Monday, February 6, 2012

Pembaziran !! Jambatan kedua Pulau Pinang masih dalam pembinaan, terowong bawah laut pula menyusul ?

Dalam 'entry' yang terdahulu, aku pernah menulis berkenaan 'underwater tunnel' yang akan dibina dengan bagi menghubungkan Johor Bharu dan Singapore (sumber) ,entry kali ini juga berkenaan 'underwater tunnel' tapi yang akan dibina di Pulau Pinang


Pada 28 April 2011 , sebuah syarikat pembinaan dari China dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah menandatangani persefahaman mengenai kebarangkalian pembinaan 3 buah jalan dan sebuah 'underwater tunnel' yang akan menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth. Perjanjian ditandatangani dengan pengerusi Beijing Urban Construction Group, Liu Longhua sambil diperhatikan Perdana Mentari DS Najib dan Presiden China Wen JiaBao (sumber)


Panjang 'underwater tunnel' Pulau Pinang ke Butterworth itu dianggarkan 6.5km, ukuran dari perisian Google Earth dibawah mengesahkannya.


Tahukah anda,untuk projek 'underwater tunnel' Johor Bharu - Singapore , jarak laut yang perlu dilalui adalah 1 km sahaja ! Kurang 5.5 km berbanding projek 'underwater tunnel' Gurney Drive - Bagan Ajam . Sekiranya untuk projek 'underwater tunnel' Johor Bharu - Singapore sebanyak 9.2km jalan perlu dibina untuk melalui hanya 1km jarak laut bagaimana pulak jumlah panjang jalan yang perlu dibina untuk 6.5km jarak laut yang terpisah ?

Logik mengapa jarak pembinaan jalan perlu menjadi lebih panjang adalah kerana kenderaan memerlukan 'slope' yang tertentu untuk bergerak melalui terowong bawah laut , sekiranya jarak terlalu dekat maka 'slope' akan menjadi terlalu curam dan membahayakaan. Rujuk gambar di bawah untuk kefahaman lanjut.



Untuk projek 'underwater tunnel' Johor Bharu - Singapore , kajian-kajian kejuruteraan sedang dijalankan malah sehingga kini kos projek masih tidak diumumkan. Berlainan dengan cadangan 'underwater tunnel' projek di Pulau Pinang, kos telah dianggarkan berjumlah antara RM5 - 8 billion dengan mengambil kira beberapa lagi kemudahan lebuhraya yang lain.


Juga timbul persoalan kenapa projek sebegini perlu diadakan sedangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang masih dalam pembinaan ? Bukankah itu satu pembaziran ? Kalau di lihat dalam gambar di bawah pula , pembinaan 'underwater tunnel' ini juga berada di dalam laluan kapal-kapal yang menuju ke NBCT dan Sweetenham Pier.   Keadaan ini agak merisaukan Penang Port Sdn Bhd kerana bimbang sekiranya menganggu perjalanan kapal-kapal yang mahu berlabuh samada di NBCT atau Sweetenham Pier.

Pembiayaan projek ini adalah melalui 'prime land swapping' iaitu pemaju akan memiliki hartanah yang dimajukannya. Oleh itu pemaju juga berhak mengenakan tol kepada pengguna yang menggunakan lebuhraya dan 'underwater tunnel' yang dibangunkannya. Kerajaan Pulau Pinang juga akan melantik kontraktor-kontraktor bagi menjalankan projek ini, agak jelas pentadbiran kerajaan Pulau Pinang akan mendapat keuntungan atas angin dari projek ini. 

1 comments:

rasanya terowang submerged lebih practikal dan menjimatkan kerana tiada kos untuk operasi TBM.. bongkah2 terowong dibuat di darat dan dikaramkan serta dipasang di laut..kosnya lebih rendah..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu