Tuesday, January 31, 2012

Safe Your Own Ass Statement of The Day : "NFC chief pressured me to bribe police"

Hari Isnin pagi aku agak busy, ada meeting di Kertih, Terengganu. Awal2 pagi dah kena drive dari KL ke Kertih  utk catch up meeting. Minda banyak tertumpu dengan hal2 yang akan dibincangkan dalam meeting. Habis je meeting..aku belek2 timeline Twitter, banyak yang bercerita pasal Juara Lagu . Satu timeline tu agak menarik minat .. dari Malaysiakini , apa lah lagi yang nak dibohongnya...tajuknya "Shamsubahrin: NFC chief pressured me to bribe police" . http://www.malaysiakini.com/news/187805


Perghhh...aku betul2 gelak  besar bila baca tajuk tu . Ditambah pulak dengan muka kesian seolah-olah tak bersalah yang dibuat-buat sambil diperhatikan oleh balachi2 PR. Jelas kita nampak orang yang dituduh buat salah cuba nak 'divert' kesalahan yang dibuat pada orang lain. Maka bersorak lah balachi2 PR di laman twitter tentang hal ini seolah-olah apa yang dikatakan Shamsubahrin tu benar.

Tapi kita jangan lupa yang Shamsubahrin ni juga telah didakwa untuk kesalahan menipu seorang pemandu teksi yang melabur sebanyak RM 90,000 untuk sebuah syarikat yang tak wujud pada 24 March 2010.  Selepas itu pada tarikh yang sama , Shamsubahrin juga telah didakwa untuk kesalahaan menipu seorang wanita sebanyak RM13,000 dengan menjanjikan 2 orang pembantu rumah tempatan. 



Dua dakwaan diatas dilakukan hanya setelah kisah penipuan dilakukan beliau terhadap NFC hingga mencecah RM1.76 million terbongkar. Mungkin kes ini telah memberi keberanian kepada mangsa2 penipuan beliaau yang lain untuk tampil dan membuat laporan. 

Oleh itu pada pandangan aku, dengan merujuk kepada dua lagi dakwaan penipuan yang dikenakan, kredebiliti Shamsubahrin sebagai orang yang boleh dipercayai dalam menyampaikan sesuatu maklumat telah tercalar. Pernyataan yang dikeluarkan boleh diragui kerana rekod beliau dalam kes penipuan yang membabitkan wang ringgit. Kita juga boleh membuat andaian tindakan beliau sama saja dengan tindakan2 pesalah2 lain yang cuba memutar belitkan fakta untuk menyelamatkan diri sendiri dari dikenakan hukuman.

Kalau pernyataan Shamsubahrin berkenaan tindakan NFC menekan beliau untuk menyogok polis dipercayai oleh balachi2 PR , maka makin mudah lah kerja2 penjenayah dalam negara ini kerana mereka juga boleh mereka-reka cerita untuk menyelamatkan diri dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan.  Kalau Shamsubahrin boleh.. tentulah mereka pun boleh . Hal anta fak'off ? Prftttt..

2 comments:

beb, lu pernah jumpe "mamat" nih????AKU DAH DGR SENDIRI CERITA "MAMAT" NIH.....lu ada pernah pergi interview die????

Aku pernah jumpe mamat ni. dia memang ada kes sebelum ni dan tak boleh dipercayai.. nampak kebodohan wakil PR yang ada bersama nak membelanya. haha.. good job.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu