Monday, January 16, 2012

"Racist Policies Must End ! " - Anwar Ibrahim to CNBC

Di kalangan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat , termasuk segelintir golongan Melayu dan bumiputera sendiri mengatakan Malaysia adalah negara perkauman kerana mengamalkan dasar yang memberi keutamaan kepada kaum bumiputera. Secara kasarnya, dasar yang memberi keutamaan kepada kaum tertentu di negara ini mungkin nampak perkauman tetapi pada masa yang sama , dasar yang di amalkan adalah untuk bertindak adil pada seluruh rakyat . Dari taburan peratus penduduk mengikut kumpulan etnik di Malaysia pada tahun 2010, Bumiputera adalah 67.4% , Cina 24.6% , India 7.3% dan lain-lain 0.7% .



Senario yang pertama sekiranya kek ekonomi dibahagi secara rata mengikut kaum . Katakan sejumlah RM400 perlu dibahagi secara rata mengikut kaum . Kaum bumiputera dapat RM 100 , Cina dapat RM 100, India dapat RM 100 dan lain-lain dapat RM 100 .  Sekiranya kaedah pembahagian secara rata mengikut kaum dilakukakan , seorang Bumiputera hanya akan memperoleh RM 1.50 , seorang India memperoleh    RM 14.30 dan seorang Cina memperoleh RM 4. Kita perhatikan sekiranya pembahagian kekayaan secara rata mengikut kaum dilakukan , kaum yang paling sedikit jumlahnya akan lebih banyak mendapat keuntungan. 

Jika di lihat senario ini, agak pelik apabila Anwar dalam temuramahnya dengan CNBC mengatakan polisi-polisi rasis kerajaan perlu berakhir. Mungkin jika Anwar melihat dari senario yang lain, iaitu meritokrasi.


Senario yang kedua pula ialah kek ekonomi / peluang pekerjaan dalam kerajaan  / peluang belajar di IPTA diberi mengikut kaedah meritokrasi. Kaedah meritokrasi dilaksanakan dengan mengambilkira keupayaan yang ditunjukkan individu /syarikat . Meritokrasi di dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik secara tak langsung dipengaruhi oleh elemen2 etnik itu sendiri. Keupayaan seseorang individu atau sesebuah syarikat dapat dipertingkatkan dengan sokongan/dorongan/bantuan luaran . Dalam kebanyakkan kes, sokongan/dorongan/bantuan luaran ini datang dari kalangan etnik yang sama . Berikut ialah senarai orang-orang yang terkaya di Malaysia . 


Dalam senarai itu , kita mempunyai 7 dari kalangan orang Cina, 1 dari kalangan orang Melayu dan 1 dari kalangan orang India . Jadi secara perbandingan kasar, sokongan / dorongan / bantuan luaran untuk etnik-etnik di Malaysia mengikut peratus

i. 25%  etnik Cina di Malaysia ada 7 

ii. 7% etnik India di Malaysia ada 1 

iii. 67% etnik Bumiputera di Malaysia ada 1

Jadi impak paling besar dalam proses penyediaan ke arah sistem meritokrasi tentulah pada etnik Cina kerana peratus yang kecil disokong pula oleh jumlah yang ramai . Apabila ini berlaku secara tidak langsung dasar meritokrasi akan memberi kelebihan pada kaum tertentu sahaja kerana asas-asas kukuh di kalangan mereka yang telah sedia terbina sejak dari sebelum merdeka lagi.  Tidak dinafikan meritokrasi ada satu sistem yang baik tetapi perlaksanaannya perlu mengambilkira semua faktor termasuk yang dinyatakan di atas.

Perlaksanaan meritokrasi mungkin boleh diaplikasikan apabila DEB mencapai sasarannya apabila bumiputera memiliki sekurangnya 30% kepentingan ekonomi dalam pelbagai bidang. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu