Thursday, January 19, 2012

Dah 26 Tahun Mewah dalam Kerajaan , Baru Sekarang Cerita Tak Puas Hati?

Bila Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengakui beliau mempunyai pengalaman memberi RM200 - RM1000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional untuk mendapatkan undi adalah sesuatu yang tidak mengejutkan kerana hal yang sama berlaku di mana-mana kempen pilihanraya apabila 'trend' memberi duit semasa berkempen biarpun atas nama zakat memang berlaku. Contoh mudah semasa pilihanraya kecil di Galas, pemberian wang semasa pilihanraya dihalalkan atas nama zakat.


Walau bagaimanapun, bukan perkara ni yang aku nak sentuh . Posting kali ni lebih kepada sikap bekas-bekas pemimpin Barisan Nasional yang dahulunya mempunyai jawatan yang penting dalam parti dan mereka ini apabila tidak lagi dipilih untuk jawatan-jawatan penting telah berpaling tadah dan memburuk-burukkan parti yang pernah menaikkan mereka satu ketika dulu.

Contoh terkini ialah Abdul Kadir Sheikh Fadzir . Ni aku belek Wikipedia je untuk sejarah dia bergelumang dengan parti yang dihentamnya hari ini.

"Selepas memang pilihan raya 1978, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri (1982), Timbalan Menteri Luar Negeri (1983), Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (1990), Timbalan Menteri Sumber Manusia (1995) dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1999)."

"Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai menteri penuh iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1999). Beliau juga menjadi Pengerusi, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (1999) . Pada 2004, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi melantik beliau sebagai Menteri Penerangan (2004)"


Tu dia .. dari tahun 1978 sampai 2004 , 26 tahun pegang jawatan tinggi dalam kerajaan ! Dapat gaji ribu riban, hidup senang dengan segala kemudahan dalam tempoh 26 tahun tu, tahu - tahu tahun ni dia pi 'declare' kerajaan tak telus, kerajaan tak bagus, pilihanraya tak adil ...nak join Bersih 3.0 , bla bla bla . Puas dah kumpul harta, bila tak diberi peluang lagi terus merengek dan tikam belakang. Tun Mahathir dalam ceramah pun banyak cerita jenis manusia macam ni dalam UMNO.

Kalau ditengok sejarah , sebab mengapa  Abdul Kadir Sheikh Fadzir ni jadi 'baik' tahun 2012 mungkin boleh di agak . Sebab paling utama mungkin kerana rasa dah dipinggirkan dalam UMNO sebab tak dapat pegang lagi jawatan-jawatan tinggi. Sebab-sebab lain mungkin dia rasakan rakyat dah menyokong PR , BN mungkin takde peluang lagi di PRU-13 , jadi mungkin dia ni jenis manusia yang opportunis , merasakan diri lebih selamat dan diberi banyak peluang apabila berada di 'winning side' . Maklumlah selama 26 tahun dia menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan adalah kerana BN pada masa itu berada di 'winning side' .

Contoh lain ialah Chua Jui Meng , dari Wikipedia ;


"In 1989, Chua was appointed parliamentary secretary for the Ministry of Health. He was elected as a vice president of the MCA in 1990 and became the Deputy Minister of International Trade and Industry following the 1990 general election. During this period, he worked on developing small and medium enterprises and promoting trade with China."

"After the 1995 general election, Chua was appointed Minister of Health. During his tenure, Chua led the government's fight against the Coxsackievirus outbreak in 1997, the Nipah virus outbreak in 1999, the Japanese encephalitis outbreak in 2000 and the global SARS epidemic in 2003"

Dari maklumat Wikipedia di atas , Chua Jui Meng pulak dah pegang jawatan tertinggi dalam kerajaan selama 15 tahun. Tahun 2004 tak di senarai kan sebagai calon dalam PRU , sama kes macam Sheikh Fadzir. Lepas tak di calon tapi masih bernafsu dan mahu jawatan dalam politik , mereka ini sanggup bersekongkol dengan seteru politik pada satu ketika dulu.  Contoh lain ialah Zaid Ibrahim yang akhirnya terkontang-kanting keseorang dalam perjuangan politik  beliau.

Tidak mustahil pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang bertaraf menteri & timbalan menteri sekarang boleh melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Sheikh Fadzir, Chua Jui Meng, dan Zaid Ibrahim. Hanya masa yang menentukan , tunggulah apabila ada rombakan dalam kabinet di lakukan. Perhatikan sikap mereka yang tidak terpilih , adakah akan konsisten menyokong Barisan Nasional atau sebaliknya?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu