Sunday, February 5, 2012

Konspirasi yang Kantoi ? Azmin Helmi Masuk Indonesia 15 February 2009 , Elizabeth Wong buat laporan polis 16 February 2009

Hari ni dalam PapaGomo , telah dibuat satu pendedahan mengenai seorang ahli PKR yang di tahan di Indonesia. (sumber) . Berikut adalah sumber asal berita itu dari laman web detikNews.



Merujuk kepada portal berita dari Indonesia itu, maklumat lelaki yang ditangkap adalah seperti berikut ;

Nama : Azmin Helmi
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 27 March 1975
Alamat : Jalah 4H, Ampang,68000, Selangor
Maklumat lain : Ahli Parti Keadilan Rakyat (Malaysia)

Azmin Helmi ni ditangkap kerana secara tak sengaja petugas imigresen terjumpa dengan identiti palsu yang dikeluarkan oleh Disduk Pemkot Batam yang ditandatangan oleh Kadisduk Sadri Khairuddin. Dari siasatan mereka Azmin  Helmi masuk ke Indonesia pada 15 February 2009 . Kalau korang perasan , tarikh dia masuk ke Indonesia tu ialah tarikh dimana isu gambar2 'tak senonoh' Elizabeth Wong tersebar. Berikut ialah petikan dari Malaysiakini berkenaan isu berkenaan.


Helmi masuk Indonesia 15 February 2009, ngam2 sehari lepas tu Elizabeth Wong buat laporan polis . Hmmm something 'fishy' here. Ingat tak masa hal ni kecoh Anwar Ibrahim kata benda ni semua plot yang dirancang oleh UMNO , ada trojan horse ... dan bla bla bla lagi. (Sumber)


Ohh ya , bagi mereka yang dah lupa isu ni, Helmi ni dikatakan ada hubungan dengan Elizabeth Wong. Masa kejadian tu berlaku macam2 andaian dibuat dan di forum2 internet ada yang kata Helmi ni di 'beli' UMNO untuk sabotaj PR. Lepas kantoi di Indonesia , semasa soal siasat Helmi telah membuat pernyataan berikut ;

"Saya memilih menetap di Indonesia walaupun izin tinggal telah berakhir karena di Malaysia oleh pihak keluarga dan pimpinan anggota Partai Malaysia menyarankan agar saya berubah dulu di Indonesia. Keselamatan saya tidak lagi terjamin di Malaysia ini terkait dengan ancaman terhadap saya oleh pemerintah Malaysia yang mungkin atau menjadikan saya sebagai tumbal dan alat politik dari pihak yang berkuasa di Malaysia," kata Azmin kepada petugas Imigrasi Batam.

Statement di atas memang macam sial, dia yang tangkap gambar 'tak senonoh' Elizabeth Wong iaitu ahli politik Parti Pembangkang di Malaysia , tapi dia takut dapat ancaman Parti Pemerintah di Malaysia ? Sepatutnya dia takut dapat ancaman dari PR tu sendiri kerana merosakkan imej diaorang. Pendapat peribadi aku, semua ini macam di aturkan untuk mendapatkan simpati rakyat , kononnya nak menunjukkan kerajaan sanggup buat apa saja nak memalukan pemimpin PR . Semasa isu ni tengah hot , orang2 PKR cakap depa tak tau si Azmin ni kat mana , tapi jelas dalam soal siasat  si Azmin ni cakap dia dapat bantuan kewangan dari parti di Malaysia ... hmmm fishy fishy fishy , konspirasi memburukkan kerajaan yang terkantoi !

1 comments:

Isu ni dah lama berlaku. Tapi ada baiknya dibugarkan kembali. Biar orang-orang Melayu celik bijik mata nak pilih yang mana satu. Jangan main pangkah je.

Apa-apa pun dari ketua sampai orang bawah sama aje fe'elnya. Tak dapat lepaskan diri daripada perangkap seks. Pelik-pelik ... asyik bertuankan nafsu.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu