Wednesday, February 1, 2012

'Pakar Ekonomi' PAS @MahfuzOmar sila baca kalau nak tau kenapa harga gula global turun tapi subsidi kena tambah

Di Malaysia,ada 4 kilang pengeluaran gula yang utama iaitu ;

1. Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
2. Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
3. Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
4. Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.


Dari rujukan ucapan Menteri Perdagangan dan Antarabangsa pada Jun 2010, 99 peratus bekalan gula diimport dari negara luar. Manakala hanya 1 peratus hasil tempatan.


Blogger Pro-PR WargaMarhaen meluahkan ketidakpuasan hati mereka kenapa harga gula ditingkatkan subsidinya untuk mengekalkan harga sedangkan sejak 6 bulan kebelakangan ni harga gula global makin menurun.Ahli ekonomi PAS , saudara Mahfooz Omar menyokong pandangan ini di timeline twitter (rujuk sini). (http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/harga-gula-terkini-2012-masih-kekal.html)

Aku setuju memang harga gula global semakin menurun sejak 6 bulan kebelakangan ni,tetapi cuba tengok graf di atas. Mungkin ramai yang dah lupa atau langsung tak tau harga gula yang ada sekarang adalah berdasarkan kontrak jangka panjang 3 tahun antara MSM/Kerajaan Malaysia dan pengeksport antarabangsa. Tempoh kontrak berakhir sepatutnya telah berakhir pada awal January 2012. Sumber http://www.reuters.com/article/2012/01/26/malaysia-sugar-subsidy-idUSL4E8CQ49820120126


Pada tahun 2009, MSM/Kerajaan Malaysia telah berunding dengan pengeksport antarabangsa untuk menetapkaan harga gula pada paras 17.5 cents / pound . Dengan mengambil kira kadar tukaran USD dengan Ringgit ialah 3.4 (berakhir Dec 2009). Maka kontrak 3 tahun harga gula pada ketika itu ialah lebih kurang RM 1.313 / kg . (ini harga gula mentah (rawa sugar) yang belum diproses , takkan proses kat kilang 'free' je ? hehehe). Sekarang bila kontrak 3 tahun dah tamat, perjanjian harga gula pada paras 17.5 cents / pound tak valid dah .


Berakhir 2011 , harga gula global ialah pada paras 23.42 cents/pound . Ertinya untuk harga baru global ni kerajaan kena cover lagi 5.92 cents/pound untuk raw sugar saja, belum proses lagi tu. Jadi dengan mengambil kira tukaran USD dengan Ringgit pada ketika ini sbg 3.0 maka kerajaan dah cover lebih kurang RM 0.39/kg utk raw sugar saja. Mujur nilai USD sekarang bukan lagi 3.4 kalau tak kerajaan kena cover hingga RM 0.44/kg . Sehingga kini pihak MSM dan Kerajaan Malaysia masih berunding dengan pengeksport2 antarabangsa untuk satu lagi penetapan kontrak jangkapanjang untuk harga gula mentah.

Hmm sekarang dah faham kenapa harga gula turun tetapi subsidi kena tambah??? Hehehe lain kali buat analisis dari semua sudut sebelum serbu tak pakai helmet/sarban .

13 comments:

diaorang ingat ladang gula kat perlis tu cukup kot untuk buat gula kat Malaysia tak pun diorang ingat kilang kat Malaysia tu yg sengaja naikkan harga kot.

orang pas kurang pandai dalam statistik, tu yang jadi macam ni.

salam,
link blog saudara sudah saya pautkan. terima kasih dan selamat berjuang

ladang gula kat Perlis memang tak cukup, tanah kita dah accomodate untuk sawit, getah dll . sawit & getah lebih menguntungkan pada pandangan saya la..

salam..

GT dah pautkan.. siap follow blog lu lagi de..

Selamat menghenyak fuckatan.. yeaahhhaaaaaa...!!!

Aku nak tak berapa faham pasal ekonomi. tapi tengok graf mana titik lebih tinggi dan lebih rendah, boleh bacalah sikit.
analisis aku mudah sj, berdasarkn dr graf hrg gula global;-
-pada jan20099 (dlm graf pnulis tulis jan2008 pula. silap taip kot), harga gula 17.5cent/pound. pada kdudukn ini, kjaan meterai kontrak pmbekalan gula utk tempoh 3thn.
-pada jan2012, kontrak tamat. kddukan harga gula utk mulakn kontrak 3tahun mendatang ialah 23.42cent/pound.
-KEDUDUKN DAN HARGA INI JAUH LEBIH TINGGI BERBANDING JAN2009. JADI UTK KJAAN MENGEKALKN HARGA SEMASA GULA SPT YG DIKECAPI PADA KOnTRAk 2009 HINGGA KINI, MAKA MEMANG MASUK AKAL KJAAN TERPAKSA MENAMBAH PERUNTUKN SUBSIDI.
-hakikatnya harga gula thn 2012 jauh lebih tinggi berbanding 2009. turun naik harga pasaran utk tempoh2 tertentu adalah biasa dlm pasaran. namun jika dilihat utk tempoh jangka masa panjang, trend harga gula masih lagi dalam mod MENAIK.
-kjaan buat kontrak bukan utk tempoh setiap bulan atau setiap 6 bulan. tapi 36 bulan. jika kontrak utk tmpoh pada kala setiap 6bulan, maka wajar hrg gula diturunkn dan subsidi tidak ditambah skrg krn pnurunn 6bln lalu. NAMUN, KEADAANNYA TIDAK BEGITU....

hehe...nak tengok apa pulak ulasan pakar ekonomi PAS atau bakal menteri kewangan PR, Mahfuz Omar

kah kah kah Mahput omar pakar ekonomi...... SRP Ilmu hisab dapat E..SPM dapat 9(Xdan Matematik).....Dengar kata suruh bilang duit sampai seribu pun x betul.....PAKAR EKONOMI TUUUIIIHHH.

Patutnya subsidi ditambah masa Graf menjolak naik
bukannya masa menurun... Kalau nak kira Jun 2010
masa graf mula melonjak dah boleh sembang bab subsidi
tapi sampai sekarang dah setahun setengah baru nak cakap....ada udang sebalik mee!

anon 4.52pm, mmg ko agak bengap sikit. jun2010, kontrak masih blm dperbaharui. kontrak tamat 2012. maksudnya tinggi manapun harga dlm tempoh 3thn tu, pengeksport tetap jual pada hrg yg dipertujui sblmnya. dan rendah macam mana pun hrg tempoh tu, kjaan tetap juga bayar spt yg dipstujui sblmnya.

Kat tempat saya pernah cuba dibuat ladang tebu untuk menghasilkan gula pasir. Siap import jurutera dari Jepun. Tapi bila air tebu tu diproses untuk dijadikan gula pasir tak berjaya dihasilkan. Yang dapat hanyalah gula perang (brown sugar). Masa dulu-dulu mana laku gula perang ni. So lama-kelamaan ladang tebu ini ditutup. Sekarang ladang tebu tu dah jadi padang golf. Sekelilingnya dipenuhi ladang kelapa sawit.

Adat le tak kan kita nak menghasilkan semua tanaman serentak. Faktor2 lain perlu gek diambil kira. Bukannya tiada usaha tapi halangannya tetap ada. Pas ni kalu harga gula naik, kita pakat le reramai minum air kosong jer lagi pun baik untuk kesihatan.

Betul tu, banyak faktor yg kena ambik kira :)

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu