Sunday, February 5, 2012

Tiru Budaya Kristian ? Exco Agama Islam Selangor (yang baru) Mengetuai Perarakan Maulidur Rasul !

Pagi ni masa tengah 'breakfast' sesambil baca 'timeline twitter' , berkerut dahi sikit bila baca 'timeline twitter' Khalid Ibrahim .


Bukan berniat nak memperlekehkan dia mengetuai perarakan sempena Maulidur Rasul. Cuma apa yang dilakukan Khalid Ibrahim dan yang lain2 dalam gambar di atas dah ada 'contradiction' dengan apa yang pernah Nik Aziz sebut. 


Dalam salah satu khutbah jumaat yang pernah diberikan pada satu ketika, Nik Aziz kata upacara maulidur rasul yang diadakan meniru budaya Kristian. Seolah-olah sama dengan orang2 Kristian yang merayakan kelahiran Nabi Isa pada 25 Dec. Baca seterusnya di blog MiM



Kalau diikutkan khutbah Nik Aziz itu, kenapa Menteri Besar Selangor merangkap ketua portfolio Hal Ehwal Islam tak mengikut saranan Nik Aziz ? Adakah Nik Aziz berani menegur Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dengan tindakan beliau mengetuai perarakan maulidur rasul yang dikatakannya tidak wajar ? Secara peribadi aku berpendapat, mulut Nik Aziz akan terkunci seperti biasa apabila perkara yang bertentangan dengan pendapat beliau dilakukan oleh rakan-rakan politik Pakatan Rakyat.  Bila jawatan Exco hal ehwal Islam Selangor yang diberikan pada bukan ahlinya pun tiada bantahan, ini kan pula untuk perkara yang lebih kecil dari itu.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu