Friday, February 17, 2012

Konsultan 'fee' saja dah RM 6.75 juta , berapa agaknya harga rumah kos rendah di Batu Kawan nanti?

Tahukah anda kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP telah mengupah konsultan dari republik Singapura untuk merekabentuk projek perumahan kos rendah di Batu Kawan, Pulau Pinang ? (sumber) Hmm sebenarnya aku naik cemuihhh nak bercerita pasal kerajaan DAP Pulau Pinang, tapi kalau tak cerita macam mana orang nak tau, ye tak?

Dosa pertama kerajaan DAP ialah membina terlalu banyak projek perumahan mewah di bahagian pulau, negeri Pulau Pinang, seolah-olah kawasan ni di huni oleh orang2 kaya saja. Bila dah banyak perumahan-perumahan mewah , peluang untuk generasi akan datang di kalangan orang kebanyakkan untuk memiliki rumah di kawasan pulau sangatlah tipis. Samada depa mewarisi rumah kos rendah berstatus 'leasehold' dari mak bapak atau terpaksa mencari rumah di bahagian tanah besar.

2

Untuk 'cover' dosa pertama , kerajaan DAP Pulau Pinang telah merancang projek perumahan rakyat di Batu Kawan, di tanah besar. Kesiannn..punya lah jauh untuk orang-orang yang bekerja di bahagian pulau , kena ulang-alik hari2 , dengan 'jem' lagi , tol jambatan, tambang feri, petrol, etc... , ingat yang kerja di kawasan perindustrian Bayan Lepas tu kaya2 ka ? Patut buat la rumah kos rendah kat kawasan pulau jugak , apa orang2 berpendapatan rendah tak wujud di kawasan pulau ka?

Peng 'cover' an dosa pertama ni tak menjadi , malah mewujudkan dosa kedua pulak ! Buat perumahaan rakyat, tapi bagi projek ni dekat konsultan dari Singapore ? Kat Malaysia ni takdak konsultan yang hebat ka? Setakat projek perumahan kos rendah buat apa nak bagi konsultan oversea , lain la kalau projek-projek berskala besar yang betul-betul memerlukan kepakaran kejuruteraan yang tinggi . Dosa kedua kerajaan DAP Pulau Pinang ialah memandang rendah keupayaan konsultan kejuruteraan tempatan dari Malaysia. 

Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengupah konsultan dari Singapore iaitu Surbana International Consultant pada harga Singapore Dollar 2.7 juta ! Lebih kurang Ringgit Malaysia 6.75 juta ! Agak2 berapa la harga 'rumah kos rendah' yang akan dibina kalau konsultan fee ja dah Ringgit Malaysia 6.75 juta ?

Ketua Menteri Pulau Pinang memberi alasan berikut "We passionately believe that the poor deserves a home and not a box' for their children to grow up healthy and safe." Jadi secara tidak langsung dia memandang rendah keupayaan konsultan-konsultan tempatan dengan menyamakan rekabentuk rumah kos rendah mereka sama seperti kotak!

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu