Saturday, February 25, 2012

Beza Proses Tender Terbuka Lim Guan Eng dan Ananda Krishnan . Mana lebih telus ?

Dalam suratkhabar The Star hari ni, aset Ananda Krishnan dalam bidang janakuasa menarik minat 12 syarikat pembida dari luar dan tempatan. Dari laporan akhbar , antara syarikat tempatan yang membuat bidaan ialaah IMalaysia Development Berhad (IMDB) dan kerjasama CIMB/EPF . Walau bagaimanapun, dilaporkan syarikat dari Timur Tengah iaitu Saudi Water and Electricity membuat bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM 10.85 billion.


Berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang terus membuat keputusan untuk memilih pembida tertinggi, Ananda Krishnan sebaliknya tidak terus gelap mata dengan tawaran paling tinggi yang dibuat oleh Saudi Water and Electricity itu , sebaliknya beliau mengikut prosedur dengan membuat bidaan pusingan kedua yang membabitkan 3 syarikat disenarai pendek berdasarkan angka jualan yang beliau inginkan iaitu antara RM9.92 billion hingga RM11.16 billion. Prosedur bidaaan pusingan kedua juga memerlukan pembida menunjukkan bukti kemampuan kewangan mereka dalam membiayai pembelian .


Walau bagaimanapun, berbeza dengan projek Bayan Mutiara , Lim Guan Eng mungkin tidak mengambilkira faktor2 di atas , terutamanya dalam aspek kemampuan dalam biayaan pembelian tanah.  Akibatnya, sehingga kini Ivory Tower hanya membuat bayaran deposit sebanyak 2% berbanding 10% seperti yang dipaparkan dalam laman web bursa Malaysia (sumber) .



Jadi disini kita boleh bandingkan keberkesanan 'tender terbuka' yang diamalkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan 'tender terbuka' oleh billionaire Ananda Krishnan. Yang mana lebih selamat dan telus ??? CAT ? Prfttttt....

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu