohan mereka...Merendahkan martabat mereka...
Sebab tu org dah tak pandang sgt lawyer sekarang ni, byk sgt lawyer politik dan korup.

Kalau jujur nak atasi rasuah dan segalanya, kenapa double standard???..

Nampak sgt kebodohan lawyer lawyer sekarang ni!!!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu