Monday, March 19, 2012

Hindraf nak buat 'ramai' semasa lawatan Setiausaha Agung PBB di Malaysia pada 21 March 2012

Kumpulan 'ekstremis' kaum India, iaitu Hindraf bakal membuat kecoh lagi ! Dalam lamaan web mereka, kumpulan ini akan membawa 10 orang wakil untuk berjumpa dengan Setiausaha Agung PBB , Ban Kim Moon semasa lawatan beliau ke Malaysia 21 March 2012. Tujuannya ialah untuk 'mengadu' kepada Setiausaaha Agung PBB itu tentang dasar 'apartheid' yang diamalkana di Malaysia yang dikatakan menindas kaum India.


Tentu Ban Kim Moon akan merasa pelik dengan tindakan 'pegacau-pengacau' ni sebab barangkali dia boleh nampak dengan mata kepala sendiri semasa berada di Kuala Lumpur berapa banyak orang2 berketurunan India di 'tindas' . Dengan kewujudan banyak klinik-klink, firma-firma guaman dan perniagaan2 lain yang pemiliknya berketurunan India mungkin boleh menyebabkan Setiausaha Agung PBB ini terfikir adakah mereka yang ingin datang berjumpa dengan beliau telah hilang akal ? Berikut adalah data taburan penduduk di Malaysia mengikut kaum berdasarkan kajiaan tahun 2010.


Dari data di atas, jumlah penduduk berketurunan India ialah sebanyak 1,969,343. Dari jumlah itu kita tahu ramai yang menjadi golongan professional seperti jurutera, doktor, peguam, ahli perniagaan dan lain-lain lagi. Ini boleh dibuktikan dengan pendapatan purata isi rumah mengikut etnik di Malaysia yang menunjukkan kaum India mempunyai purata pendapatan RM 3,999 per isi rumah sebulan dan kaum Melayu pula hanya RM 3,624 per isi rumah sebulan . Data yang ditunjukkaan adalah pada tahun 2009 & 2010 .  Jadi bagaimana Hindraf boleh berkata penindasan dilakukan oleh kerajaan Malaysia kepada kaum India ? Dan adakah mereka lupa T. Ananda Krishnan merupakan orang yang kedua terkaya di Malaysia pada masa sekarang ? Begitu juga dengan Tony Fernandez seorang ahli perniagaan berketurunan India yang sangat berjaya di Malaysia ? Beberapa nama lain termasuklah Vinod Sekhar (Petra Group), G.Gnanalingam (Westport), & Kasi K.L Palaniappan (MK Land)


Pada aku Hindraf patut lihat jumlah kaum India di negara ini dan berapa ramai hartawan2 India yang berjaya dilahirkan dan lihat pula berapa ramai kaum Melayu di negara ini dan berapa ramai hartawan2 Melayu yang berjaya di lahirkan. Jika dilihat senarai di atas , Tan Sri Mokhtar Bukhari merupakan 1 orang Melayu dari 14 juta orang , dan Ananda Krishnan pula 1 orang India dari hanya 2 juta orang. Apa yang tersirat dari jumlah dana angka ini ? Fikirkan..

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu