Saturday, February 4, 2012

Islam, Melayu dan Raja .. Adakah JATI bakal dicemuh pertubuhan 'racist' seperti PERKASA ?


Awal Februari 2012, bila Dr. Hassan Ali mengumumkan penubuhan JATI , ramai di kalangan pemimpin dan penyokong PR memperlekehkan usaha ini. Antara cemuhan yang diterima ialah JATI itu kononnya adalah singkatan daripada Jual Agama Tipu Islam , seperti yang tweeter timeline seorang balachi tegar PR di bawah.


Sebenarnya dia hangin dengan twitter aku sebelum tu , aku bagitau dia JATI actually stand for Jaga Agama Tolak Iblis.


Anyway, melalui ceramah Dr. Hassan Ali yang aku pi di Jalan Kebun tempohari , penubuhan JATI adalah berpaksikan Islam, Melayu dan Raja (IMR) . Apa yang menarik ialah IMR juga diperjuangkan oleh pertubuhan PERKASA , malangnya pertubuhan ini mendapat pelbagai cemuhan kerana dianggap perkauman. Malahan dikeji oleh bangsa sendiri iaitu Melayu yang berada di kem Pakatan Rakyat.
Namun untuk kes Dr. Hassan Ali,  aku dapat rasakan impak yang diberikan adalah agak berlainan sekali. Sokongan masyarakat Melayu datang mencurah-curah. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah-ceramah yang diadakan Dr. Hassan Ali selepas dipecat dari Exco Selangor. Orang Melayu dari pelbagai parti politik datang untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh Dr. Hassan Ali mengenai IMR. Cuma terdapat segelintir parasit2 Melayu yang memperlekehkan Dr. Hassan Ali , mungkin pada mulanya mereka tidak menyangka golongan yang menyokong beliau sangat ramai hingga mencetuskan gelombang yang besar.

Sebenarnya orang Melayu agak sensitif dengan hal-hal yang berkaitan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Dr. Hassan Ali dilihat tegas dan ikhlas dalam mempertahankan hal ini. Beliau berani bersuara menentang arus di kala pemimpin Melayu lain diam menikus tunduk mengiyakan segala arahan orang2 yg menentang IMR hanya kerana kedudukan dan kepentingan politik. Kerana ketegasan beliau dalam mempertahankan Islam, beliau telah dipecat dari parti politik yang dikatakan memperjuangkan Islam , seterusnya digugurkan dari jawatan EXCO Selangor. Satu penganiayaan yang amat besar telah berlaku dan rakyat terutamanya orang Melayu dapat melihat dengan jelas hipokrasi  DAP, PKR dan PAS walaupun sedaya upaya dinafikan. 



Persoalan sekarang, adakah JATI yang bakal ditubuhkan juga akan digelar pertubuhan 'racist' seperti yang berlaku pada PERKASA ? Pandangan peribadi aku ,berlainan dengan PERKASA impak yang bakal diberikan JATI agak besar, reaksi2 provokatif yang menghina Islam, Melayu dan Raja akan di sahut dengan gelombang tindakbalas yang besar. Jadi harapan aku, tidak adalah mulut-mulut longkang yang terlepas cakap kerana aku percaya aura yang dibawa oleh Dr. Hassan Ali dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja telah meresap masuk dalam jiwa orang-orang yang mendengar ceramahnya. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu