Saturday, March 10, 2012

'Mahkamah Kanggaroo' SELCAT sibuk korek isu2 lepas, isu depan mata buat-buat tak nampak ?

SELCAT atau singkatan bagi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor telah ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat apabila mengambil alih negeri Selangor. Fungsi SELCAT setakat ni nampaknya hanya nak mencari salah dan penyelewengan kerajaan Barisan Nasional , mungkin untuk menampakkan SELCAT ni sebuah badan yang neutral ia turut dianggotai oleh 2 orang wakil dari Barisan Nasional , hakikatnya pendapat yang dikeluarkan oleh wakil2 ini tidak akan meninggalkan kesan dalam proses mencari keputusan.


kangaroo court is "a mock court in which the principles of law and justice are disregarded or perverted"

Apabila Datuk Noh Omar melabelkan SELCAT adalah sebuah mahkamah kanggaroo , ramai penyokong2 Pakatan Rakyat cukup marah dengan kenyataan beliau. Hakikatnya apa yang diperkatakan oleh Datuk Noh Omar adalah benar kerana penubuhan SELCAT seolah-olah cuba menutup penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu sendiri , sebaliknya jawatankuasa SELCAT ini cuba mencari kesilapan2 kerajaan Selangor semasa dibawah Barisan Nasional . Jawatankuasa SELCAT yang diketuai oleh ahli-ahli politik Pakatan Rakyat menjadikan SELCAT ni sebuah mahkamah yang berat sebelah ! Malah semasa Hassan Ali masih menjadi EXCO Selangor, beliau telah mengkritik SELCAT  dengan mengatakan SELCAT sepatutnya dianggotai oleh golongan professional yang bukan ahli politik.


Soal-soal berkaitan rundingan tender secara terus, pembukaan rumah2 urut yang berleluasa, penjualan pasir etc , walau pun telah dibangkitkan banyak kali , jawatankuasa SELCAT ini langsung tak mengambil kisah tentang dakwaan2 yang dibuat kerana ia membabitkan secara langsung kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, cuma baru2 ini apabila terdapat desakan demi desakan baru lah ada SELCAT membuat inquiry terbuka terhadap syarikat perlombongan pasir iaitu Kuala Semesta Sdn Bhd dan Yayasan Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu