Wednesday, February 8, 2012

Adakah dasar MARA akan berubah sekiranya PR memerintah?

Baru-baru ni aku dan beberapa rakan bloggers yang lain menghadiri majlis makan malam anjuran MARA. Majlis itu sebenarnya lebih kepada penerangan MARA dalam memperkasakan orang2 melayu dalam bidang perniagaan, pendidikan dan kemahiran. Tidak banyak hal-hal berkaitan politik dibincangkan,perbicangan lebih tertumpu kepada peranan MARA.

Diakui, MARA telah banyak membantu bumiputera di Malaysia dalam mempertingkatkan taraf hidup mereka. Banyak tokoh2 pada hari ini adalah dari produk MARA itu sendiri. Aku sendiri adalah produk MARA dibawah MRSM (Jasin batch 96 >) Sebenarnya kemasukkan di MRSM bukanlah 100% bumiputera sebab memang ada student berbangsa Cina dan India.

Pengalaman di MRSM sebenarnya banyak mempengaruhi pembentukkan identiti pelajarnya. Pelajar diajar berfikir secara kritikal dalam melihat sesuatu permasalahan itu.Ada juga modul untuk kaedah pemikiran yg berkesan dicedok dari ceramah2 Edward De Bono.

Produk2 MARA sebenarnya terdiri dari golongan yang menyokong dan yang menentang kerajaan. Sebagai sebuah badan bebas yang fokusnya untuk membantu bumiputera, orientasi politik bukanlah menjadi keutamaan. Oleh itu tidak hairanlah ramai juga dari tokoh-tokoh pembangkang yang menentang kerajaan adalah produk MARA. Malah anak Ex MB Perak, DS Nizar juga telah berjaya dalam permohonannya ke MRSM Taiping. Timbul persoalan disini adakah dasar2 MARA akan diubah sekiranya PR mengambil alih kerajaan memandangkan wujud satu elemen dalam PR yg diketahui lantang dalam perjuangan kesamarataan dan meritokrasinya?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu