Saturday, March 31, 2012

Isu penghapusan PTPTN - Pelajar dan bekas pelajar diingatkan jangan jadi seperti melepaskan anjing yang tersepit !

Demi merealisasikan impian politik beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia , kini Anwar Ibrahim sekali lagi menghidangkan rakyat dengan janji-janji bulan dan bintang kepada rakyat . Kali ini untuk memansuhkan pinjaman pelajaran PTPTN . Sebagai salah seorang yang menggunakan pinjaman PTPTN aku tersedak sedikit bila melihat janji Anwar yang terbaru ni. Nampak agak pelik kerana dari sumber laman web PTPTN, badan ini telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Badan ini diwujudkan ekoran daripada liberalisasi pendidikan tinggi semasa Anwar menjawat jawatan Menteri Pelajaran lagi !PTPTN tidak akan wujud jika tidak mendapat sokongan drpd Anwar yang menjawat jawatan Menteri Kewangan pada ketika itu kerana sejumlah dana yang besar dari kerajaan pusat diperlukan .



Dianggarkan kedudukan defisit PTPTN pada 2015 ialah sebanyak RM 46 billion (sumber) ! Jadi sekiranya Pakatan memerintah , sebanyak RM 46 billion ini perlu ditanggung oleh kerajaan. Secara tak langsung jumlah yang besar ini akan menambahkan lagi perbelanjaan negara dan hutang negara . Jadi ini amat bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh pemimpin PR untuk mengurangkan jumlah hutang negara . Pendidikan percuma, pemberian subsidi yang melampau dan pelbagai lagi insentif2 kepada rakyat sebenarnya akan menambahkan lagi hutang negara. Kemungkinan negara untuk bangkrap? Contoh mudah, lihat saja pada negara2 Eropah dan krisis yang dihadapi sekarang.

Golongan pemimjam PTPTN terdiri dari pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta . Kadar yuran pengajian di universiti awam dan swasta adalah berbeza .Katakan yuran pengajian di IPTA untuk seluruh tempoh pengajian ialah RM24,000 manakala untuk IPTS pula ialah RM48,000 untuk kursus yang sama. Sekiranya dihapuskan pinjaman pasti akan berlaku semacam 'ketidakadilan' pada penuntut IPTA.

Perlu diingatkan kepada pemimpin2 Pakatan Rakyat , wang PTPTN bukan hanya merangkumi untuk yuran pengajian dan buku-buku saja . Pelajar juga menggunakan wang ini untuk bayar sewa rumah, makan dan aktiviti-aktiviti yang lain . Sekiranya tiada lagi pinjamaan PTPTN dan 'pendidikan percuma' oleh Pakatan Rakyat , adakah mereka juga akan menjanjikan tempat tinggal percuma , makanan percuma, pakaian percuma dan yuran aktiviti yang percuma untuk pelajar-pelajar ini ?

Pelajar-pelajar yang telah membayar pinjaman mereka pasti tidak akan berpuas hati dan berkemungkinan akan menuntuk 'refund' dari jumlah yang telah mereka bayar . Sekali lagi , dasar ini mengambarkan ketidak adilan . Yang paling seronok sekali ialah pelajar2 yang gagal dalam pengajian di IPTA , IPTS , mereka tidak perlu untuk membayar PTPTN dan tempoh mereka di sana boleh dianggap sebagai honeymoon yang ditaja kerajaan 'impian' PR.

Bagaimana pula pemimjam2 pelajaran dari MARA,JPA, kerajaan negeri dan lain2 ? Tentu mereka juga mahu menuntut pinjaman mereka di hapuskan. Persoalan yang penting sekali mengapa hanya PTPTN dan tidak kepada badan2 pinjaman yang lain . Walhal PTPTN sepatutnya dilihat penyelamat kepada pelajar-pelajar untuk meneruskan impian mereka ke menara gading dengan menyediakan pinjaman mudah dikala badan2 yang lain menolak pelajar ini untuk dibiaya pengajian mereka ! 

Kolej-kolej swasta yang ada sekarang juga menyediakan kemudahan pinjamaan PTPTN, sekiranya tiada lagi pinjaman ini . Adakah kerajaan 'impian' PR akan membayar kepada kolej-kolej swasta ini untuk pelajar-pelajar yang mahu belajar di kolej mereka ? Atau adakah kerajaan 'impian' PR akan memaksa kolej-kolej swasta ini memberikan pendidikan percuma kepada mereka yang ingin belajar disana. Tujuan utama kolej-kolej swasta di negara ini dibuka adalah untuk mencari keuntungan. Sekiranya mereka di paksa untuk membuat kebajikan , kolej-kolej swasta terutama yang berasal dari luar negara akan 'bungkus' dan menutup operasi mereka di negara ini. Apabila kolej-kolej swasta ni 'bungkus' , pekerja-pekerja tempatan akan kehilangan kerja.

Di universiti-universiti tempatan pula, apabila kerajaaan 'impian' PR mahu melaksanakan pendidikan percuma, tentu pelbagai kos dan fasiliti terpaksa dikurangkan, malahan mungkin juga gaji pensyarah terpaksa dikurangkan. Jumlah pelajar dijangkan akan bertambah dengan padat sekali di IPTA kerana kolej-kolej swasta terpaksa menutup operasi mereka akibat dari dasar pendidikan percuma yang dijanjikan oleh kerajaan  'impian' PR yang meneka mereka. Apabila terlalu ramai pelajar-pelajar, ditambah pula dengan fasiliti yang tidak mencukupi dan bebanan pensyarah yang bertambah, maka tidak mustahil kualiti pelajar yang dihasilkan di IPTA-IPTA ini akan menurun. 'Brain drain' dijangka akan berlaku dengan ketara sekali , pensyarah-pensyarah di IPTA-IPTA ini pasti akan mencari peluang di negara2 jiran atau menukar profession mereka akibat dari tekanan-tekanan yang dinyatakan tadi.

1 comments:

rakyat akan bertambah yakin dengan janji DSAI jika beliau berani menyandarkan janjinya dengan berkata (JIKA DIA MUNGKIR JANJI MAKA TERTALAKLAH ISTERINYA DENGAN TALAK TIGA DAN DILAKNAT ALLAH DUNIA AKHIRAT)

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu