Tuesday, February 7, 2012

Zaid Ibrahim punya Demokratik , Ketua Parti KITA Penang & Kedah Kena Pecat

Zaid Ibrahim yang asalnya dari UMNO lari masuk PKR (setelah dipecat) bila dikatakan UMNO tak demokratik, rasuah dan macam lagi. (sumber) . Masa dipecat tu, punya lah seronok orang2 PKR kerana ada orang UMNO nak masuk depa..keh keh keh


Masa dalam PKR, bila ditolak semasa pertandingan jawatan dia kata pulak PKR tak demokratik, ada rasuah bla bla bla (sumber) ... Masa tu Azmin Ali kena kow2 dengan Zaid Ibrahim sebab main kotor dalam pertandingan jawatan. Ingat lagi kes pengundi lagi ramai dari senarai ahli  berdaftar PKR di Sabah ? Keh keh keh.


Lepas keluar PKR, lebih kurang sebulan lepas tu , Zaid Ibrahim take over AKIM dan tubuhkan parti KITA. Betullah tindakan dia tu , kalau semua orang tak betul baik tubuh parti sendiri.


Dah tubuh parti sendiri ,baru2 ni dibuat pulak satu pengumuman yang mengejutkan . Nak dibubarkan pulak parti KITA tu ? Aik pasal apa , takkan tak dapat sambutan ? Atau cubaan nak berbaik-baik semula dengan PKR (dengan harapan dapat jadi calon?) setelah tengok hala tuju parti KITA tak kemana ? Dalam statement kat bawah ni dia tulis KITA akan dibubarkan sebab nak menghapuskan keraguan yang diaorang ni tak memihak pada pembangkang disebabkan kritikan-kritkan pedas anggota mereka di Kedah dan Penang terhadap Pakatan Rakyat. Ha ha ha tu dia, dia punya wayang .. ingatkan dulu tubuh parti KITA sebab nak kelainan kerana dianggap UMNO dan PKR sama2 tak boleh pakai . Rupa-rupanya ....... kah kah kah


Dok cakap pasal demokratik ke hulu , demokratik ke hilir ... sekarang ni perkara-perkara yang pernah di komplen masa dalam UMNO terkena balik muka sendiri . Pengerusi KITA Kedah dan Penang kena pecat sebab melanggar peraturan parti (sumber). Betul-betul sama senarionya masa Zaid Ibrahim ni kena pecat dengan UMNO dengan alasan yang hampir serupa . Kesimpulannya pemimpin macam ni .. just not worth it !


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu