Thursday, February 23, 2012

Perhimpunan besar-besaran Mei 2012 dibenarkaan polis ?!


Heheh , memanglah dibenarkan polis , sebab ini program himpunan jutaan belia, program-program ni berbentuk kemasyarakatan...membantu orang bukan menyusahkan oranag macam dalam gambar di atas ni. Anyway..ingat lagi himpunan sejuta belia tahun lepas ?


Memang meriah beb, terlalu banyak 'event' yang menarik .Walaupun nama 'event' sejuta belia , makcik , pakcik , datuk , nenek semua boleh mai sini. Aku pun sempat jugak lah pi sana tahun lepas dengan anak2 . Dapatlah juga diaorang merasa duduk dalam helikopter, kereta kebal, kereta bomba, kereta FRU, black maria .. opsss . Hehe ok lah tu , naik atas tu sekadar 'posing2' je .


Tahun lepas punya tapak gerai punya lahhh banyak , macam-macam sektor ada , seriusss memang tak cukup 1 hari berjalan kat sana. Aku tak larat punya pasal nak jalan jauh2 duduk lah sekejap tempat teduh layan 'fashion' show dengan anak2 . Lepas pi 'fashion' show , aku jalan ke hujung lagi ... nampak ada persembahan nasyid la pulak..ohh dahaga masa tu, tengok depa bagi air free.. aku cilok le untuk aku dan anak-anak. Sambil minum air aku layan nasyid ... bila dah insaf kejap, sambung lagi berjalan ke hujung , nampak ada satu gerai tengah buat lelong...jual gajettt, cesss cash aku tak banyak masa tu ! Ada sorang mamat tu dapat tablet RM200 ringgit je , multi touch tu ... masa tu kira gempak juga la standard tablet tu, apa brand aku tak ingat. Masa depa nak lelong Ipad aku tak boleh tunggu lama2 lagi... anak dah lapar lerr..


Pusing-pusing, senang ja jumpa kedai makan , Pizza Hut & Kentucky Fried Chicken bergerak pun adaaa.. harga berpatutan la. Pendek kata kat area ni macam2 jenis makanan dan minuman depa jual , kecuali yang harommm lah. Aku datang waktu siang hari tu ... so agak panas dan letih nak berjalan jauh2 . Tapi masa berjalan-jalan tu , aku perasan ada orang bawak basikal yang kayuh pakai tangan ja...depa bagi sewa ka atau saja mamat yang bawak basikat tu nak tunjuk ex, hehehehe... haaa lagi satu , yang orang pakai kaki macam kanggaru tu pun ada, sapa nak test boleh sewa tu.. sejam berapa aku tak ingat la , ingat tahun ni nak test la.. boleh la melompat-lompat keliling tapak karnival...


Bagi aku perhimpunan sejuta belia tahun lepas memang happening! Cuma masa tu aku terkilan sebab dapat pi sekali saja ... tak betul2 enjoy the moment ! Tahun ni perhimpunan sejuta belia akan menjadi Perhimpunaan Berjuta Belia, dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2012 , sebab nama pun dah 'upgrade' dari sejuta ke berjuta ... aku rasa program2 pun akan upgrade lagi ! Tahun lepas depa bagi orang2 awam ni merasa naik helikopter , tahun ni sapa tahu depa bagi can naik jet pejuang macam Sukhoi tu ?? hehehehe ... apa pun aku akan update dari masa ke semasa berkenaan program2 yang akan diadakan bersempena perhimpunan berjuta belia 2012 !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu