Thursday, February 16, 2012

Kami nak rumah mampu milik ! Ada kami kesah tanah kat Penang dijual pada pemaju dengan harga tinggi ?!

Melalui petikan akhbar The Star pada 15 February 2012 , Lim Guan Eng mengatakan tanah untuk projek Bayan Mutiara telah dijual kepada pemaju pada harga RM240 / ft2  iaitu lebih tinggi dari harga yang dinilai oleh JPPH and MOF iatu RM65-84 / ft2. 


Kenyataan Lim Guan Eng , sebenarnya adalah untuk membidas Ahli Parlimen Kota Belud yang membuat dakwaan bahawa tanah untuk projek Bayan Mutiara telah dijual pada harga yang lebih murah dan tawaran tender adalah melalui rundingan dua hala.  Kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud adalah berdasarkan perbandingan harga tanah berdekatan yang dijual pada harga RM420 /ft2 .

Pendapat aku, samada harga tanah lebih murah atau lebih mahal , projek Bayan Mutiara adalah untuk pembangunan penempatan mewah serta kemudahan2 sekitarnya di tanah yang berkeluasan 102.56 ekar. Dengan pembangunan di tanah yang dibeli pada harga hampir 3x harga nilai pasaran. Adakah bangunan2 yang akan di jual disini dapat dibeli dengan harga yang mampu milik ? 


Kerajaan negeri Pulau Pinang begitu ghairah mengejar keuntungan dengan penjualan tanah untuk projek-projek perumahan mewah di negeri ini, nasib penduduk Pulau Pinang yang tidak berkemampuan seperti tidak diendahkan. PDC satu ketika dahulu ditubuhkaan untuk membantu pemilikan rumah bagi golongan-golongan berpendapatan rendah, tapi kini di bawah pemerintahan rejim DAP , PDC seoalah memberi kemudahan dan keutamaan pula pada mereka yang berpendapatan tinggi. 

Berikut adalah beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh blogger Aniletto berkenaan projek Bayan Mutiara ini (sumber)


Ada yang berpendapat , PDC perlu memperoleh pendapatan yang sebegini tinggi untuk membina perumahan2 pada golongan2 miskin. Tetapi adakah perumahan2 untuk golongan miskin ini akan didirikan di bahagian pulau ? Di tanah kelahiran mereka ? Adakah polisi kerajaan DAP untuk menempatkan golongan-golongan miskin di bahagian tanah besar semenanjung dan menempatkan golongan-golongan kaya raya di bahagian pulau ? Apa yang berlaku kini menunjukkan trend ini semakin ketara seperti yang telah dijelaskan dalam entry blog sebelum ni (sumber) . 

Hartanah-hartanah mewah tumbuh bak cendawan di Pulau Pinang , semakin banyak tanah di Pulau Pinang (terutama di bahagian pulau) dibangunkan untuk projek sebegini.  Sekiranya ini berterusan , tidak mustahil Pulau Pinang hanya layak diduduki oleh mereka yang berpendapatan tinggi saja. Oleh itu cukuplah untuk Lim Guan Eng buat putar belit , orang Penang mahu rumah yang mampu milik bukan rumah tak mampu milik . Hang jual tanah dengan harga tinggi dekat developer depa jual properties yang akan dibangunkan tu pun tinggi jugak la martolllll ! Hukum meniaga yang mudah, harga jual mesti lebih dari harga kos . Hang tak dak duit nak beli hang sewa , tu pun kalau hang mampu sewa ! 

1 comments:

Kalau Guan Eng jual tanah murah pun pada pemaju,aku rasa pemaju masih jual rumah yang mahal maklum nak memaximakan keuntungan.Jika Guan Eng ikhlas nak membantu rakyat berpendapatan rendah dia boleh saja mengarahkan pemaju membangun rumah kos rendah disamping rumah kos tnggi.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu