Thursday, January 12, 2012

Masalah Sampah di Subang Jaya Sabotaj kata YB Hannah Yeoh ?! Prfttt...

Masalah kutipan sampah di Subang Jaya bermula apabila Alam Flora ditamatkan perkhidmatannya dan kerja-kerja kutipan samapah kini diuruskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) .  Kerja-kerja kutipan sampah yang dilakukan oleh MPSJ sebenarnya tak efektif dan menyebabkan masalah longgokan sampah ini berlaku.

Merujuk kepada ucapan YB Hannah Yeoh semasa ceramah di Kompleks 3K pada 6 Jan 2012 , masalah longgokan sampah berlaku akibat sabotaj dari 'pihak-pihak' tertentu . Sebagai salah seorang penduduk di Subang Jaya , saya tahu soal sabotaj tidak timbul langsung . Semuanya berpunca dari ketidak cekapan pengurusan sampah oleh MPSJ sendiri.



Masalah kutipan sampah ini turut dibincangkan dalam forum internet www.usj.com.my



Dari perbincangan dalam laman forum itu, kutipan sampah hanya pada hari-hari tertentu saja . Penduduk terpaksa 'menyimpan' sampah yang mereka kumpul hingga pada hari kutipan sampah. Ada diantara penduduk  terpaksa meletakkan saja sampah di luar rumah walaupun luar dari jadual kutipan sampah. Sampah-sampah yang terbiar tak dikutip ini sememangnya menyakitkan pandangan mata. 


Sepatutnya pihak MPSJ memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini , mungkin dengan menyediakan satu tong yang khas untuk penduduk membuang sampah di luar hari kutipan sampah. Agak pelik semasa pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional hal kutipan sampah ini tidak timbul .  Melucukan apabila hal sampah ini timbul di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat , mereka dengan mudah menunding jari menyatakan ada sabotaj dari pihak-pihak tertentu yang membuang sampah sesuka hati . Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan forum di atas , 'sabotaj' itu sebenarnya dilakukan oleh penduduk sendiri . Mereka terpaksa kumpulkan sampah di hadapan rumah untuk dikutip oleh kontraktor yang diupah oleh MPSJ.  Jika 3 hari tiada lori sampah , bayangkan jumlah sampah terkumpul di hadapan rumah ? Adakah penduduk-penduduk ini ada alternatif lain ?

4 comments:

tolonglah jangan politikkan sampah pula. nampak sangat Pakatan memang fikiran pun macam sampah. Depan rumah kami di Kota Damansara ada tempat buang sampah dan sampah di longgokkan saja pasal tong sampah besar tu selalu diterbalikkan oleh MBPJ for some odd reason. Kami tak boleh buka tingkap kerana bau busuk. Ingat rakyat tak ada kerja lain ke nak sabotaj sampah pulak.How low can mentality Pakatan be!Talk some senselah for a change!Masa zaman BN dulu tak pernahlah teruk macam ni.I have lived in PJ for 42 years, so I know what I am talking about! Saya tak pernah vote pun jadi ini bukan propaganda untuk BN. At the next election, I will most certainly not vote for Pakatan Rakyat yang'tak pandai kerja, tapi hanya pandai bercakap'.Other members of my family voted for DAP in the last election as a protest vote but this time they are going back to voting BN cos in the few yrs that Pakatan Rakyat has been in power, traffic light selalu rosak, jalan penuh lubang, sampah berterabur....asyik condemn BN saja, even abt kedai 1Malaysia....just to gain political mileage. I love PJ, I dont want to see it go down because of a bunch of goons!

dah itu mmg kerja pakatan yg hanya tahu menyalahkan org lain.....terutama BN...

Come on lah! Buat ler kerja betul2! We all byr cukai tanah, cukai pintu, lesen perniagaan,, etc..etc.. bukannya duduk free! Mana pegi duit rakyat?!! Nk jimat duit kerajaan negeri tp x pernah pun nk hapuskan / kurangkn kos2 tu!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu