Tuesday, March 13, 2012

Kilang pembuatan solar panel di Batu Kawan ada kaitan dengan Lynas di Gebeng ?

Pembinaan kilang yang mengeluarkan solar panel di Batu Kawan oleh syarikat multi-nasional Robert Bosch sebenarnya telah lama diperkatakan sejak June 2011 . Pada masa itu kerajaan DAP Pulau Pinang mendabik dada berbangga kerana Pulau Pinang dipilih oleh pelabur untuk projek ini . Mungkin kerajaan DAP Pulau Pinang dah lupa pelaburan yang tinggi di negeri itu disebabkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan pusat dan juga usaha-usaha kerajaan negeri Pulau Pinang semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Hal ini pernah saya huraikan dalam 'entry' yang lepas . (sumber)


Tulisan aku kali ni adalah untuk bercerita tentang sikap 'talam dua muka' untuk puak2 yang mengaku sayangkan alam sekitar. Mereka bermati-matian menentang kilang Lynas atas alasan mengancam kesihatan penduduk setempat dan juga alam sekitar . Tapi tahukah mereka bahawa kilang membuat solar panel juga mencemarkan alam sekitar dan menganggu kesihatan penduduk ? Ini terbukti apabila syarikat Jinko Solar terpaksa menutup kilang ini setelah mendapat protes yang hebat dari penduduk2 desa . (sumber) (sumber)



Apa yang berlaku di China ialah kegagalan syarikat Jinko Solar dalam menguruskan sisa buangan merbahaya dan seterusnya memberi kesan kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk setempat. Jelas di sini proses pembuatan solar panel juga menghasilkan bahan buangan toksik dan merbahaya , kes yang sama seperti Lynas. Soalnya disini ialah kecekapan dalam menguruskan sisa buangan ini (contohnya logam berat Cadmium Telluride, CdTe dan Copper Indium Gallium Selenide, CulnGaSe). Satu artikel berkaitan yang ditulis dalam Los Angeles Times (April 2011) mungkin menarik untuk dibaca dan dibuat rujukan (sumber)


Dan yang paling menarik , tahukah anda pembuatan solar sel yang murah adalah menggunakan elemen2 tanah jarang (rare earth) ? iaitu mineral yang diekstrak oleh kilang Lynas di Gebeng. Dengan kemudahan yang ada di Lynas adakah Robert Bosch akan menggunakan sumber yang lebih mahal untuk pengeluaran solar panel mereka?  (sumber)


Agak ironik, tetapi itulah kebenarannya iaitu elemen2 tanah jarang diperlukan untuk kelangsungan teknologi2 hijau seperti bateri kenderaan hibrid dan solar panel. Mungkin artikel ini dapat membantu kita untuk memahami perkara ini. (sumber)


Aku tak nak jadi hipokrit , jadi aku tak membantah pembinaan kilang pembuatan solar panel di Batu Kawan ni . Cuma aku persoalkan sekarang, dimana puak2 yang kononnya mahu jaga alam sekitar tu ? Tolong buat kempen Hijau 3.0 di Batu Kawan ! Sila tunjukkan konsistensi anda , kilang Lynas dan kilang pembuatan solar panel Robert Bosch berkait secara langsung . Kedua-dua kilang ini menghasilkan sisa2 buangan yang dikatakan boleh memberi kesan pada kesihatan, dan alam sekitar. Jadi lancarkan saja Bersih 3.0 atau dunia akan nampak anda sebagai manusia yang jelas hipokrit !!!!

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu