Tuesday, March 6, 2012

Gaji minimum RM 1,1000, Pakatan Rakyat terkedu kena 'warning' dengan pengusaha2 Industri Kecil Sederhana?

Baru berapa hari lepas aku 'blogging' pasal gaji minimum . Hari ni dalam Malaysian Insider keluar tajuk "Government Must Help Business Implement Minimum Wage, says Pakatan" atau dalam bahasa melayu "Kerajaan mesti tolong perniagaan2 untuk membolehkan mereka melaksanakana gaji minimum, kata Pakatan" . Geleng kepala aku baca berita ni . Apa Pakatan Rakyat tak faham ke Program Transformasi Ekonomi yang dibawa oleh Najib . Program Transformasi Ekonomi ni sebenarnya satu kaedah untuk meningkatkan Pendapatan Kasar Negara / per kapita iaitu secara tak langsung untuk menolong perniagaan yang wujud di Malaysia ni!


Sebenarnya itu reaksi Pakatan Rakyat setelah pemilik2 SMI (Small Medium Industries , Industri Kecil dan Sederhana) membuat kenyataan akhbar memberi amaran bahawa lebih 80% syarikat2 yang beroperasi akan gulung tikar kalau gaji minimum dilaksanakana ! Pakatan Rakyat seolah-olah cuba mengalihkan isu gaji minima ini dengan menyalahkan kerajaan BN apabila membuat kenyataan bahawa seharusnya ada dana khas dari kerajaan persekutuan untuk diagihkana untuk sektor SMI bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaaan. Tak ke sial punya 'statement' tu , adakah pemimpin Pakatan Rakyat tak meneliti bajet 2012 oleh kerajaan Barisan Nasional . Dalam bajet 2012 , kerajaan BN telah pun memberi tumpuan dan agihan untuk Industri Kecil Sederhana (sumber) (sumber)


Kerajaan Pakatan Rakyat cuba berjanji untuk melaksanakan gaji minima sebanyak RM1,100 . Dan bagaimana mekanisma gaji minima ini akan berlaku tidak pula diceritakan . Kerajaan Barisan Nasional sebaliknya lebih realistik dengan mencadangkan Plan Transformasi Ekonomi yang menumpukan kepada 12 bidang keberhasilan utama . Dalam bahasa mudah kerajaan cuba mencipta peluang perniagaan dan pekerjaan yang banyak dalam 12 cabang sektor yang pelbagai secara tak langsung majikan mampu menaikkan gaji pekerja kepada satu takat yang lebih tinggi dengan kewujudan2 peluang perniagaan yang lebih banyak kesan dari Plan Transformasi Ekonomi kerajaan Barisan Nasional.


Kerajaan Barisan Nasional tak boleh hanya menurut tuntutan kesatuan2 sekerja yang mahukan perlaksanaan gaji minimum RM1,200 - RM1,500 . Sebaliknya pendekatan yang dilakukan kerajaan lebih rasional dalam memastikan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak majikan dan pekerja. Untuk bayar gaji pekerja, syarikat perlu ada projek , kalau takde projek syarikat nak bayar duit pakai apa? Kalau ikut membuta tuli semata-mata nak dapat sokongan rakyat (ni yang PR buat) tanpa perancangan yang mantap, dah la takde projek, kena bayar gaji minimum untuk pekerja pulak, lama2 syarikat boleh bungkus..bila syarikat bungkus, pekerja kena buang, masa tu apa lagi kesatuan2 pekerja ni nak menyalak ?! Jadi seperti yang telah aku jelaskan di atas banyak projek2 dicipta melalui Plan Transformasi Ekonomi kerajaan BN , bila ada projek syarikat2 akan hidup dan boleh bayar gaji pekerja. Produktif pekerja, maka produktif syarikat maka gaji pun naik lerr...simple! 


2 comments:

Walaupun saya bersetuju dengan apa yg tuan blog paparkan, tetapi gaji minimum yang ditulis di gambar terakhir dalam lingkungan RM600 itu sebenarnya adalah di bawah paras miskin (poverty line) yang ditetapkan pada lingkungan RM750 kalu saya tak silap.

langkah2 yang diwar2kan oleh kerajaan itu saya rasa boleh berjaya, akan tetapi kesan yang dinikmati mungkin lambat untuk dirasai.

agak sukar untuk memenuhi kehendak semua. yang pekerja mahukan gaji lebih tinggi untuk menampung keluarga, yang pengusaha mahukan gaji rendah untuk profit maximum.

satu yang pasti, adalah kenaikan inflasi dan kemungkinan pengangguran dari pelaksanaan minimum wage. ini hasil bacaan saya di econsmalaysia.blogspot.com oleh en. Hashim. he's a competent economist, dan dia ada mengulas mengenai perkara ini.

cuma saya rasa, patutnya pihak PR laksanakan dahulu minimum wage > RM1100 tu di 5 negeri mereka dan kita belajar dulu la bagaimana hehehe...leh jadi guinea pig

terima kasih atas pandangan, gambar di bawah tu saya ambil dari malaysianinsider. benar, soal gaji minimum ni memang agak susah nak cerita kerana melibatkan kepentingan pengusaha dan pekerja . kemampuan pengusaha2 pun pelbagai, mungkin mudah untuk 'comply' dengan gaji minimum bagi pengusaha yang dah 'established' tapi untuk pengusaha yang baru nak 'up' memang akan jadi satu cabaran utk mereka. oleh itu apa yang diperhatikan kerajaan BN sedang mengkaji gaji minimum yang munasabah agak tak menyusahkan pengusaha dan pada masa sama memberi manfaat pada pekerja. sekadar pandangan :)

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu