Thursday, March 15, 2012

Khalid Ibrahim memfitnah & menipu lagi , kali ni di Forum Air Sedunia di Marseille, Peranchis

Dari portal media Malaysiakini, Khalid Ibrahim dikatakan membawa krisis air di Selangor di peringkat antarabangsa . Apa yang disampaikan Khalid Ibrahim ialah kegagalan penswastaan air di Malaysia. Khalid Ibrahim juga mendakwa syarikat yang dipilih untuk menguruskan air tidak mahir dan tidak berpengalaman dalam industri pembekalan air. Khalid membuat kenyataan semasa Forum Air Sedunia di Marseille , Peranchis.



Seperti biasa, pemimpin Pakatan Rakyat apabila berada di luar negara , mereka masih cuba memburuk-burukkan imej negara. Pelik bila Khalid Ibrahim canang satu dunia mengatakan syarikat SYABAS tidak mahir dan tidak  berpengalaman dalam industri pembekalan air.


Syarikat SYABAS sebenarnya berasal dari Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) yang merupakan salah satu entiti dalam Jabatan Kerja Raya. JBAS ini kemudiannya dipisahkan dari Jabatan Kerja Raya pada tahun 1972 dan pada March 2002 , Perbadanan Urus Air Selangor ditubuhkan , kemudian pada 1 January 2005, Perbadanan Urus Air Selangor diswastakan dan dinamakan dikenali sebagai Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) . Melihat saja pada sejarah penubuhan SYABAS , kita tahu syarikat ini mempunyai pengalaman dalam pengurusan pembekalan air (sumber). Jadi, terbukti ucapan Khalid Ibrahim hanya sekadar sedap mulut saja. 

Di kala Khalid Ibrahim sedang memfitnah dan memburuk-burukkan Malaysia di luar negara , adakah dia lupa mengenai laporan AWER (Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia) iaitu krisis air Selangor mungkin berlaku pada tahun 2014. Dari laporan AWER penggunaan air di Selangor semakin meningkat dari tahun ke tahun ,Pada Disember 2010, kerajaan telah bersetuju untuk beri kebenaran dalam pembinaan Loji Perawatan Langat 2 , walau bagaimanapun sehingga kini perlaksanaan projek ini seolah-olah masih tergantung. Kerajaan Selangor dalam satu sidang media telah mengeluarkan pernyataan berikut ;


"Kerajaan negeri mengambil pendirian projek Langat 2 tajaan Putrajaya adalah terlalu mahal dan tidak perlu disegerakan kerana bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019."

Dengan kenyataan di atas jelas sekali kebodohan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat , apabila dikatakan kos untuk projek ini terlalu mahal , adakah kos ini akan semakin berkurangan sekiranya projek ini ditangguhkan ? Jadi siapa yang tidak ada pengalaman dan tidak mahir dalam industri pengurusan air sekarang? Huraian untuk krisis air di Selangor pernah aku tulis dalam posting yang lepas . (Klik sini untuk rujukan)

9 comments:

MB Selangor sudah terdesak kerana masih tidak dapat mengambil alih pengurusan air Selangor untuk disedekahkan kepada kroni DAP yang sudah menghabiskan berjuta-juta ringit untuk menaja kempen pilihan raya Pakatan Rakyat. Sebab itulah beliau memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia. Khalid ikut jejak langkah Anwar.

Mengapalah MB Selangor terus membuat rakyat menderita hanya semata-mata kerana gagal merompak Syabas. Tak cukupkah lagi harta selepas merompak Alam Flora? Sampai bila nak menjual nama rakyat sedangkan raykat Selangor sudah menyampah dengan Khalid? Hentikanlah menyusukan kera (DAP) di hutan. Melayu juga nantiakan kelaparan.

Wahai Khalid bin ibrahim. Rakyat tidak akan memaafkan kamu atas kelancangan memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia. Sesungguhnya kamu adalah pengkhianat negara kedua terbesar selepas Anwar bin Ibrahim. Tidak ada anak Melayu sanggup menghina Malaysia di luar negara melainkan kamu berdua. PRU13 akan menghukum kamu berdua.

Tindakan Khalid memburuk-burukan Malaysia di peringkat antara bangsa adalah satu KESILAPAN besar. PR Selangor akan tumbang pada PRU13 kerana rakyat tidak membenarkan Malahysia dicemuh dalam apa jua bentuk dan keadaan. PR bakal tumbang...........

Nah!!! Satu lagi kelemahan pemerintahan PR. Seharusnya pemimpin yang berkaiber dan berwawasan tinggi tidak menghina negaranya sendiri bahkan mencemuh negeri pemerintahannya. ianya seperti meludah ke langit dan jatuh kemuka sendiri. apapun aku rasa pemerintahan PR ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri, bukannya untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang maju dan sejahtera.

MB S’gor dakwa air di negerinya ada masalah. Dah tau ada masalah kenapa nak cerita pada orang, sedangkan ko sendiri boleh settle dan ada punaisihat ekonomi RM1 yang hebat yang macam jin Aladdin, mintak macam-macam boleh dapat. Rasa aku, kalau setakat isu struktur semula air itu perkara kecik je, bukan besar pun. Cer bagi Punaisihat RM1 untuk settlekan, mesti ok punya!

MB Selangor cakap tak serupa bikin. Kes air ni sama dengan kes penyata kewangan Selangor yang dikatakan untung jutaan ringgit hasil penjimatan negeri pada tahun lepas. Sedangkan hasil jutaaaaan ringgit tu berpunca daripada pampasan kerajaan pusat kepada Selangor pasal ambil Putrajaya yang dibayar dekat RM500 one shot tahun lepas. Cakap suka belit, itulah PARTI KENCING RAKYAT….APA PUN TAK BOLEH!

Khalid Ibrahim ni sudah kehabisan modal sampai tergamak membalas dendam terhadap bangsanya sendiri di luar negara. Beliau tidak layak memegang jawatan exco agama selangor. Tiada fikrah islamiah !! memalukan ummah sahaja.

Sanggupkah anda (penggundi)dipermainkan oleh pihak yg terlalu cetek dn dangkalnya pemikiran?Dan sanggupkah anda mendengar negara kita dihina sedemikian rupa dipersada antarabangsa disebabkan masalah air?Jadi PRU13 fikir fikirkanlah bersama agar individu spt ini tidak lagi memerintah Selangor..
Geng!!lupa saya kaum DAPig kan xbyk guna air,maka air cukup atau tidak bkn masalah mereka,depa klu xde tisu mesti nangis punya..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu