Monday, March 12, 2012

Dulu Bayan Mutiara , Sekarang Penang World City .. Anak jati Pulau Pinang bakal merempat ?

Dulu 'Bayan Mutiara' , sekarang 'Penang World City' , apa cerita pulak sekarang ni ? Sumber dari portal media Business Time yang disiarkan pada 6/3/2012  menyatakan Ivory Properties Group Berhad (IPGB) sedang mencari rakan2 strategik perniagaan untuk membangunkan 'Penang World City' . Menurut pengarah eksekutif Murly Manokharan pembangunan adalah meliputi pembinaan hospital, bangunan komersial, pasaraya2 , kediaman mewah dan 'mampu milik' . (sumber)



Pendapat aku secara peribadi ialah , IPGB sedang dalam rangka usaha menarik pelabur2 dari luar untuk membangunkan 'Penang World City' , tak lama lagi tempat ni akan dipenuhi dengan jutawan2 luar negara, tak mustahil anak jati Pulau Pinang pulak akan jadi penduduk 2nd & 3rd class ..  bila dah nama tempat high class , harga barang pun high class lah ! Last2 anak jati Penang merempat kat negeri sendiri .. tak tahan dengan desakan ekonomi lari pi negeri lain. 


Macam mana IPGB buat duit ? Dia beli tanah dengan harga RM 1 billion yang perlu di bayar dalam tempoh 5 tahun , sekarang ni apa yang kita tahu dia baru bayar dalam 2% downpayment (yang sepatutnya 10%) . Dalam sumber portal media Business Times dinyatakan IPGB akan membayar baki 8% downpayment pada bulan April 2012 iaitu telah melebihi tempoh sepatutnya pembayaran dilakukan (12 Feb 2012). Jadi sekarang ni untuk menjadikan hartanah tu bernilai RM10 billion seperti yang diwar-warkan mereka sedang berusaha mencari 'partner2' tempatan dan antarabangsa untuk membangunkan kawasan tu. Dalam erti kata mudah...mula depa beli tanah , lepas tu depa jual balik tanah kat orang lain untuk pembangunan. Takkan la depa nak jual tanah pada harga yang sama depa beli dari PDC (RM240/sq feet)? Mesti la lagi tinggi ! Bila harga tanah dah tinggi...harga property yang nak dibina tu pun bakal mencanak2 jugak lah tingginya. Aku dapat bayangkan depa punya target ialah investor2 luar , mungkin sebab tu la sekarang dah tukar nama jadi 'Penang World City'.

Pelan asal kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang yang lebih bersifat mesra rakyat iaitu menjadikan Bayan Mutiara sebagai 'Putrajaya Pulau Pinang' akan terus terkubur dan merugikan rakyat Pulau Pinang itu sendiri. Sikap tamak haloba kerajaan DAP Pulau Pinang dalam mencari pendapatan dengan jalan pintas secara perlahan akan meminggirkan penduduk2 jati Pulau Pinang. Gelombang kedua tamak haloba kerajaan DAP Pulau Pinang bakal menyusul iaitu cadangan pembinaan projek terowong bawah laut . Mungkin kita masih sempat melakukan sesuatu untuk menyekat kemaraan gelombang kedua ini!

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu