Saturday, January 14, 2012

@NajibRazak Mohon Siasat Duri Dalam Daging dalam Barisan Nasional Bayan Baru, Pulau Pinang

Melalui semakan daftar pemilih , saya adalah pengundi di DUN Batu Maung dan Parlimen Bayan Baru. Rakan Facebook saya iaitu En. David Yim Boon Leong yang merupakan Penyelaras Parlimen Bayan Baru sejak December 2009 (di bawah MCA) telah menjalankan tugas beliau dengan baik sekali membantu rakyat di parlimen Bayan Baru tanpa mengira bangsa dan agama.


Baru-baru ini sesuatu yang agak mengejutkan telah berlaku apabila En. David telah ditamatkan perkhidmatannya setelah beliau bersungguh-sungguh berkhidmat untuk masyarakat di Parlimen Bayan Baru.  Saya mendapat tahu perkara ini di dalam status facebook beliau. Sebagai salah seorang pengundi di Parlimen Bayan Baru, saya secara peribadi agak terkilan dengan pemecatan beliau. Kenapa seorang wakil dari parti komponen Barisan Nasional yang menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh telah di pecat ?


Saya secara peribadi telah menghantar mesej kepada beliau bertanyakan hal ini . Maklumat yang saya peroleh agak serius dan semacam ada unsur sabotaj sedang berlaku . Lebih mengejutkan terdapat penglibatan orang dari dalam komponen BN sendiri yang sedang melakukan sabotaj ini. Saya tidak pasti samada hal ini benar atau tidak tetap saya amat berharap apa yang akan diceritakan selepas ini mendapat perhatian kepimpinan tertinggi BN dan siasatan secara serius perlu dilakukan.

Seperti yang telah saya jelaskan di atas En. David ialah Penyelaras BN di Parlimen Bayan Baru dengan sokongan MCA. Penamatan tugas beliau berpunca apabila pemimpin MCA Bayan Baru mempunyai perbezaan pendapat dengan beliau khususnya dalam soal pemberian bantuan kepada kaum Melayu dan India. Saya juga dimaklumkan En. David telah diarahkan untuk tidak terlibat dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak disukai oleh pemimpin MCA Bayan Baru ini. Tindakan pemimpin MCA Bayan Baru ini seolah-olah cuba menjauhkan rakyat dengan BN. Tugas En. David ialah Penyelaras BN Bayan Baru dimana skop tugasnya tidak terhad kepada golongan-golongan tertentu sahaja. 

Walau bagaimanapun sebagai seorang pemimpin masyarakat yang hatinya dekat dengan rakyat, arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin MCA Bayan Baru ini tidak di endahkan beliau. En. David terus berkhidmat dengan rakyat, walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan kepada beliau oleh pemimpin MCA Bayan Baru ini. Puncaknya pada bulan November 2011, tugas beliau sebagai Penyelaras BN Bayan Baru telah ditamatkan dan digantikan dengan orang lain. Alasan-alasan pemecatan yang diberikan oleh Pengerusi MCA Negeri Pulau Pinang dan Ketua Bahagian MCA Bayan Baru adalah seperti berikut :

1. Tidak melakukan kerja dan berkhidmat dengan masyarakat.
2. Hanya membantu kaum Melayu dan India
3. Tidak bekerjasama dengan Ketua Bahagian
4. Melakukan sabotaj pada parti.

Jika dilihat alasan-alasan diatas, saya berani katakan ianya tidak berasas langsung . Saya sebagai rakan facebook En. David Yim Boon Leong nampak segala usaha beliau membantu rakyat di Parlimen Bayan Baru, malah sehingga kini walaupun tiada lagi gaji yang diterima setelah ditamat perkhidmatan pada akhir November 2011.  Kita juga dapat melihat komunikasi masyarakat di Bayan Baru yang memberi sokongan pada beliau di laman facebook beliau. Klik sini untuk ke laman Facebook beliau.


Berikutan dari penamatan tugas beliau sebagai penyelaras BN Bayan Baru , terdapat banyak bantahan dari ketua-ketua parti komponen BN yang lain dan beberapa NGO tempatan, walau bagaimanapun tidak banyak dapat dilakukan kerana lantikan penyelaras BN Bayan Baru adalah di bawah sokongan/rekomendasi MCA bahagian. Penamatan khidmat En. David ini juga dibantah 16 dari 24 cawangan MCA di Bayan Baru , bantahan-bantahan ini tidak dipandang langsung oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti malah terus percaya dengan apa yang disampaikan kepada mereka. 

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekelian, pengerusi MCA Bayan Baru sekarang mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan ketua-ketua komponen BN yang lain. Beliau juga dikatakan telah memboikot mesyuarat-mesyuarat Barisan Nasional yang diadakan.  Yang paling memeranjatkan beliau menghadiri program-program Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dan juga menjemput pemimpin PKR di program-program beliau. Ada juga ura-ura mengatakan pengerusi MCA Bayan Baru ini telah ditawarkan sesuatu oleh PKR untuk melakukan sabotaj pada BN  termasuk mencadangkan 'unwinnable candidate' , di harapkan siasatan dilakukan oleh pimpinan tertinggi Barisan Nasional atas khabar angin ini, biar beringat sebelum kena !

Di harapkan Dato' Sri Najib dapat melihat perkara ini dengan serius , Barisan Nasional dekat dengan rakyat disebabkan oleh pemimpin masyarakat seperti En. David Yim Boon Leong ini . Kita tak mahu politik-politik dalaman parti yang melampau menyebabkan rakyat semakin jauh dengan BN. Siasatan harus dilakukan segera , tindakan drastik adalah sangat perlu untuk membuang elemen-elemen sabotaj dalam Barisan Nasional untuk memastikan kemenangan pada PRU yang ke - 13 . Rakyat di parlimen Bayan Baru semakin dekat dengan BN dengan hasil penat lelah En. David Yim Boon Leong ini terbaru tindakan-tindakan sabotaj seperti ini hanya membuatkan rakyat makin menyampah dengan BN. Kerana sentiasa dekat dengan masyarakat tempatan sehingga kini walaupun bukan berstatus Penyelaras BN Bayan Baru, mereka masih berjumpa dengan beliau untuk meminta bantuan dan beliau masih melakukan semua ini  TANPA GAJI !!!

1 comments:

jom sama sama tolong dia kalau benar2 dia berjasa kepada rakyat.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu