Friday, March 2, 2012

Isu hubungan diplomatik dengan Israel & perbezaan mesej yang disampaikan melalui surat sulit & akhbar umum.

Bila saja surat Dr.Mahathir pada Israel didedah, aku dah agak balachi2 Pakatan Rakyat (termasuk kepala2 nya sekali) akan 'spin' cerita. Pada aku depa ni dah sediakan skrip 'spin' ni lebih awal , al-maklum la dia punya kepala dulu pernah kerja rapat dengan Dr.Mahathir, kemungkinan besar dia dah tahu isi kandungan surat tu dan dalam kepala otak dah siap dengan kaedah2 untuk 'spin'.



Pertama sekali, dengan pendedahan surat Dr.Mahathir kepada pemimpin2 Israel ni kita tahu surat yang terlebih dahulu di sebarkan oleh balachi2 Pakatan Rakyat adalah palsu. Tengok saja perbezaan penggunaan English dalam surat dan format surat yang digunakan





Kedua, portal online Keadilan Daily , melalui Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution memainkan isu ini dengan memetik sebahagian dari kandungan surat iaitu apabila Dr.Mahathir menulis untuk menjalinkan hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai . Apabila ditulis pada masa yang sesuai, secara tidak langsung Dr.Mahathir sebenarnya mengatakan hubungan antara Malaysia - Israel boleh berlaku sekiranya penindasan terhadap Palestin dihentikan . 

Perlu diingatkan Malaysia tidak mengiktiraf Israel bukan disebabkan negara Israel itu dihuni oleh bangsa Israel  tetapi disebabkan penindasan Israel terhadap negara Palestin dan dasar Zionisme yang diamalkan oleh mereka. Sekiranya penindasan Israel terhadap negara Palestin dihentikan dan penduduk Palestin tidak lagi dizalimi adalah tidak menjadi halangan untuk negara Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel. 

Mungkin balachi2 Pakatan Rakyat membandingkan 'statement' Dr.Mahathir ini dengan 'statement' Anwar di dalam WSJ tiada bezanya . Tetapi perlu diingat 'statement' Anwar di dalam WSJ menyebut terlebih dahulu bawah beliau menyokong segala usaha mempertahankan keselamatan negara Israel , ni ayat untuk bodek rakan-rakan di Israel! Dan mungkin kerana sedar bahawa ayat pertama yang dikeluarkan itu bakal makan tuan, maka selepas beberapa ketika terdiam Anwar menyambung ayat 'cover line' khas untuk pak lebai 2 yang ada di Malaysia iaitu dengan syarat aspirasi rakyat Palestin dihormati.


Surat Dr.Mahathir kepada Perdana Menteri Israel ada bersifat dua hala , tak semua orang tahu dan bersifat sulit. Perkara-perkara sulit ni biasanya mesej yang nak disampaikan lebih jelas dan tak bersifat talam dua muka . Manakala temuramah Anwar dengan Wall Street Journal pula bersifat terbuka . Kenyataan yang dikeluarkan adalah lebih bersifat nak menyenangkan hati semua pihak ! Jadi ada unsur-unsur talam dua muka kat situ .. ohh ya berdasarkan laporan2 yang lepas di akhbar Washington Post pun kita tahu Anwar ni seperti ada hubungan 'istimewa' dengan pelobi-pelobi Israel. 



Selepas kecoh isu sokongan Anwar terhadap keselamtatan negara Israel, kita dikejutkan Anwar telah menemui pemimpin Hamas iaitu Khalid Mashal di Qatar, seolah-olah pemimpin Hamas itu tiada masalah dengan 'statement' yang dikeluarkan oleh Anwar di WSJ sebelum itu. Maka bersorak-sorak lah balachi2 Pakatan Rakyat di blog2. Facebook, mahupun Twitter. Walau bagaimanapun , mungkin kegembiraan itu berakhir semalam apabila Dr. Mousa Abd Marzouk menafikan bahawa mereka menyokong pernyataan yang dibuat oleh Anwar mengenai soal keselamatan Israel. (sumber) . Kita tengok depa nak konar tang mana pulak lepas ni ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu