Thursday, February 2, 2012

Mintak Nyawa ! Ketua Menteri Penang Umum Dana Rumah Kos Rendah dekat2 PRU13.

Hari ni Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan dana sebanyak RM500million bagi PDC untuk membina rumah bagi penduduk yang berpendapatan rendah (sumber). Setelah DAP mengambil alih Pulau Pinang sejak 2008, jarang sekali kita dengar projek2 perumahan PDC untuk penduduk Pulau Pinang yang berpendapataan rendah. 



Pernah satu ketika dulu, Lim Guan menafikan hal ini dan menyatakan sebanyak 11,596 rumah mampu milik telah diluluskan pembinaannya sepanjang pemerintahan DAP di Pulau Pinang .( sumber) . Tapi tiada senarai rujukan yang disediakan untuk kita buat cross checking. Bilangan rumah yang tak mampu milik juga tidak dinyatakan. Jadi aku cuba guna google je untuk 'check' hartanah-hartanah terbaru di Penang  . (sumber)

Orchadia Balik Pulau ( RM 618,000 ke atas , jumlah unit 99)
The Light Waterfront (RM 874,400 ke atas , jumlah unit 1,177)
Ferringgi Residence (RM ? , jumlah unit 390)
The Residence (RM  698,000 ke atas , jumlah unit 74)
Tanjung Beach Front (RM 2.3 juta ke atas , jumlah unit 147)
Vista Jambul ( RM1.28 juta ke atas , jumlah unit 33)
BM Residence (RM 268,000 ke atas, jumlah unit 108)
Residensi Harmoni 
Palm Garden Juru
Pavillion Resort Telok Kumbar
Vermont Villa
TK Residence
Botanica C.T
Seputih Residence
Maritime
Simfoni Swiss
One One Eight Island Plaza
Telaga Emas Apartment
Taman Bukit-Bukit Mertajam
Pearl Regency
Secret Garden of Luxury
Feringgi Park,Penang

Senarai di atas adalah list2 projek perumahan dari September 2010 hingga Jan 2012 . Kalau diperhatikan tidak ada satu pun projek untuk rumah kos rendah dan sederhana. Projek2 di atas dibuat dengan kelulusan kerajaan DAP Pulau Pinang. Nampak macam satu usaha untuk menjadikaan Pulau Pinang itu sendiri seperti negeri 'orang-orang kaya' di Malaysia.

PDC yang dulunya banyak terlibat dalam pembikinaan rumah mampu milik rakyat juga kini semakin rancak dalam membangunkan beberapa projek mewah. Antara yang terbaru ialah Bayan Mutiara. Projek ini dikata 'a multi billion project' dari satu sumber laman web. Sesuatu yang menarik dari laman web berkenaan apabila Ivory Properties sebagai pembida yang berjaya menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding saingannya SP Setia Sdn Bhd.


Blogger Aniletto juga pernah menulis dalam blog beliau mengenai peranan PDC yang seolah-olah tersasar dari tujuan asal penubuhannya. Sumber

Jadi setelah memerintah hampir habis penggal di Pulau Pinang, baru lah nampak percubaan 'mintak nyawa' dari rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana melalui 'projek-projek saat akhir'. Hmm jangan kita lupa pasal 'underwater tunnel' from Gurney Drive - Bagan Ajam yang LGE canang-canang masa akhir tahun 2011 , daripada buat 'underwater tunnel' ni baik guna duit tu untuk buat lebih banyak rumah kos sederhana dan rendah di Penang.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu