Wednesday, February 22, 2012

Pemberian Ijazah Kehormat adalah hak mutlak Universiti.

Baru-baru ni, Datin Seri Rosmah Mansor menerima 'Honorary Doctorate' dari Curtin University. Ramai puak-puak pembangkang yang tak berpuas hati dengan anugerah ini terutama dari golongan bangsa 'racist' yang kata orang lain 'racist' . Tengok saja komen diaorang ni di Facebook page Curtin University, dan ada juga yang sanggup membakar kertas ijazah yang diperoleh dari Curtin University disebabkan pengiktirafan yang diberi kepada Datin Seri Rosmah Mansor.





Apa nak hairan isteri PM dapat Ijazah Doktor Kehormat, Tun Siti Hasmah pun pernah dapat juga dari UKM, Royal College of Physician, Ireland, Indiana University , dan University of Victoria, dalam bidang sains kesihatan ,kemanusiaan dan undang-undang. 

Ijazah Doktor Kehormat ni biasanya diberikan oleh pihak universiti untuk mengiktiraf jasa yang disumbang oleh penerima yang biasanya terdiri dari orang-orang ternama. Di samping memberi pengiktirafan kepada pihak penerima, pihak universiti juga mengambil kesempatan mendapat manfaat apabila dikaitkaan dengan individu penerima. Universiti-universiti terkenal biasanya begitu berhati-hati memilih penerima Ijazah Doktor Kehormat ini dengan memastikaan penerima-penerima melaksanaan sesuatu yang meninggalkan kesan pada masyarakat. 

Anwar Ibrahim pun pernah dapat Ijazah Doktor Kehormat dari universiti luar negara tapi yang tak ternama punya la , antaranya Universiti Khartoum (1995) ,Mindanao State Universiti (1988) , Ateneo de Manila Universiti  (1996) . Ijazah Doktor Kehormat yang dianugerahkan ini atas dasar dia sebagai pejuang 'itu' dan 'ini' .Hehehe tak kisah lah asal boleh 'doctorate' je jadilah//


Kalau nak dibanding dengan Anwar , Tun Mahathir lagi banyak dapat Ijazah Doktor Kehormat dan dari University yang ternama . Dari Malaysia saja dah ada berapa university , luar negara pun banyak juga.. iskk cari sendir la, malas nak buat research benda2 remeh ni. 

Oleh itu 'point' aku disini ialah suka hati unversiti tu lah nak bagi honorary doctorship kat mana-mana individu yang depa suka. Kalau kualiti university tu kelas A , macam Cornel, Imperial College, NUS, MIT , depa bagi Honorary Doctorship dekat Mr. Bean pun masih ramai yang berebut-rebut nak masuk. Curtin University ni di Australia je, dia punya ranking no. 15 , dalam dunia 351-400 . Ada berapa universiti dalam dunia ni beb ?


Tempat aku belajar dulu UTM yang ranking 437 dalam dunia pun ramai berebut-rebut nak masuk. Jadi nasihat aku sebagai student jangan sakit kepala fikir pada siapa universiti bagi Honorary Doctorship tu, yang penting tengok kualiti pendidikan dalam universiti tu sendiri . Honorary Doctorship tu lebih kurang macam promosi Univesiti tu sendiri je...no big deal la,just go on with ur life & stop being KIASU .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu