Saturday, March 3, 2012

Alert ! Putar belit DAP mengenai perumahan mampu milik di Penang dikesan

PDC telah di tubuhkan pada 17 hb Nov 1969 iaitu beberapa bulan selepas peristiwa 13 Mei. Penubuhan PDC merupakan sebahagian dari perjanjian kerjasama gabungan BN dan Gerakan untuk mengetuai kerajaan negeri Pulau Pinang.


Asas penubuhan PDC mencerminkan sebahagian dari usaha kerajaan BN untuk mengimplimentasikan Dasar Ekonomi Baru dalam menstrukturkan semula sosio ekonomi di Pulau Pinang. Berikut ada 'caption' dari laporan tahunan PDC 2007.


PDC sejak zaman pemerintahan BN telah membina banyak perumahan kos rendah dan mampu milik untuk penduduk di Pulau Pinang. Sehingga 31 Dec 2007 , PDC telah menyiapkan 22,424 unit perumahan di seluruh negeri , 12,348 di bahagian pulau dan 9,986 di Seberang Perai.


Selepas DAP memerintah Pulau Pinang, laporan yang dikeluarkan oleh PDC hampir sama dengan laporan yang dikeluarkan pada tahun sebelumnya. Tiada kemajuan yang berlaku ,DAP mungkin memberi alasan ini berlaku kerana baru mengambil alih kerajaan negeri .  Dari laporan tahunan PDC , berikut adalah jumlah perumahan yang disiapkan PDC dari tempoh 2007 - 2012 (sumber) (sumber) (sumber) (sumber)

2007 - 22 424 units (semasa pemerintahan BN)...siap sepenuhnya dan 365 unit masih dalam pembinaan
2008 - 22 424 units (ambil alih oleh DAP, tidak ada perubahan data).
2009 - 22 618 units (penambahan sebanyak 194 unit)
2010 - 22 839 units (penambahan sebanyak 221 units)
2011 - NA
2012 -  ???? Perancangan 12,000 unit di Batu Kawan, dengan kos RM500 juta hasil dari penjualan tanah untuk projek Bayan Mutiara yang bernilai lebih kurang RM 1 billion kepada Ivory Tower. Sehingga kini hanya 2% downpayment yang dibayar, semacam ada masalah 'cash flow' di pihak Ivory Tower.

Kalau dilihat data di atas jumlah penambahan unit yang siap ialah 415 buah, pada tahun 2007 ditunjukkan masih ada sebanyak 365 buah masih dalam pembinaan (usaha kerajaan BN Pulau Pinang) , jadi kalau ditolak dari jumlah ini , penambahan unit perumahan mampu milik yang siap semasa DAP memegang kuasa ialah 50 buah saja ?

Agak pelik bila Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan di Malaysian Insider , 1 Aug 2011  (yang kemudiannya di kongsi oleh daddy Lim Kit Siang dalam blog) menyatakan bahawa sebanyak 11,596 perumahan kos rendah diluluskan sejak 2008 , dari jumlah ini 8,175 dibina oleh pemaju swasta dan 3,421 dibina oleh kerajaan dan agensi-agensinya. (sumber) , dalam laporan di keluarkan PDC hanya 50 buah rumah saja siap jika merujuk kepada pembinaan oleh kerajaan dan agensi-agensinya ? Kalau benar ada jumlah ini, kenapa kerajaan DAP Lim Guan Eng tak nak tunjuk 'breakdown' dan lokasi rumah2 kos rendah ni?


Ada sesuatu yang agak menarik dapat diperhatikan dalam laporan kewangan PDC tahun 2008 . Apabila kerajaan DAP mengambil alih Pulau Pinang dalam tempoh yang tak sampai setahun , simpanan tetap susut sebanyak RM50 million dan wang tunai pula susut RM12 million, aku tak nak lah tuduh sesiapa, cuma pelik.....CAT government, sendiri mau ingat la..

1 comments:

Finally the C.A.T. has come out of the bag.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu