Wednesday, March 7, 2012

Kemelut politik Kedah : Malaysiakini menipu lagi! Kontrak RM60 juta setahun dikatakan bernilai RM600 juta

Rupanya tender jalan RM600 juta yang dikatakan berpunca jadi kemelut politk PAS di Kedah seperti dilaporkan Malaysiakini, hanyalah bernilai RM60 setahun . Projek tu adalah untuk penyelengaraan jalan2 di negeri . Disahkan oleh Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang memegang portfolia berkaitan. Itulah.. masa mula2 berita ni keluar kata kemelut RM600 juta, terkejut jugak aku , ini projek persekutuan ke negeri ... tengah2 dok buat 'research' mujurlaah berita ni keluar portal sinarharian online. Apa la biol punya Malaysiakini , tak menyempat-nyempat nak buat fitnah.


Yang dilaporkan Malaysiakini, katanya Phahrolrazi tak puas hati sebab projek diberikan pada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO.  Melalui portal sinarharian pulak, Amiruddin berkata projek tu akan dibuat secara tender terbuka tapi belum ada tawaran dibuat lagi . Dan Amiruddin juga kata projek itu dicadangkan dibuat secara kerjasama dengan GLC Kedah. Tengok sumber Utusan Malaysia, laporan berita lebih tepat, bukan terus sondol je macam Malaysiakini.


Jadi mana mai cerita projek nak diberikan pada pemimpin UMNO sedangkan tawaran pun tak dibuat lagi ? Bila dah dinamakan tender terbuka, siapa yang dipilih tentu lah dari syarikat yang betul-betul berkelayakkaan, 'technically' dan 'commercially' . Bila dah dinamakan tender terbuka , penilaian dibuat bukan dengan melihat cop parti politik pemilik syarikat . Kalau pemilik syarikat orang UMNO , dia punya 'technical' dan 'commercial' bagus tapi kerajaan PAS Kedah bagi tender dekat pemilik syarikat orang PR yang 'technical' dan 'commercial' kurang bagus , baik tak payah buat tender terbuka.

Sebenarnya, aku rasa ni mungkin politik halus rakan2 perkongsian politik PAS iaitu DAP & PKR dalam menjatuhkan Azizan . Sekarang ni mungkin dalam proses saringan , siapa yang ketegag dalam PAS depa nak terajang keluar menggunakan proksi mereka dalam parti PAS (yang terkenal dengan gelaran 'Anwarinas' ?) Apa yang aku tahu, penyokong2 dalam parti PAS sendiri semacam meluat dengan Phahrolrazi ni. Ni perbincangan yg aku baca dalam satu group FB tegar PR.

1 comments:

Orang2 PAS, PKR & DAP dapat projek BN selama ni xde pun kita nak bising. Mcm Nizar Jamaludin sebelum jadi meteri besar Perak, sebagai kontraktor banyak dapat projek BN, kita xbising pun

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu