Sunday, January 29, 2012

Unbelievable!! Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Anjuran PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru dapat sambutan masyarakat Cina




Majlis Terbuka Tahun Baru Cina anjuran PERKASA nampaknya mendapat sambutan masyarakat Cina, walaupun jumlah kehadiran pada awalnya hanya dianggarkan sebanyak 300 orang , tapi jumlah yang hadir nampaknya lebih dari itu. Aku sekarang berada di lokasi,baru je selesai buat video recording Dato' Ibrahim Ali. (Kejap lagi gua upload)

Ucapan Dato' nampaknya dapat tepukan gemuruh dari para hadirin. Dalam majlis ni jugak aku perasan ada beberapa press tapi tak pakai name tag press , yg confirmnya ada la wartawan Malaysiakini terselit, tapi aku tak tau mana satu..heheh (gua blogger tak payah pakai tag press kot?)


Terbukti PERKASA bukan pertubuhan yang racist, PERKASA sama dengan pertubuhan2 NGO lain yang mempperjuangkan bangsa masing2. Tegas dalam memperjuangkan hak bangsa sendiri adalah tidak rasis, tetapi sekiranya menindas dan menidakkan hak bangsa2 lain baru lah dikatakan rasis. Namun ini tidak pernah berlaku dalam perjuangan PERKASA. Barisan Nasional sbg parti pemerintah juga tidak pernah melaksanakan dasar yang menindas kaum2 lain. Apa yg berlaku sekarang ialah kepimpinan Pakatan Rakyat memutar-belitkan fakta demi kepentingan politik kotor mereka.

Ok chow, gua dah lapor ..nak makan, nampak tadi macam nasik beriani je..nyum nyum

Isu Pemberian Sampul 'Ang Pow' Putih


Berkenaan pemberian sampul  'Ang Pow' bewarna putih , sebenarnya aku pun tak berapa perasan benda ni, sebab tengok para hadirin macam happy je tadi . Tambahan pula ada satu ketika aku tengok para hadirin ni berebut-rebut nakkan 'Ang Pow' bersampul putih ni dari Datuk Abdul Rahman Bakar. Kalau mereka rasa terhina takkan lah mereka berebut-rebut pula?


Aku berfikiran positif bahawa mungkin ada sebab kukuh mengapa sampul putih diberikan. Tujuan PERKASA mengadakan majlis ini adalah untuk meraikan kaum Cina dan untuk membetulkan persepsi mereka terhadap perjuangan PERKASA. Jadi pemberian sampul 'ang pow'  bewarna putih bukan lah satu perkara yang disengajakan . Aku hubungi kawan2 PERKASA di Facebook dan minta mereka hubungi Dato Ibrahim Ali dan menjelaskan perkara ini . Menurut Dato' Ibrahim Ali , soal sampul ni baru diketahui disaat-saat akhir , sampul merah cuba dicari dikedai2 , tetapi biasalah hari Ahad kedai2 ni tutup dan majlis pula bermula pada pukul 1 petang. 

Secara peribadinya , saya pun baru hari ni tahu bahawa sampul putih adalah 'pantang' pada Tahun Baru Cina , saya yakin ramai lagi rakan2 yang bukan berbangsa Cina baru sedar akan hal ini bila isu ini ditimbulkan. Ini kali pertama majlis seumpama ini dianjurkaan oleh sesebuah pertubuhan yang meraikan kaum dari kebudayaan dan adat resam yang berbeza. Sepatutnya tujuaan asal murni majlis diadakan patut dilihat , bukan dengan cuba mencari kesilapan-kesilapan yang tak disengajakan sebegini. Tapi saya agak yakin rata2 yang hadir faham kesilapan ini kerana PERKASA adalah pertubuhan Melayu yang beza budayanya, niat utk menghina jauh sekali . Malah mereka dengan hati terbuka menerima 'ang pow' dengan wajah2 yang ceria dan ada juga yang berebut-rebut . Lihat saja gambar2 di atas.

1 comments:

tu lah perkasa x reti budaya org,bagi angpau warna putih,kan dah kena.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu