Sunday, March 18, 2012

Lebih 20,000 yang hadir dalam program PM bersama rakyat di Putra Perdana, Selangor !!!

Program PM bersama rakyat di Putra Perdana hari ni betul-betul memberangsangkan , lebih 20,000 orang yang hadir. Program yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana itu dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, umur dan kaum. Jalan untuk masuk ke tempat program diadakan juga amat sesak, tetapi polis trafik bijak mengawal keadaan.



Untuk mengelakkan kesesakkan, aku terpaksa tinggalkan kereta jauh sikit dan berjalan je ke tempat program di adakan. Sampai je di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana, manusia yang dah sedia ada agak memberangsangkan ! Bukan orang Melayu je , orang India dan orang Cina pun ada . Jadi tanggapan yang mengatakan orang Cina tak menyokong Barisan Nasional adalah tidak betul , sebab yang datang program tadi memang ramai ! Gambar-gambar di bawah ni adalah suasana di luar kawasan sekolah . 




Gambar-gambar di bawah ni pulak adalah suasana di dalam kawasan sekolah ... ramai betul orang, sampai tak cukup kerusi . Letih berdiri hari ni.





Bila pengerusi majlis mengumumkan ketibaan Dato Seri Najib , seperti biasa lagu trademark 1Malaysia dinyanyikan. Nampak Dato Seri Najib yang diiringi Datuk Noh Omar agak teruja dengan kehadiran tetamu . Aku nak ambik video ucapan Datuk Noh Omar dan Datuk Seri Najib tapi phone Blackberry buat hal pulak!! Tension betul... sebab terlalu ramai orang yang hadir , phone aku terpelanting masa terlanggar orang , dah tak boleh 'function' certain button .. mujur boleh rakam suara , jadi lah..



Selepas berucap, Dato Seri Najib menyampaikan hadiah pada pelajar-pelajar cemerlang PMR sebelum melepaskan kira2 1,500 jentera bermotor Barisan Nasional untuk PRU-13 nanti . Memang hebat kalau ada jentera macam ni , ni baru untuk Parlimen Sepang, Serdang, Puchong, Hulu Langat dan Kuala Langat . Kalau campur dengan parlimen-parlimen lain , boleh gegar jentera PR di Selangor ni !


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu