Saturday, February 11, 2012

Wujudkah senario pengundi di Malaysia yang tak boleh berbahasa kebangsaan ?

Hari ni dari portal online The Star , kisah jenayah penipuan internet antarabangsa dipaparkan. Apa yang menarik ahli-ahli sindiket yang berasal dari Taiwan telah memilih Penang sebagai pusat operasi mereka. Alasannya dialek yang digunakan oleh kaum Cina di Penang hampir sama dengan dialek yang digunakan di Taiwan. (sumber)



Anyway , entry aku kali ni bukan pasal kisah 'international internet fraud syndicate from Taiwan' , yang atas tu intro je.. posting kali ini berkaitan dengan bahasa juga. Sebenarnya bila aku baca berita di atas , terfikir aaku bagaimana nak membezakan kaum Cina yang berasal dari Malaysia dan kaum Cina yang berasal dari negara lain. Setelah mengambilkira beberapa faktor , aku berpendapat antara ciri yang ada pada kaum Cina di Malaysia ialah kebolehan mereka berbahasa Melayu. Sebagai rakyat Malaysia , mereka mesti pandai berbahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia.

Mustahil untuk orang Malaysia tidak tahu berbahasa Melayu, untuk beberapa buah negara maju di dunia , untuk memohon kerakyatan ,antara kriteria yang diperlukan adalah pemohon sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa yang dipertuturkan di negara itu.  Tetapi benarkah ada senario orang Malaysia yang tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu ? Adakah anda pernah mengalami situasi sebegini ?
Dan sekiranya ada situasi ini berlaku di Malaysia , adakah mereka yang bergelar warganegara Malaysia ini tetapi tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu layak untuk mengundi ? 

Seperti yang kita maklum bahasa adalah alat penyatuan kaum yang pelbagai. Penyatuan kaum adalah penting untuk pembinaan negara yang aman dan makmur, sekiranya bahasa kebangsaan tidak boleh dipertuturkan maklumat yang diterima oleh individu terbabit mungkin silap dan boleh menimbulkan prasangka dan penyatuan kaum tidak akan berlaku . Oleh itu, secara peribadi aku berpendapat SPR seharusnya mempertimbangkan untuk memasukkan kebolehan untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan bagi mereka yang layak mengundi. Apa gunanya anda mengundi untuk sebuah kerajaan tetapi anda sendiri tidak faham bahasa kebangsaan kerajaan itu ? Dan ada juga yang berani mengaku patriotik tetapi dalam masa yang sama mengucapkan 'I can't speak in Malay' dalam bercakap pula dalam bahasa inggeris yang berterabur...prftttt..WTF

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu