Sunday, February 12, 2012

Hak Kebebasan Bersuara Pakatan Rakyat di 'Speaker's Corner' Padang Kota dicemari !!!

Pada 15 December 2011 , Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah merasmikan satu tempat di Padang Kota , yang dikhaskan untuk tujuan pidato, tempat itu dinamakan 'Speaker's Corner' . Sejak dari tarikh perasmian , 'Speaker's Corner' digunakan oleh pemidato2 hebat yang terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional serta pemimpin-pemimpinnya.


Sejak perasmian 'Speaker's Corner' itu juga, tidak ada penyokong-penyokong kerajaan BN berdiri di situ untuk berpidato dan mempertahankan kerajaan. Mungkin ramai yang meluat dengan ucapan-ucapan menghentam kerajaan BN di 'Speaaker's Corner' itu tetapi hanya sekadar memendamkan dalam hati saja. 

Pemidato hebat bersama Ketua Menteri kesayangan

Tetapi sesuatu yaang amat menarik telah berlaku apabila seorang anak muda tempatan Pulau Pinang dengan beraninya bersuara mempertahankan kerajaan BN dan mengkritik dasar-dasar kerajaan negeri di hadapan penyokong-penyokong PR yang ramai. Anak muda ini mula berpidato pada 22/01/2011 mempertahankan dasar2 kerajaan tetapi tidak ada rakaman yang dibuat untuk pidato beliau yang pertama. Video yang dipaparkan untuk entry kali ini adalah pidato beliau pada 29/1/2012 dan 5/1/2012 . 



Dari rakaman video ini kita dapat lihat bagaimana sebenarnya kebebasan bersuara yang di amalkan oleh Pakatan Rakyat, bagi mereka kebebasan bersuara hanyalah apabila mempunyai pendapat yang sama dengan mereka , sekiranyaa berbeza kebebasan bersuara akan disekat. Dalam rakaman video ini, kita dapat lihat anak muda ini di 'boo' dan diganggu apabila beliau memberikan ucapan.

     

Untuk makluman umum, ruang pidato ini diadakan setiap hari Ahad dari pukul 6.00 petang hingga pukul 10.00 malam . Saya difahamkan anak muda juga akan sekali lagi berpidato pada 12/02/2012 (6.00pm - 10.00mlm) semasa 'entry' ini ditulis untuk membawa isu-isu rakyat di Pulau Pinang. Di harapkan, penyokong-penyokong kerajaan Barisan Nasional yang ada di sekitar Pulau Pinang turut dapat hadir untuk memberikan sokongan. Mungkin ada sesuatu yang menarik akan disampaikan. Semoga cetusan yang dimulakan oleh anak muda ini menjadi pembakar semangat untuk pemidato2 pro-BN yang lain di 'Speaker's Corner' yang disediakan. Gua respek lu bro !!!

4 comments:

teruskan perjuangan anda...

yg pasti undi melayu akan pi kepada bn dgn banyak sebab banyak melayu dah meluat dgn dap ni...

pejuang hamas...

caya la.. anak muda pulau pinang.. tak kan melayu hilang di dunia/..

syabas betei.....like like...like......HIDUP MELAYU......TERUSKAN PERJUANGAN ANDA......MOGA ALLAH MENYEBELAHI KITA.....

Mana janaji...... Tabiklah kat anak muda ini.Sepatutnya inilah yg wajar diperjuangkan oleh pemuda2 pro kerajaan.

Tttg puak2 PR yg duk celah dia tu.... gua ingat diorg mabuklah.... hahahaha gua rasa wajah sebenar india & cina dah makin ketara.

Dan org tua melayu tu duk sibuk tabur fitnah.... kesian...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu