Saturday, January 21, 2012

Boleh Edar Buku Jingga Di Mesyuarat PIBG Sekolah ??

Hari ni masa nak keluar pi kedai beli barang, aku ternampak buku di bawah ni terselit antara buku-buku milik anak aku. Terasa macam pernah nampak, rupanya inilaah buku yang heboh diperkatakan dalam blog Milosuam. lebih kurang seminggu lepas. Terdetik dalam hati biar betul ?!


So, aku tanya la anak aku, mana dia dapat buku ni ? Cikgu kat sekolah bagi ka? atau diaorang edar2 kan di sekolah macam di canang2 dalam blog pro-pembangkang tu ? Sekali anak aku jawab , buku tu aku yang punya dia pinjam nak baca katanya . Dia cakap mana ada cikgu2 bagi buku ni kat sekolah . Terkejut jugak aku bila masa aku dapat buku ni . Fikir punya fikir baru teringat , buku ni dapat masa salah satu konvensyen yang aku menyelit di PWTC, rasanya buku komik ni ada dalam beg 'goodies' dalam seminar pemahaman wasattiyyah yang diadakaan pada 26 Nov 2011. Dalam beg 'goodies' ni pun ada beberapa buah buku lain dan CD , salah satu buku yang aku ingat ialah buku Dr. Chandra Muzaffar dan CD Dr. Syed Ali Al-Attas.


Dari sumber blog Milosuam , dia bagitau maklumat yang diperoleh adalah dari forum lowyat.com . Aku tengok orang yang posting tu cuma tulis ... "Got it during my sister's school PIBG meeting. Election coming soon huh?" . Jadi tiada bukti konkrit buku ini di edar oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar .Boleh saja kita anggap ini perbuatan sabotaj . Mudah saja untuk buat spekulasi berdasarkan pernyataan yang singkat itu. Jadi kalau mahu tabur fitnah, kita pun boleh saja membuat andaian dengan membuat posting-posting di forum mengatakan Buku Jingga di edarkan semasa mesyuarat sekolah.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu