Friday, January 27, 2012

Ceramah PR di Jalan Kebun dipenuhi komando2 PR..(gua x berani tangkap gambar he he he)

Tadi aku menyusup masuk kejap ke ceramah PR di Jalan Kebun. Di luar dewan nampak agak ramai dengan geng PR 'import' dari seluruh Selangor. Tertulis belakang baju Jingga 13, AMK Shah Alam, AMK Kota Raja, dan agak ramai 'bouncer' 2 yg memakai jaket kulit warna hitam. Phewww macam 'standby' nak gaduh je. Geng2 berbadan besar ni duduk kat luar je, jadi pak guard di sepanjang jalan nak masuk ke dewan.

Aku jengah kejap dalam dewan, kehadiran ala kadar ja la..walaupun dah ada 3 penceramah utama kat atas dewan. Masa tu Nurul Izzah tak sampai lagi..terbaru tadi baru dapat info dari member yang Nurul Izzah dah sampai, tak tau lah kehadiran pendengar dalam dewan bertambah atau tak, tapi yang pasti dewan tak penuh .. Kedengaran juga cakap2 sesama sendiri di antara penyokong2 PR yang semakin ramai rakyat menyokong perjuangan mereka. Mungkin sekadar cakap2 untuk menyedapkan diri sendiri dgn jumlah kehadiran di dewan Kg Jalan Kebun. Ternampak juga photographer2 diaorang ni 'snap' gambar2 di mana ramai manusia berkumpul..huhuhu mungkin nak bagi persepsi dekat orang2 yg tak datang yg ramai yg hadir di ceramah malam ni..

Aku tak boleh nak 'snap' gambar lebih2. Mana la tau ada yang memerhati. So aku 'snap' gambar2 di bawah ni untuk tatapan pembaca. Lepas tu aku blah la..tak tau la kalau dah ramai yg dtg lepas aku blah...kalau ye ramai pun mmg confirm 'import' dari luar punya. Macam biasa la..org tempatan rilek je orang luar yg lebih2

6 comments:

..Jingga 13 atau JingGay 13...

dahlah kerusi sikit, tak penuh?

Baru dia tau who's da boss. Sivaji ka?
kehkehkeh

Tapi menurut salah sorang forumer Astro Awani; menyatakan bancian yang dibuat terhadap 10 orang mendapati 6 orang menyokong dan suka jika PR terus perintah Selangor. Macamani ni bro... bancian dan tinjauan tak sama dia punya result. Mana satu yang nak dipegang?

Anon 10:19

Astro kan penyokong pakatan....Oleh itu mana ada bancian mereka adil. Mesti condong pada pakatan punya. Sama juga macam Merdeka Center dan prof.... apa tu yang pakai spek bingkai tebal...aaaa prof gogle...dia akan tibai BN semacam saja dan buat ramalanpun macam dia tau apa dalam hati pengundi tiap-tiap jam boleh lapor. Ha hah aa haaaaa.....

Untuk makluman bancian mesti ada samplingnya dan bukan main hentam saja ikut hati.

betul jugak tu..real bancian kena dilakukan oleh golongan 0 interest.. bru lah sampling methods dia x bias..ehehe..

Rakyat dah mula sedar akan penipuan PR. Tak ramai pun org. Bangku lagi banyak.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor