Friday, March 2, 2012

Barua-barua DAP guna teknik provokasi lagi untuk raih simpati ! Terbaru di Sungai Long, Selangor

Pandangan aku mengenai insiden terbaru di Selangor iaitu dakwaan ahli-ahli DAP bahawa mereka dikasari oleh penyokong-penyokong BN dalam satu majlis yang dihadiri Perdana Menteri DS Najib Tun Razak di Sungai Long adalah bersifat balas dendam. Sebabnya, ahli kumpulan ni masing2 memakai baju hijau yang secara tak langsung mengaitkan mereka dengan perhimpunan anti-Lynas baru2 ni. Merasakan majlis anti-Lynas mereka di Penang di'ganggu' jadi mereka nak buat perkara yang sama di majlis anjuran BN pula.


Untuk makluman semua, apa yang berlaku di Penang lebih kepada pertembungan dua majlis yang berbeza. Speaker's corner di Padang Kota, Penang tu memang merupakan tempat aktivis-aktivis penyokong kerajaan dan pembangkang berkumpul untuk memberikan pandangan2 mereka mengenai isu2 setempat di Pulau Pinang. Tidak ada undang-undang mengatakan Speaker's Corner itu tak boleh digunakan seperti kelazimannya bila ada majlis lain yang berdekatan. Sepatutnya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang lebih tahu mengenai perkara ini dan mengadakan majlis perhimpunan anti Lynas di kawasan lain dalam padang yang sama. Apabila kekecohan berlaku di sana, aktivis-aktivis penyokong kerajaan Barisan Nasional dilabelkan samseng kerana 'sengaja' menceroboh majlis.

Apa yang berlaku di Selangor pula ialah majlis BN itu diadakan di SRJK(C) Bandar Sungai Long yang mana lokasi itu sememangnya telah dikhaskan untuk majlis berkenaan. Tiada alasan pertembungan dua majlis yang berbeza dan kehadiran Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Lee Kee Hiong (MPKJ) bersama 20 orang yang lain dengan memakai baju bewarna hijau jelas merupakan tindakan provokasi yang disengajakan! Tindakan penyokong BN menghalang mereka memasuki majlis adalah berasas kerana sekiranya ini tidak dilakukan kemungkinan majlis akan menjadi lebih kecoh ! Alasan mereka datang hanya untuk makan tidak boleh diterima kerana kehadiran mereka secara berkumpulan , dan berbaju hijau seolah-olah ingin membawa satu mesej tersirat kepada orang ramai yang hadir dan juga boleh dikatakan tindakan menghasut secara halus. 

Apabila tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam majlis, mereka cuba pula menimbulkan provokasi kepada penyokong-penyokong BN dan menimbulkan suasana yang kecoh . Datuk Noh Omar datang untuk menenangkan keadaan . Sebaliknya tindakan Datuk Noh Omar itu mendapat reaksi yang agak 'kurang ajar' dan provokatif dari salah seorang kumpulan berbaju yang datang itu. Amat berbeza sekali dengan apa yang berlaku di 'Speaker's Corner' , Padang Kota apabila Lim Guan Eng sendiri mengeluarkan kenyataan yang provokatif dan kurang ajar kepada aktivis-aktivis penyokong kerajaan Barisan Nasional . Jadi nilai lah sikap bermuka-muka DAP sekarang, mereka cuba mencipta imej 'samseng' kepada penyokong-penyokong kerajaan Barisan Nasional dengan tindakan provokatif mereka sendiri. Sebenarnya inilah yang sering mereka lakukan mencipta sesuatu isu seolah-olah mereka tidak bersalah, walhal mereka tahu tindakan provokatif yang disengajakan itu pasti mengundang sesuatu yang boleh mereka gunakan sebagai peraih simpati!!! Memang bangsat! Ohh ya nak share satu video rakaman suara yang Lee Kee Hiong ni , aku dapat pun dari blog Dr.MiM . Dengarkanlah betapa sial nya mulut...very tipikal Ahso..


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu