Monday, March 19, 2012

Cubaan jatuhkan Islam, bapa kandung boleh kahwin dengan darah daging sendiri ?!

Apa yang aku baca dari twitter the Nut Graph hari ni betul2 menyentap hati. Tajuk Islam membenarkan bapa kandung untuk berkahwin dengan anak sendiri seolah-olah cuba menjatuhkan Islam itu sendiri. Dikatakan Malaysia mengikut mazhab Shafie yang tidak mengesahkan taraf anak luar nikah. Oleh itu timbul persoalan samada bapa boleh berkahwin dengan anak luar nikahnya? Memikirkan hal ni pun aku tak sanggup, tapi kenapa lah ada orang cuba merumitkan Islam itu sendiri ?

Cuba bayangkan followers twitter the Nut Graph yang non muslim membacanya, tentulah mereka akan pandang semacam je dengan orang2 Islam ni ! Untuk memahami lebih lanjut tentang perkara yang dibangkitkan ini mungkin boleh dirujuk link yang diberi itu (sumber). Secara peribadi , aku berpendapat tok guru2 PAS dari membuang masa cerita soal politik ,hudud,etc cuba lah sesekali jengok persoalan2 dan menjelaskan kepada umum berkenaan isu2 yang boleh menjatuhkan kesucian agama Islam itu sendiri.

Aku percaya Islam tidak membenarkan umatnya berkahwin dengan dengan darah daging sendiri walaupun anak yang dilahirkan adalah anak luar nikah.Aku pernah dengar dalam satu ceramah agama iaitu kadang2 orang Islam sendiri yang membuatkan Islam tu menjadi rumit sedangkan Islam itu mudah.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu