Monday, January 9, 2012

Adakah Anwar telah tahu beliau akan bebas pada 9 January 2012 ?

Semasa ceramah di Kompleks 3K, Subang Jaya pada 6 January 2012 , Anwar dalam ceramah nya ada mengatakan Rajmohan Gandhi (Cucu Mathama Gandhi) telah menjemput beliau ke India pada 9 January 2012  untuk satu program menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi di India.


Perdana Menteri Turki Reccep Tayyep Erdogan juga dikatakan telah menjemput Anwar untuk menyampaikan ucapan di Istanbul pada 12 January 2012. Dalam ucapannya , Anwar berkata Perdana Menteri Turki itu telah menyatakan kesanggupan beliau untuk menerima Anwar di negaranya. Anwar walau bagaimanapun memberitahu pada mereka yang hadir di ceramah yang beliau menolak tawaran Perdana Menteri Turki itu kerana yakin rakyat Malaysia masih bersamanya.


Anwar berkata walaupun kedua-dua tokoh itu menyedari bahawa beliau akan diadili pada 9 January 2012 , mereka masih menjemputnya kerana sedar akan perjalanan kes liwat yang dihadapi oleh beliau sekarang.

Anwar seolah-olah memberikan satu mesej tersirat dalam ceramahnya. Keyakinan yang ditunjukkan beliau semasa memberikan ceramah seolah-olah tahu bahawa beliau akan di bebaskan dan akan menghadiri kedua-dua jemputan di atas . Malah hal ini telah dicanangnya semasa ceramah di Ledang, Melaka (5 January 2012). Adakah sesuatu telah berlaku secara senyap tanpa disedari oleh rakyat jelata ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu