Saturday, March 17, 2012

Jingga 13 nak buat perhimpunan bebaskan 'imam selipar'

NGO pro-pembangkang nak buat perhimpunan membebaskan 'imam selipar' Hoslan pada Sabtu depan , 24 March 2012 . Dijangka mereka akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada pukul 2 petang. Pehimpunan kemungkinan akan juga disertai Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia.


Hoslan dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana membaling selipar ke arah panel hakim semasa kes antara beliau dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sedang dibicarakan. Kes itu sebenarnya dibawa ke mahkamah sivil kerana dikemukakan oleh Hoslan sendiri namun apabila perjalanan kes seperti tidak memihak kepada beliau, hakim pulak kena baling dengan selipar.

Sebenarnya apakah yang hendak dibuktikan oleh Jingga 13 dalam perhimpunan pada 24 March depan ? Adakah mereka cuba mempertahankan tindakan Hoslan membaling selipar (sekaligus menghina mahkamah) ? Dalam kes ini jelas sekali Hoslan dipenjarakan atas kesalahan yang terang2 dilakukakannya, tindakan beliau adalah terlalu angkuh dan sombong tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang imam. Kesabaran memainkan peranan penting bagi seorang muslim yang baik, apalagi seorang imam. Sekiranya tindakan tersebut tidak dilakukan beliau maka tak mungkin beliau menanggung hukuman penjara ini. Karpal Singh sebagai peguam beliau pun dengan jelas mengatakan tindakan tu tak dapat dipertahankan.

Perhimpunan yang bakal dilakukan oleh Jingga 13 hanyalah gimik semata-mata, meraih peluang untuk memperoleh populariti dari kes-kes yang mendapat perhatian umum. Kumpulan Jingga 13 ini cuba menjadi hero dengan membuta tuli. Tapi kita tahu ramai yang sebenarnya 'meluat' dengan tindakan perangai 'imam selipar' ini yang jelas kita nampak biadap, riak dan bongkak . Aku sendiri dah lihat perangai 'imam selipar' ini semasa Seminar Wasatiyyah di PWTC satu ketika dulu. Membangkitkan soal yang tidak ada kaitan dengan tajuk forum semasa sesi soal jawab, dan gayanya juga agak angkuh sekali! NGO2 pembangkang seperti biasa cuba menyusahkan umat manusia di Kuala Lumpur dengan perangai 'demonstrasi' mereka yang tak habis2 !

1 comments:

baling selipar kepada hakim tidak salah? hakim sepatutnya dihormati, jika tidak puashati dengan keputusan hakim masih ada pelbagai jalan lagi untuk mempastikan apa yang kita perjuangkan berpihak kepada kita. perbuatan ini adalah satu keangkuhan yang nyata. sembahyang dan sujud selepas menerima hukuman bukannya menunjukan bahawa ianya sedar, tetapi masih lagi hatinya terbelengku dengan keangkuhan. sekarang ini dia melancarkan peperangan skikologi meraih simpati. merayu derma dan belas ihsan. manusia yang tidak sedar diri ini tidak perlu dibantu. semestinya dia meminta maaf kepada hakim itu dan menyatakan kekesalannya diatas perbuatannya itu barulah rasa ihsan boleh diberikan. jingga 13 memang budak gila publisiti. memperjuangkan kebatilan dengan cara yang batil - demontrasi.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu