Tuesday, January 24, 2012

Krisis Air Selangor - "Bila nak terberak baru nak gali lubang?"

Dari siaran media yang dikeluarkan oleh AWER (Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia) , krisis air di Selangor mungkin akan berlaku sebelum tahun 2014 (klik sini untuk siaran media). Jadual berikut ialah peningkatan pengeluaran air terawat di Selangor dari tahun 2007 hingga 2010 .


Dari jadual di atas, jumlah pengeluaran semakin meningkat dari tahun ke tahun , ini secara tak langsung menunjukkan peningkatan dalam permintaan terhadap air. Walaupun menyedari keadaan ini kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat masih berlengah dalam membuat keputusan untuk Projek Penyaluran Air Pahang-Selangor dan Loji Perawatan Langat 2. 

Pada Disember 2010, kerajaan telah bersetuju untuk beri kebenaran dalam pembinaan Loji Perawatan Langat 2 , walau bagaimanapun sehingga kini perlaksanaan projek ini seolah-olah masih tergantung. Kerajaan Selangor dalam satu sidang media telah mengeluarkan pernyataan berikut ;

"Kerajaan negeri mengambil pendirian projek Langat 2 tajaan Putrajaya adalah terlalu mahal dan tidak perlu disegerakan kerana bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019." 

Apabila pernyataan di atas di buat adakah mereka fikir pada tahun 2019  Projek Loji Perawatan Langat 2 akan menjadi lebih murah? Sekiranya difikirkan secara logik, harga bahan mentah akan meningkat dari tahun ke tahun, maka kos pembinaan projek akan menjadi lebih mahal . Adakah kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat tak memikirkan 'contingency plan' ?   Takkanlah bila nak terberak baru nak gali lubang?

1 comments:

MB Selangor cakap tak serupa bikin. Kes air ni sama dengan kes penyata kewangan Selangor yang dikatakan untung jutaan ringgit hasil penjimatan negeri pada tahun lepas. Sedangkan hasil jutaaaaan ringgit tu berpunca daripada pampasan kerajaan pusat kepada Selangor pasal ambil Putrajaya yang dibayar dekat RM500 one shot tahun lepas. Cakap suka belit, itulah PARTI KENCING RAKYAT….APA PUN TAK BOLEH!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu