Saturday, February 25, 2012

DAP akan 'import' SUARAM untuk ambik balik 'Speaker's Corner' di Padang Kota dari Kumpulan Pro-BN?

Dari info yang aku terima , 'Speaker Corner' di Padang Kota, Pulau Pinang akan menjadi hangat lagi hari Ahad ni .. sebabnya khabarnya DAP nak bawa geng2 mereka yang terdiri dari peguam-peguam SUARAM ! Phewww.. kira bila depa bawa peguam nanti , depa bajet ucapan lebih nampak intelektual lah kan ??


Sekiranya perkara ini benar, tindakan DAP memanggil geng2 import dari SUARAM adalah kerana untuk menutup malu mereka sebab 'Speaker's Corner' di Padang Kota tu asalnya depa pegang... bila geng2 BN 'take over' tempat tu , naik pitam la Lim Guan Eng , sebab tempat tu dia yang cadangkan .... mungkin dengan niat nak bagi can utk orang ramai memaki kerajaan persekutuan sesuka hati ... sekali kena kat batang hidung sendiri!

Oleh itu rakan2 BN dan para penyokong kerajaaan yang berada di Penang, kalau anda ada masa ... sila lah bagi sokongan pada hari Ahad ni , rakam la apa2 kejadian menarik dalam handphone , kalau tak reti nak post kat Youtube, email ja kat aku ..bagi blast . Aku rasa kalau betul ada geng2 import SUARAM ni , banyak adengan-adengan menarik pasti berlaku ! Apa pun aku tak dapat join sebab kat Subang Jaya ni .. jauh sangat, sesak beb kalau tiap2 minggu ulang-alik Subang Jaya - Penang - Subang Jaya . Apa pun sapa yang ada dekat2 tu .. pi lah bagi sokongan , kena buktikan kita boleh pertahankan tempat kecik macam 'Speaker's Corner'  tu dulu kalau nak buktikan kita boleh pertahankan yang lebih besar.

1 comments:

insyaALLAH...

pejuang hamas...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu