Monday, March 19, 2012

Kacang lupakan kulit, perjuangan 40 tahun dalam UMNO rupanya 'wayang' saja?

Syukurlah akhirnya keluar juga 'parasit' dalam UMNO ni , sejak tahun 1969 dia jadi ahli UMNO dan setelah puas dapat pelbagai habuan dan jawatan, baru sekarang dia nak mendedahkan kononnya ada yang tak betul dalam UMNO. Pada aku senang je nak takrifkan orang macam ni. Inilah yang dikatakan 'oppurtunist' !.Mungkin dia rasa UMNO akan kalah pada PRU 13 jadi lebih baik dia berpihak pada pihak yang difikirkan akan menang.


Persoalan dia keluar UMNO sebab ada penyelewengan itu ini tidak timbul,kerana mengapa baru sekarang dan bukan dulu lagi? Dan juga,kenapa masa Dr.Mahathir keluar UMNO pada tahun 2008, tak pula dia ikut keluar?Mungkin masa tu masih meneliti perkembangan kalau2 masih ada tempat untuk beliau dalam UMNO,tapi meleset akhirnya sebab dari tahun 2008 hingga 2012 tak ada apa2 jawatan penting diberikan? (Last sekali jadi menteri penerangan pada 2004-2008). Pada aku sudah-sudahlah tu dengan jawatan,bagilah peluang pada orang lain juga, apa yang tak cukup lagi? Sejak tahun 1978 dah mula pegang jawatan tinggi sampailah tahun 2008! 30 tahunnn tuu. Jadi kita hati2 lah dengan mereka yang ada sikap macam ni.

1 comments:

40thn ke 100thn ke dlm parti klo x buat apa2 pun x guna.org mcm dia x guna simpan lama2.agaknya apa yg dia tuduh umno tu dia sendiri yg buat..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu