Saturday, December 31, 2011

SMM nak buat kacau esok di padang UPSI?

Maklumat terkini dari blogger Harapan Rakyat, puak2 bahalol SMM dikatakan merancang untuk membuat kacau di padang UPSI esok. Diberitakan sekarang ini mereka masih berada di Universiti Malaya, mungkin sedang mengumpul balachi2 singkat akal dari IPTA2 seluruh Malaysia untuk membuat kacau di UPSI esok.

http://harapan-esok.blogspot.com/2011/12/smm-menuju-ke-upsi-untuk-berdemo.html

Perancangan mangkuk2 ayun ini esok ialah seperti berikut;

i. tiba di UPSI pada 7:30 malam,solat maghrib dan hajat
ii. mendengar ucapan Syukri dan Adam SMM
iii. upacara khurafat kalungan bunga dan laungan "Mansuhkan AUKU" (dah mansuh la bodoo..)
isk isk isk... penat2 travelling jauh2 berkumpul ramai2 sebab nak terpekik benda yang memang dah dimansuhkan pun...patut la budak2 ni jadi barua tegar Anwar Ibrahim, bodoh sombong macam ketuanya jugak...nak jadi pejuang ke hulu ke hilir biarlah berakal, prfttt

Anyway, info yang diperoleh ini mungkin akan berubah. Maklum le, bila dah kantoi takkan nak stick to the original plan. Ada la diaorang akan modified atau ubah tarikh. Apa pun diharapkan pak guard di UPSI standby. Jangan bagi muka sangat pada balachi2 Anwar ni. Kalau boleh tangkap dan londeh seluar sorang2..keh keh keh. Aku pun pernah jadi mahasiswa dulu, tak la kalut macam ni. Perjuangkan la isu2 dalaman universiti yang bagi manfaat pada students.


Credit to Papagomo.. sumber yang diterima memang betul, beruk2 tu memang buat kacau dekat UPSI . Video diatas menceritakan segalanya , memang sekor2 perangai macam bangsat..

Sinergi Gerakan Mahasiswi Edar 2012 Bunga Ros di Dataran Merdeka Esok! Intro untuk 9 January ke?

'Flash mob' punya cerita tak selesai , ada satu lagi event yang akan berlaku di dataran merdeka esok! Kalau dah keluar di Malaysiakini ,kita boleh agak la barua mana yang dok support SIGMA (Sinergi Gerakan Mahasiswi) ni. Motif awal tahun baru nak bagi 2012 kuntum bunga ros pada aweks2 yg lalu lalang di dataran merdeka esok?

Murah ke sekuntum bunga ros tu? Zaman muda2 dulu aku nak beli bunga ros kat wife pun dok klebet2 wallet. Katakan la sekuntum bunga ros harga dia RM5 hengget ,so 2012 kuntum bunga ros? RM 10,060 hengget beb . Banyakkk duit mahasiswi2 ni nak bagi free 2012 kuntum bunga ros kat aweks dataran merdeka esok? Ni semua 'bunga2' silat Anwar Ibrahim untuk hadapi keputusan perbicaraan pada 9 Jan 2012 .

Tak pernah2 dengar group SIGMA ni , suddenly ja timbul entah dari mana. Konon2 introduction untuk appearance pada 9 January 2012 la khenn?? Prfttt akal Anwar Ibrahim mudah dibaca !!! Predictable!

Anwar,Azmin & Zuraidah mula dibenci oleh penyokong PKR sendiri?

Penyokong PKR kini sebenarnya sedang berada dalam dilema. Mereka sedar ada elemen2 negatif di dalam PKR yang perlu di hapuskan untuk memastikan kemenangan mutlak pada PRU 13. Mereka sedar PKR kini sebenarnya dimanipulasi oleh 2 orang kuat Anwar , iaitu Azmin dan Zuraidah. Terbaru dari laman web Malaysia Today, petikan berikut amat menarik untuk di perhalusi.


"Parti Keadilan Rakyat is becoming more Umno-like than Umno itself these days and Al Sheikh Al Juburi’s Faithful Assistant & Clique are responsible for it."

klik sini untuk berita penuh.

Dari tulisan link di atas, agak jelas penguasaan Azmin dan Zuraidah dalam PKR tidak disenangi oleh penulis jemputan laman web pro-pembangkang ini. Komen2 yang diberikan oleh pembaca juga agak 'pedas' terhadap senario yang berlaku sekarang.

Azmin dan Zuraidah dilihat 'mencantas' sesiapa saja yang kelihatan berpotensi untuk mendapat pengaruh di kalangan ahli2 dalam PKR , seterusnya mengancam hala tuju politik mereka. Zaid Ibrahim adalah contoh paling jelas, tindakan beliau bertanding dengan Azmin adalah kesilapan besar hingga terpaksa membuatkan beliau menamatkan karier politiknya dalam PKR.

Ada 'FlashMob' Provokasi Di Dataran Merdeka Pada Tengah Malam 31 Dec 2011!

Malam ini bertempat di Dataran Merdeka, semasa orang ramai 'countdown' detik2 terakhir 2011 , akan ada sekumpulan manusia yang bercadang untuk memakai topeng Guy Fawkes di bawah ini . Tujuannya?? Kononnya untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka dengan pelbagai ketidak adilan dan tindakan2 tidak demokratik kerajaan.  Pemakaian topeng ini adalah ilham yang diperoleh dari filem V for Vendetta. Mereka yang akan menyertai 'FlashMob' ini akan membuat aksi2 dramatik seperti babak terakhir dari file V for Vendetta.


Ruangan Facebook kumpulan ini boleh dirujuk dari sini http://www.facebook.com/occupydataran

Di harapkan pihak polis mengambil perhatian tentang perkara ini. Bukan apa tindakan 'poyo'  FlashMob ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Al maklum la, orang datang Dataran nak enjoy countdown New Year , yang badigol2 ni sempat pulak nak buat provokasi potong stim .Takut kena belasah dengan orang ramai yang jelek dengan Flashmob 'poyo' ni . Ptuihhhh .. 'orang putih' Flashmob hangpa pun nak Flashmob . 


Kah kah kah... serious macam bodoh sekor2 ...

Karnival Sayangi Selangor Meriah dengan Sambutan Rakyat. Petanda Baik untuk BN Selangor?

Karnival Sayangi Selangor yang bermula pada 28hb Dec 2011 dan akan berakhir pada 31 Dec 2011setakat ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Karnival selama 4 hari ini di anjurkan oleh BN Selangor dan bertempat di I-City. Pelbagai aktiviti untuk belia dan kekeluargaan telah di susun sepanjang karnival ini.

Dijangkakan pada hari terakhir lebih ramai orang akan berkunjung ke tapak karnival di I-City, Shah Alam . Tiga hari lepas menunjukkan pengunjung datang bertali arus ke tapak karnival. Maklumat terkini , dan gambar-gambar sekitar Karnival Sayangi Selangor boleh di rujuk di blog KitaGempur.com

Bagi yang masih tidak berkesempatan untuk mengunjungi karnival, hari ini adalah hari yang terakhir untuk melakukannya.  Mungkinkah ada sesuatu yang lebih istimewa di hari terakhir karnival ?!

Friday, December 30, 2011

'Selangor Kini' Ganti Khutbah Jumaat


Gambar di atas dirakamkan oleh salah seorang sahabat Facebook saya semasa menunaikan solat Jumaat di salah sebuah masjid di Selangor. Jelas di atas kita dapati masjid digunakan sesuka hati oleh kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat untuk menyebarkan dakyah2 politik mereka. 

Selain melalaikan jemaah daripada mendengar khutbah Jumaat, kehadiran akhbar Selangor Kini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang hati bagi jemaah yang mempunyai pandangan politik yang berbeza. Sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi masjid merupakan tempat untuk menyatupadukan orang Islam , namun pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seolah-olah mahu menjadikan masjid sebagai sebuah tempat untuk memecahbelahkan sesama Islam.

Pengedaran akhbar Selangor Kini di dalam masjid juga secara tidak langsung melanggar titah Sultan Selangor untuk tidak menjadikan masjid sebagai tempat propaganda politik. Sebenarnya tidak salah untuk mempunyai pandangan politik yang berbeza, sekurang-kurangnya apabila perkara2 yang berkaitan dengan ibadat, biarlah titik persamaan yang dicari dalam banyak perbezaan. Terlalu banyak ruang untuk berdebat dan menyebarkan tentang pendapat dan perbezaan politik, dan masjid bukan lah tempatnya. Biarlah tradisi masjid sebagai tempat untuk menyatupadukan umat Islam kekal.

KEMPEN MATA (MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR) - PART 3 (2/2) (1999)

Pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun. Seterusnya pada July 1999,Anwar dibicarakan atas pertuduhan liwat.Anwar yang pada ketika itu sedang menjalani hukuman penjara atas pertuduhan rasuah ,memberikan lakonan terbaik beliau dalam beberapa penampilan perbicaraan kes liwat 1 untuk mendapatkan simpati orang awam. Ramai orang melayu pada ketika itu terpedaya dengan lakonan Anwar, tambahan pula, sahabat2 lama beliau di luar negara secara berterusan memberi tekanan kepada kepemimpinan di Malaysia (menggunakan media2 luar negara dan badan2 pertubuhan antarabangsa yang dikawal oleh mereka) atas alasan penghakiman dan layanan yang tidak adil terhadap Anwar.


Dr.Mahathir pada ketika itu,walaupun sedar kemerosotan sokongan rakyat pada kerajaan akibat tempias daripada perbicaraan Anwar bertindak membubarkan parlimen pada November 1999. Keputusan pilihanraya 1999 menunjukkan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN masih kuat dengan kemenangan 2/3 walaupun dengan pelbagai masalah dan tekanan yang dihadapi dari dalam dan luar negara pada tahun-tahun sebelumnya. Pada hujung tahun 1999, Anwar yang berada dalam penjara gagal mempengaruhi rakyat melalui proksi2 beliau. Keadaan di Malaysia kembali tenang dan aman , ini terbukti apabila Dr.Mahathir pada tahun 2002 semasa Perhimpunan Agung UMNO mengumumkan persaraan beliau. Pada tahun 2003, Dr.Mahathir menyerahkan jawatan pada Abdullah Badawi dan seterusnya pada 2004 , Barisan Nasional telah memenangi pilihanraya umum dengan sokongan majoriti yang amat cemerlang.

Dari tahun 1999 hingga 2004 , Malaysia berada dalam keadaan yang agak stabil dan aman. Jarang sekali kedengaraan demonstrasi jalanan diadakan dek hasutan pembangkang. Pada ketika ini jarang sekali soal yang berkaitan Perkara 153 di sentuh secara terbuka seperti sekarang. Keyakinan pelabur asing terhadap kestabilan dalaam negara terbukti dengan peningkatan pelaburan dalam negara. Keadaaan yang aman dan harmoni ini hanya dikecapi apabila Anwar Ibrahim berada di dalam penjara.

Wednesday, December 28, 2011

Takziah buat YB Khalid Samad..

Walaupun berbeza pandangan politik, saya mengucapkan takziah kepada YB Khalid Samad atas pemergian ayahanda beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

Sunday, December 25, 2011

KEMPEN MATA (MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR) - PART 3 (1/2) (1999)

Pada 20 September 1999 (juga pada penutupan Sukan Komanwel), demonstrasi besar-besaran yang diadakaan di ibu negara sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Malaysia di mata dunia. Dikatakan hampir 30,000 orang meyertai demonstrasi ini meminta supaya Perdana Menteri ketika itu (Dr.Mahathir) untuk meletakkan jawatan dan laungan 'reformasi' bergema di jalanan. Selesai berucap di pehimpunan, Anwar telah mengadakan sidang media. Semasa sidang media diadakaan Anwar Ibrahim telah ditahan oleh polis.


Rasional penahanan Anwar boleh dikatakan  akibat tindakan beliau dalam mencetuskan perhimpunan raksasa yang menghuru-harakan pusat bandar Kuala Lumpur pada ketika itu. Pada malam penahanan Anwar, dikatakan Ketua Polis Negara pada ketika itu Tan Sri Rahim Noor telah melakukan kekasaran pada Anwar. Terpengaruh dengan provokasi Anwar yang memanggil polis sebagai barua dan anjing kerajaan, pihak polis telah melakukan kesilapan dana memberi ruang kepada Anwar untuk mendapatkan simpati di kalangan rakyat. Peristiwa mata lebam Anwar ini di ekspresikan dalam rekabentuk logo Parti Keadilan Rakyat.

Rasionalnya, sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap Anwar, gelombang kebangkitan akan tersebar luas di seluruh Malaysia di kalangan penyokong Anwar, sekaligus mengancam keselamatan negara, menimbulkan keraguan di kalangan pelabur asing dan merencatkan kegiatan ekonomi setempat.

Sekadar gambar hiasan..he he he


Selepas kes mata lebam , Wan Azizah mungkin dibawah tunjuk ajar Anwar telah menyebarkan beberapa lagi propaganda untuk mendapatkan simpati rakyat . Drama-drama yang dimainkan pada ketika itu termasuklah tuduhan keracunan arsenik, suntikan HIV, sakit tengkuk, dan sakit belakang.


Untuk dakwaan keracunan arsenik, ujian yang dijalankan oleh HKL menunjukkana tiada keracunaan arsenik. Tuduhan Anwar disuntik HIV pula terbukti salah kerana beliau masih hidup sihat walafiat sehingga kini. Untuk brace tengkuk yang sentiasa dipakai Anwar terbukti semua hanya lakonan apabila beliau bebas memakai dan menanggalkan brace tengkuk pada bila2 masa yang beliau suka.


bersambung...

Saturday, December 24, 2011

KEMPEN MATA (MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR) - PART 2 (1998)

Pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat daripada jawatan Timb. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan , media barat memberitakan pemecatan adalah kerana perbezaan pendapat antara Anwar dan Dr.Mahathir dalam menangani krisis kewangan.


Perhimpunan Agung UMNO 1998 (18 June) merupakan ucapan terakhir Anwar di PWTC , pada perhimpunan itu Anwar cuba menyampaikan menyampaikan mesej kepada perwakilan mengenai pandangannya dalam menyelesaikan krisis kewangan sama seperti merawat orang sakit, antara petikan ucapan.

''Ubat pahit perlu ditelan. Dalam masa merawat terkadang-kadang sakit bertambah. Kita perlu bersabar. Tidak ada jalan singkat kepada pemulihan,'' katanya lagi sambil menggesa ahli-ahli UMNO berpegang kepada semangat reformasi.


''Tanpa reformasi bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang jumud, bangsa yang tenggelam dalam lipatan sejarah, bangsa yang dilupakan,

Melalui petikan ucapan di atas, Anwar telah cuba meresapi pemikiran perwakilan dengan bait2 reformasi. Pada ketika itu, Ketua Pemuda UMNO , Zahid Hamidi seolah-olah menyambut mesej yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim dengan mendakwa krisis ekonomi pada masa itu adalah akibat dari amalan korupsi, nepotisme dan kronisme dalam pembahagian kontrak-kontrak kerajaan. Anwar walau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang komen mengenai pendapat Zahid, sebaliknya menyatakan sokongan penuh pada PM.

Sebagai tindak balas, Dr. Mahathir kemudian mengeluarkan senarai penerima kontrak-kontrak kerajaan yang juga terdiri daripada saudara mara dan penyokong Anwar termasuk Zahid. Dr. Mahathir turut berhujah jika krisis ekonomi disebabkan tadbir urus yang korup dan tidak cekap, pastinya krisis ekonomi lebih awal melanda Malaysia.

Peristiwa yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO 1998 ini jelas menunjukkan Anwar cuba menjatuhkan Dr.Mahathir sebagai Presiden UMNO dengan hasutan-hasutan halus pada perwakilan. Dalam masa yang sama sifat talam dua muka beliau jelas bila menyatakan sokongan penuh pada presiden.

Anwar Ibrahim selepas dipecat pada 2 September 1998 , memulakan serangan pada Dr.Mahathir. Anwar dalam temuramah dengan BBC (4 September 1998) mengatakan pemimpin seperti Dr.Mahathir menjadi paranoid dikelilingi orang2 yang 'berkebolehan' seperti beliau dan takut kehilangan kuasa. Anwar mendakwa salah laku seks yang menjadi punca pemecatan beliau adalah hanya alasan semata-mata. Jelas sekali masa telah membuktikan betapa Anwar seorang pembohong, tahun 2008 dan 2011 membuktikannya dengan bantuan teknologi2 canggih pada masa sekarang. Malah mujur Dr.Mahathir tidak melaksanakan pendekatan pemulihan ekonomi seperti yang dicadangkan Anwar , pendekatan ekonomi Dr. Mahathir telah berjaya membawa Malaysia keluar dari krisis.

Pada 13 September 1998, Anwar Ibrahim telah melancarkan kempen reformasi . Beribu-ribu yang termakan dengan hasutan Anwar menyertai kempen ini. Anwar bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain menghasut pemikiran rakyat. Pemecatan beliau katanya adalah konspirasi tertinggi pihak2 atasan dalam pentadbiran kerajaan.

Pada 18 September 1998 , diberitakan hampir 50,000 orang mengadakan demonstrasi pro-Anwar di Kota Bahru. Mungkin kerana dilihat sokongan rakyat berpihak kepadanya Anwar telah merancang untuk diadakan satu demonstrasi di ibu negara Kuala Lumpur pada 20 September 1998. Dan kebetulan pula pada ketika itu Ratu Elizabeth mempunyai satu program di Gereja berhampiran. Jelas tindakan Anwar ini dengan sengaja untuk memalukan Malaysia di hadapan pemimpin negara luar.


Pada 20 September 1998, Anwar berucap di hadapan ribuan penyokong beliau di Masjid Negara . Sebelah malamnya pula Anwar telah ditahan oleh polis. Pada ketika itu saya masih belajar di selatan tanah air, dan dapat melihat kekacauan yang dilakukan oleh penyokong2 Anwar dalam kaca TV . Ibu kota kelihatan lumpuh dengan tindakan pengacau-pengacau ini, seolah-olah cuba menghidupkan budaya Reformasi Indonesia.


Pada 21 September, penyokong2 Anwar telah melakukan kekacauan di ibu negara.Mereka telah berarak beramai-ramai ke pejabat Perdana Menteri untuk memaksa perletakan jawatan. Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penyokong-penyokong Anwar ini.  Bayangkan penyokong2 yang ramai seperti dalam gambar di atas melihat gambar di bawah ini..


Thursday, December 22, 2011

KEMPEN MATA (MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR) - PART 1 (1997)

Semuanya bermula pada tahun 1997, apabila tembelang Anwar Ibrahim terdedah sedikit demi sedikit . Pada tahun ini juga dua orang pemimpin pembangkang telah mendakwa mengetahui tentang tabiat songsang Anwar . Mereka ialah Karpal Singh dan Mat Sabu, agak ironi apabila Anwar dibebaskan dari penjara, ketiga-tiga mereka ini telah berada dalam kem politik yang sama.



Pada May 1997, semasa Perhimpunan Agung UMNO , Anwar Ibrahim telah memuji melambung-lambung Dr.Mahathir. Videonya boleh dilihat di sini.


Dr. Mahathir pada masa yang sama telah memberikan isyarat yang jelas pada perwakilan bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi penggantinya apabila melantik beliau sebagai pemangku Presiden UMNO dan Pemangku Perdana Menteri apabila beliau bercuti selama 2 bulan .

Sekembalinya dari bercuti, Dr. Mahathir telah menerima sepucuk surat dari Ummi Hafilda mengenai salah laku moral Anwar Ibrahim. Surat ini telah dikirimkan pada Ogos 1997.

Surat Ummi Hafilda kepada Dr. Mahathir boleh dibaca pada pautan disini . Dr. Mahathir dalam laman blog beliau menceritakan tentang reaksi beliau mengenai tuduhan kes liwat Anwar pada tahun 1998. Klik disini untuk bacaan lebih lanjut.

Walaupun telah menerima surat dari Ummi Hafilda, Dr. Mahathir mungkin masih memberi peluang kepada Anwar dan percaya itu adalah kerja musuh-musuh politik Anwar , dan pada masa yang sama beliau sendiri membuat siasatan. Klik disini untuk penjelasan Dr. Mahathir mengenai respon surat yang diterima. Anwar masih dikekalkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pada December 1997, Anwar Ibrahim telah mencadangkan dasar pro-IMF untuk atasi krisis ekonomi Asia yang terkena tempiasnya pada negara2 Asia Tenggara termasuk Malaysia. Anwar Ibrahim telah mencadangkan supaya perbelanjaan kerajaan dipotong, menangguhkan projek2 yang tak strategik, menaikkan kadar faedah bank dan lain lain lagi. Dari petikan buku The Political Economy of the Asian Financial Crisis tulisan Stephan Haggard di mukasurat 61 mengesahkan hal ini.


Beberapa penulisan ilmiah lain juga mengesahkan hal ini, contohnya Malaysia's Challenge to IMF : A Lesson on Method tulisan Michael Billington . Antara petikan yang menarik mengenai betapa Anwar bersungguh-sungguh membawa dasar IMF di Malaysia adalah seperti berikut ;

"The IMF had its supporters within Malaysia, and they used them to full advantage to attempt to bring down the recalcitrant Mahathir regime. Foremost among the IMF assets was Deputy Prime Minister and Finance Minister Anwar Ibrahim, whom Dr. Mahathir had once chosen as his likely successor. This reviewer had appealed directly to Anwar in the year before the crisis, in a public letter, to reflect on his failed worldview, after Anwar published a book called The Asian Renaissance. The book utterly misinterpreted the European Renaissance, confusing it with the degenerate worldview of the Enlightenment, which rejected all universal truth in favor of a bestial concept of man devoid of any higher moral purpose. Worse, Anwar praised the leading spokesmen for the British Empire's economic policies, Adam Smith and Bernard de Mandeville, as proponents of a highly moral approach to economic policy, through radical free trade and the pursuit of personal greed!
As the speculative assault on the Asian economies unfolded, Dr. Mahathir made clear that Malaysia would not accept IMF help, due to the destructive conditionalities placed on all IMF loans. However, Anwar, as Finance Minister, announced a budget in October 1998 which was recognized worldwide as "an IMF program without the IMF." Sounding every bit like an IMF representative, Anwar told the Wall Street Journal in December 1997, "We have reached a stage where we must undertake further strategic but painful measures to strengthen the nation's resilience so that we can withstand any systemic risks. We'll have to take the these tough measures if we want to help ourselves."
Dr. Mahathir, reflecting back on this period in a February 1999 interview, said: "Although we didn't ask for any loans from the IMF, the IMF kept on coming here and telling us what we must do, which is that in order to stop currency traders, we must raise interest rates. We must squeeze credit. We must force companies to go bankrupt by shortening the period for non-performing loans. At that time the IMF had a lot of influence over the then Minister of Finance [Anwar] and the Central Bank. They followed IMF conditions." In an interview with Dr. Tourres in January 2002, Dr. Mahathir said that Anwar "kept wanting to cut the operating expenditures ... , wages ... , development expenditures.... Either he did not understand, or he was too influenced by the IMF. He even scolded his Ministers for not cutting further."
In an interview with EIR in January 1999, when asked for his comments on the economic advice given by Lyndon LaRouche to Mexico and others, Dr. Mahathir responded: "This kind of contact must serve a useful purpose, and we would welcome that, certainly. Unfortunately, of course, the words are passed around that the EIR is a fascist grouping, which is trying to—this is told to me by some of your detractors, including my former deputy [Anwar], who told me earlier that EIR is a fascist paper, so we shouldn't listen to it. So that is the way of undermining any attempts on your part to try and promote the kind of ideas the EIR has always been focused on."

Agak menarik isu berkenaan pinjaman World Bank yang dibuat oleh Anwar Ibrahim semasa beliau masih menjadi Menteri Kewangan di mainkan sekarang. Kita tahu Anwar dipecat pada Sept 1998, 3 pinjaman World Bank telah diluluskan pada June 1998 iaitu untuk Pembiayaan dan Makanan, Pengajian Tinggi dan Program Mikrokredit. Pada March 1999,  3 pembiayaan World Bank yang telah diluluskan ini walau bagaimanapun atas permintaan kerajaan Malaysia pada masa itu, ia dihentikan . Permohonan dan perbincangan mengenai pembiayaan ini dibuat dari sela masa 1997 hingga June 1998 semasa Anwar masih lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Walaupun pembiayaan dihentikan Malaysia masih berupaya bangkit dari krisis ekonomi.

Monday, December 19, 2011

Bila Rakyat Naik Angin Dengan Perbuatan Biadap Budak Hingusan...


Semasa membuat laporan di Bukit Aman tadi .. si budak hingusan yang menurunkan bendera Dato Sri Najib hampir ditumbuk oleh sorang brader ni . Ini video nya .. sumber dari AntaraPos


Tahniah Abg Lan , kerana berani walaupun anda berseorangan ... kalau orang yang berkumpul depan UPSI tadi ada di depan balai polis Bukit Aman... lunyai la si budak ingusan ni . Tapi yang menarik dalam video tadi , aku perasan ada sorang mamat berbadan gempal rambut pacak..pakai cermin mata hitam macam tunjuk berlagak nak pertahankan si  budak ingusan .... hahahah silap la ko, ramai2 macam tu boleh la ko tunjuk hero ... silap haribulan ko dah jadi target  bro.



 

Anwar Kata Malaysia Pinjam Bank Dunia Tahun 1999 , Data IMF tunjuk 'NONE' ? Siapa yang Menipu? Anwar atau IMF?

Dalam 'press conference' pada hari Ahad (18/12/2011) , Tun Mahathir menjelaskan beliau telah menolak pinjaman dari Bank Dunia pada tahun  1999 untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Wakil Bank Dunia yang telah datang untuk betemu dengan Tun Mahathir pada masa itu mencadangkan beberapa perkara. Tan Sri Nor Mohd Yakop yang kebetulan ada di sidang akhbar menjelaskan seperti berikut;

"Wakil bank dunia itu telah mencadangkan kepada Dr Mahathir untuk menambah kadar faedah rumah, kerajaan pula tidak boleh belanja dan bank negara harus tarik balik semua pinjaman untuk elakkan krisis ekonomi."


Iaitu sekiranya Tun Mahathir menerima bantuan dana untuk berdepan dengan krisis kewangan 1999, maka perkara2 yang dinyatakan di atas terpaksa di laksana oleh kerajaan.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar pada 23-25 Sept 1997, di Hong Kong (link teks ucapan penuh)


Petikan ucapan di atas jelas menunjukkan sokongan Anwar supaya negara2 mematuhi 'peraturan antarabangsa' dalam pengurusan kewangan mereka. Dalam erti kata yang mudah sekiranya sesebuah negara meminjam dengan Bank Dunia / IMF maka negara itu perlu mematuhi 'peraturan antarabangsa' Contoh 'peraturan antarabangsa' adalah seperti yang dijelaskan dalam sidang media yg dihadiri Tun Mahathir dan Tan Sri Nor Mohd Yakop.

Berikut adalah ucapan Dato Mustafa Mohd pada 6-8 Oct 1998 yang mencadangkan pinjaman daripada peminjam antarabangsa seperti IMF adalah pilihan yang paling akhir.  (link teks ucapan penuh)


Pada tahun 1999 , Dato Mustafa Mohd, pada persidangan yang sama pada 28-30 Sept 2011 telah berucap menyatakan walau telah dikritik hebat Malaysia masih berjaya mengekang kemelut ekonomi dalam negara. (link teks ucapan penuh)


Menurut Harakah.Daily , Tun Mahathir telah menandatangani perjanjian dengan Bank Dunia pada 31 Mac 1999.  Berikut adalah sumber yang diperoleh dari laman web IMF mengenai kedudukan kewangan negara Malaysia pada 31 December 1999 . sumber


Berikut pula adalah kedudukan negara Indonesia dan Thailand yang kita tahu mengambil pakej pinjaman dari IMF sumber indonesia sumber thailand



Cuba perhatikan pada bahagian IV, iaitu 'Outstanding Purchases and Loans' . Untuk negara Malaysia untuk data 31 Dec 1999 , tertulis 'NONE'  dan untuk negara Indonesia dan Thailand jelas menunjukkan data2 pada bahagian IV. 

Sekarang timbul persoalan dokumen perjanjian hutang apa yang puak-puak PKR dedahkan dalam sidang akhbar mereka ? Dr.M tandatangan perjanjian hutang pada Mac 1999 , tetapi kenapa tiada data ditunjukkan pada Dec 1999?  Apakah spin puak2 pakatan Penipu Rakyat sekarang?


Beza Pinjaman Bank Dunia dan Pakej Bantuan Dari Bank Dunia ? AWAS Putar Belit Anwar Ibrahim

Spin Anwar Ibrahim dan balachi2 nya kali ni tak bertahan lama , cepat saja di kantoi kan oleh Dr.Mahathir sendiri, dalam keadaan terbelit tu , sempat lagi diaorang membelit pasal pinjaman Bank Dunia , sidang media dibuat untuk mengelirukan orang ramai. Namun syukurlah ada rakan blogger yang cepat sekali menepis serangan ni dengan fakta2 tepat!

1.Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim merupakan seorang yang gemar menipu. Siapa yang tidak tahu mengenai penipuan terang-terangan beliau kepada Malaysia dan dunia mengenai 16 September.

2.Selain daripada itu, beliau telah berkali-kali membuat penipuan sebelumnya. Seperti penipuan mengenai diracun arsenik, penipuan mengenai suntikan HIV dan pelbagai penipuan lain. Malah beliau terkenal sebagai seorang yang gemar berjanji manis dan ber retorik tanpa membuahkan sebarang hasil.

3.Baru-baru ini, untuk kesekian kalinya, Anwar Ibrahim cuba menipu lagi. Kali ini dalam usaha untuk menghapuskan label agen US yang melekat pada dirinya, beliau menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir ada menghantar surat memohon bantuan kepada Bank Dunia untuk menyelesaikan krisik ekonomi 1999. Rujuk tulisan dibawah:

4.Tun Dr. Mahathir dalam kenyataan balasnya mengatakan bahawa Anwar Ibrahim penipu dan sememangnya seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah penipu dan tidak mustahil beliau akan menipu lagi.

5.Kita juga mengetahui bagaimana pada masa krisis 1997-1999 itu, Tun Dr. Mahathir tidak mahu menerima pakej ekonomi dari IMF dan Bank Dunia. Kita juga tahu bahawa Anwar Ibrahim diatas kelemahan beliau sebagai Menteri Kewangan yang mungkin tidak faham asas-asas ekonomi, mahu mengikut langkah-langkah yang dicadangkan oleh IMF. Ini kerana beliau tidak ada idea lain yang boleh difikir sendiri melainkan menerima idea orang lain sahaja.

Seterusnya sila baca di blog Chewal yang lengkap dengan gambarajah2 serta data2 yang mantap yang boleh potong 'stim' balachi2 Anwar yg khabarnya buat press conference tadi .. keh keh keh

Jangan Heret Mahasiswa Dalam Perjuangan Syok Sendiri Solidariti Mahasiswa Malaysia : Buktinya Pilihanraya Kampus Feb 2011

Dari press conference SMM , wakil berlagak pandai berucap telah menyatakan kejadian menurunkan bendera di PWTC adalah satu simbolik protes MAHASISWA dan ANAK2 MUDA MALAYSIA terhadap kepimpinan Perdana Menteri DS. Najib Tun Razak. Kejadian bendera diturunkan hanyalah selama 5 minit sebelum bendera Perdana Menteri dinaikkan semula.

Press Conference SMM (AMARAN: Jangan mudah kagum!)

Si perasan intelek yang berucap di press conference tadi ialah Ahmad Syukri Abdul Razak yang juga pengerusi persatuan yang dianggotai oleh mahasiswa2 'beruk' . Dalam press conference itu seakan mengugut Perdana Menteri DS Najib , mereka meminta supaya kerajaan melayani permintaan 'academic freedom' mereka.



Tadi dikhabarkan juga mereka telah pergi ramai2 ke Bukit Aman , dengar kata ada ada satu bas dan ditemani oleh mu si Bard dari Parti Keadilan Rakyat , nampak jelas sekali puak2 ini di kontrol oleh Pakatan Rakyat . Hari tu di PWTC si Tian Chua , hari ni si mu si Bard pulak? Mujur penyokong2 kerajaan BN tersilap mengamok depan pintu pagar UPSI , kalau bertembung keduanya di Bukit Aman ... masak lah!!



Harap DS Najib tak termakan dengan ugutan2 dari budak2 berhingus ni, ramai lagi mahasiswa di luar sana yang benar2 memerlukan 'acedemic freedom'. SMM ni cuba mengheret lain2 mahasiswa untuk masuk dalam kepompong mereka . SMM ni langsung tak mewakili suara majoriti mahasiswa. Pasal pa aku cakap macam tu? Jawapannya mudah dan sangat jelas sekali , cuba hang pa semua tengok result pilihanraya kampus February 2011 ? Mana yang menang banyak? Pro Aspirasi atau Pro Mahasiswa? Banyak Pro Mahasiswa yang tersungkur di IPTA2 , tapi tersungkur ni lah yang banyak buat hingaq ... mutha fakahh betul !


Sunday, December 18, 2011

Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b? - Jawapan kepada artikel Malaysiakini

Sebelum ni saya pernah buat posting blog berkenaan pembelian kapal perang yang dipersoalkan harganya yang lebih mahal berbanding harga kapal perang yang dibeli Filipina. Baca sini

Semalam Bousted telah mengumumkan mereka berjaya mendapat kontrak dari Putrajaya untuk membekalkan 6 buah kapal perang dari Peranchis DCNS. Berdasarkan posting blog saya lepas , Bousted telah memilih kapal perang dari jenis Gowind class.

Malaysiakini hari ini melaporkan Tony Pua telah mempersoalkan pertambahan kos RM 500 juta untuk setiap sebuah kapal perang itu.


Dari petikan posting blog lepas yang telah saya tulis ;

"Pada October 2006 , Perdana Menteri Bulgaria dan President Peranchis bermesyuarat untuk kontrak pembelian 4 buah Gowind class . Kontrak pada masa itu dianggarkan EUR900 million (USD 1.25 billion).
Walau bagaimanapun kerajaan Bulgaria terpaksa menarik diri dari tender kerana tiada kemampuan ."

sumber:
http://www.defenseindustrydaily.com/bulgaria-orders-4-gowind-200-frigates-from-dcns-03951/

Justifikasi untuk pertambahan kos sebanyak RM3 billion mungkin disebabkan beberapa perkara , secara logiknya sekiranya kita ingin membeli kapal perang ini pada tahun 2006 harga yang perlu dibayar pada masa itu ialah RM7 billion !  Pengiraan seperti berikut.

Merujuk kepada rundingan pembelian oleh Bulgaria, sebuah Gowind class pada ketika itu  (2006, tukaran wang USD1 = RM3.7) ialah = (USD 1.25 billion x 3.7 / 4 =  RM 1.15 billion)

Berpandukan pada tukaran matawang USD kepada Ringgit Malaysia pada tahun 2006 , harga sepatutnya menjadi RM1.15bil x 6 = RM 7 billion

Perlu diingat, harga bahan mentah pada tahun 2006 tak sama dengan harga pada tahun 2011. Umum mengetahui harga bahan mentah di pasaran dunia akan sentiasa naik berkadaran dengan masa. Katakan sekiranya harga bahan mentah hanya naik minimum 10% , maka sudah tentu lah pertambahan minimum sebanyak RM 0.7 billion

Dan juga spesifikasi tahun 2006 dan 2011 berbeza. Tentulah spesifikasi tahun 2011 lebih baik. Buat perbandingan dengan harga Ipad . Adakah kita nak beli Ipad 1 (tahun 2009) pada harga Ipad 2 (2011) ?
Pertambahan spesifikasi ini tentulah menambahkan lagi harganya.

Dan menurut rakan yang pernah berada dalam Navy, apabila kerajaan membeli sesuatu peralatan pertahanan. Peralatan ini akan diubahsuai dan ditambah dengan peralatan2 lain yang menjadi RAHSIA KERAJAAN. Sekiranya tidak dilakukan, musuh akan mudah mengetahui selok belok peralatan ketenteraan yang diguna pakai kerana mereka juga mungkin membeli dari sumber yang sama. Kos ubahsuai ini seharusnya melibatkan pertambahan kos yang tinggi kerana pihak kerajaan terpaksa juga membeli 'blueprint' asal sebelum melakukan kerja ubah suai.

Tony Pua bertanya terlalu banyak tentang soal aset pertahanan negara , sedangkan soal2 pertahanan adalah RAHSIA KERAJAAN. Sekiranya kerajaan menjelaskan kepada Tony bahawa peningkatan kos telah meningkat sebab kapal telah dilengkapi peralatan itu dan ini , teknologi itu dan ini dan macam2 lagi . Tentulah perkara ini bukan menjadi rahsia lagi dan negara2 jiran hanya ketawa dengan gelagat bodoh ahli parlimen Malaysia ni yang mahu mengorek rahsia2 ketenteraan negara.

Adam Adli Mahasiswa Perasan Intelek yang Turunkan Bendera PM Najib di PWTC semalam (17/11/2011) ?

Mahasiswa kurang ajar yang menurunkan bendera petang kelmarin ialah si Adam Adli . Student UPSI bangang yang tak kenal dek untung. Budak baru nak up dalam apa yang mereka panggil sebagai 'perjuangan' . Aku harap UPSI buang mangkuk ayun ni dan mereka yang seangkatan dengannya. Status yang mahasiswa yang dibanggakan itu campak saja ke lubang jamban. Ko nak glamour sangat... nah ini ko punya glamour!



Ni aku quote apa yang si mangkuk ayun Adam Adli tu tulis

."Bila bergelar mahasiswa, perkara pertama yang harus kita kuasai adalah : keupayaan berfikir dan menzahirkan pemikiran kita. Bina idealisma yang utuh, supaya tidak dipersiakan darjat sosial yang diberikan kepada kita"

My answer to his quote is "pundekkk la lu" . Sebenarnya tak perlu untuk bergelar mahasiswa untuk ada keupayaan berfikir , itu bukan pembinaan idealisme yang utuh .. tapi idealisme yang but*h . Dan penggunaan darjat sosial tu seolah-olah masuk bakul angkat sendiri . Aku pun dah pernah jadi mahasiswa, dan aku cukup menyampah golongan yang perasan hebat dengan status mahasiswa tu. .. padahal kat Fakulti keputusan peperiksaan cukup2 makan. Di dalam blog , di dalam majlis2 pembangkang bercakap lah seolah-olah mereka ini orang yang intelek , ayat pula disusun cantik dengan penggunaan istilah yang boleh menggagumkan pengikut2 taksub ...

Sekarang kita tunggu tindakan seterusnya...balachi2 Anwar ni fikir diaorang punya demo ja... tunggu orang lain punya demo pulak . Buang saja si Adam Adli ni dari UPSI ... antara universiti yang menternak golongan2 yang nak berdemo ke hulu hilir . Mereka ni keluar akan jadi guru... guru yang akan mengajar budak2 di sekolah , mereka ni lah yang akan meracun pemikiran budak2 tu . Sesal dahulu pendapatan .. sesal kemudian tak guna.

Lagi gambar Adam Adli di dalam blog AAKJ (Link 1) (Link 2)

Mahasiswa Perasan Intelek Kurang Ajar , Timbalan Menteri Perasan Intelek Tumpang Sekaki! Ptuihhh

Teringat dulu masa aku belajar kat UTM Skudai, memang dah wujud gerakan mahasiswa2 yang kononnya memperjuangkan kebebasan berpolitik , menghapuskan AUKU dan macam2 lagi . Yang menariknya, diaorang yang dok buat kerja ni terdiri daripada mahasiswa yang berbangsa Melayu ! Seperti yang umum tahu , UTM Skudai ni menawarkan kursus2 kritikal, memang takdak masa nak pikir pasal politik2 ni, masa tu yang penting bagi aku survival nak menamatkan kursus kritikal yang aku ambik dulu.

Biasa yang dok sembang pasal politik dan mengedar risalah membenci kerajaan ni dari kursus2 tak kritikal. Mungkin apa yang diaorang belajar lebih santai dan tak terlalu memeritkan kepala otak jadi ditumpukan pula pada perkara2 sebegini. Tapi ada lah jugak sorang mamat ni di Fakulti yang sama dengan aku, 'feeling'2 pejuang mahasiswa a.k.a pemimpin pelajar . Lepas je habis kelas, disuruhnya budak2 jangan beredar dulu kononnya nak bagi penerangan pasal dia punya kempen politik .. sesambil camdek pihak Universiti secara langsung dan kerajaan secara tak langsung. Kita orang yang memang terlalu busy ni buat bodoh je tak layan dan terus biar mamat tu terkapai-kapai . Tahun pertama dia selamat .. tahun kedua paras2 hidung , tahun ketiga terus kena tendang keluar UTM sebab gagal . So ... bila dia dah kena tendang, apa lagi yang dia nak perjuangkan ? Status mahasiswa tu dah hilang.


Masa aku belajar dulu, budak2 yang sibuk minta kerajaan hapuskan AUKU dan macam2 lagi ni hanyalah beberapa kerat je . Ramai yang takde masa nak fikir benda2 macam ni sebab diaorang nak tumpu pada study. Aku pun tak paham , apa lah sangat yang diaorang nak AUKU tu di hapuskan ? Nak sibuk berpolitik , boleh berenti terus jadi pelajar dan masuk politik. Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti sebenarnya adalah suara mahasiswa terhadap pengurusan universiti dalam hal ehwal kebajikan mereka . Pasal pengangkutan, penginapan, kos makanan di dewan makan, kemudahan dewan kuliah yang selesa dan macam lagi  , ni kebajikan mahasiswa tak terbela ... nak pi bela orang2 politik di luar apa cerita??

Lagi satu aku tengok Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sekarang ni si Saifudin pun bukan main beriya-iya menyokong mahasiswa2 baghal ni dalam 'perjuangan' diaorang nak menghapuskan AUKU . Tak ke bodoh namanya tu , sepatutnya sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , ko menerangkan sebab AUKU diadakan bukannya ko pun join sekaki . Kalau nak join sekaki ko letak la jawatan Saifudin. Metaforanya si Pudin ni mudah je.. macam orang yang beli kereta Proton tapi pada masa yang sama dok kutuk2 kereta Proton yang dia beli tu, dah tau tak bagus apsal ko beli bodooo!!!


Hari ni aku dapat berita, sekumpulan mahasiswa dok buat gila dekat PWTC, si Pudin Timb. Menteri support beb... siap retweet bangga sebab Ambiga puji dia dalam Twitter , ptuihhh .. Mahasiswa2 baghal tu siap turunkan bendera DS Najib lagi. Mangkuk2 perasan intelek + bagus (100 orang je pun) ni buat tunjuk perasaan kat PWTC buat apa ... pi la buat tunjuk perasaan dekat Kementerian Pengajian Tinggi..paling best sekali dekat pejabat Si Pudin tuh.. Berita lanjut tentang tunjuk perasaan ni di lama web KLPost

Thursday, December 15, 2011

Gelombang Perang Cyber Sebenar Melanda ... Bermula di Somalia !

Mungkin bila kita bercakap pasal Afrika, apa yang terbayang adalah negara2 yang mundur dan dihimpit masalah perang saudara. Di negara seperti Somalia, jurucakap tentera Kenya yang berada di bawah panji AMISOM (African Union Mission for Somalia) yang menggunakan twitter handle @MajorEChirchir , beberapa bulan sebelumnya telah menghantar beberapa mesej twitter berkenaan beberapa operasi di negara bergolak Somalia. Terbaru pada Jumaat (2.12.2011) beliau telah menghantar mesej twitter seperti di bawah.


Rupanya mesej twitter beliau telah di baca oleh follower yang menggunakan handle @HSMPress yang juga merupakan tentera Al-Shabaab ! Lantas di balas seperti berikut ;


Lepas terbaca mesej twitter @HSMPress (tentera Al-Shabaab) , @MajorEChirchir (jurucakap tentera Kenya) memulakan 'trending' #Operationlindandchi  kepada follower2 beliau yang berjumlah hampir 10,000 (mungkin bertambah selepas berita ini tersebar)


Kemudian beliau terus menghantar satu mesej menggunakan trending #Operationlindandchi seperti berikut yang menggesa tentera Al-Shabaab untuk menyerah


Kemudia tentera Al-Shabaab yang menggunakan handle @HSMPress memulakan provokasi dengan mengatakan 50,000 tentera dari Ethophia pun tidak dapat mengamankan Somalia, jauh sekali untuk beberapa kerat tentera Kenya berangan lebih.


 #Operationlindandchi  (juga codename untuk operasi tentera Kenya) bermula pada Oktober lepas apabila beberapa penculikan berlaku di Kenya oleh pengganas2 dari Somalia. Seperti biasa apabila berlaku perang 'twitter' antara individu2 tertentu akan ada yang cuba menjadi 'nasi tambah' ... keh keh keh (aku punya perangai la tu...)





Last sekali ada sorang mamat dari Malaysia mai menyampuk dalam loghat Penang ... keh keh keh 


ohh ya ,  btw aku bukan saja buat cerita ni .. ini sumbernya

Gelombang Kebenaran Melanda Selangor, Ceramah YB Zul di Kelana Jaya dapat sambutan hebat ! (14/12/2011)

Tadi aku pi Kelana Jaya untuk ceramah Zulkifli Nordin ... perghh kehadiran memang mantap !! YB Zul berceramah lebih kurang 2 jam kebanyakkannya  bercerita pasal pengalaman beliau bersama berjuang dengan  Anwar Ibrahim .



YB Zul menceritakan tentang pegangan pluralisme Anwar Ibrahim yang menyamakan agama Islam dengan semua agama2 lain. Inilah yang dijaja oleh Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat bukan beragama Islam . Penyokong2 PAS pula seolah-olah mengiyakan saja pendapat ini. Mungkin sebab itu juga Anwar Ibrahim setuju dengan penubuhan Interfaith Commission  Mufti Perak , Datuk Harussani dan Timb. Mursyidul Am PAS , Datuk Harun Din telah menyatakan orang Islam yang berfahaman pluralisme boleh jatuh murtad. 



Selain itu, agak menarik cerita YB Zul berkenaan Anwar yang pucat lesi bila diberitahu Saiful Bukhari telah membuat laporan polis berkenaan dirinya telah diliwat . Anwar dikatakan agak penik pada ketika itu dan hilang pertimbangan sehingga telah bersiap sedia untuk melarikan diri dari Malaysia. Malah tiket kapal terbang ke Turkey juga telah ditempah. Mungkin untuk menutup keraguan YB Zul pada ketika itu , Anwar telah memilih untuk berhubung dengan temannya di Kedutaan Turkey dan bersembunyi di situ untuk mengelakkan beliau dari dicekup. Beliau juga mengarahkan isterinya Datuk Seri Wan Azizah untuk mengada-adakan cerita bahawa beliau diancam bunuh.


YB Zul juga menyentuh mengenai 16 September yang kononnya tarikh keramat Putrajaya akan diambil alih oleh Pakatan Rakyat. YB Zul pada ketika itu bertalu-talu bertanya kepada Anwar siapa mereka yang akan melompat parti , tetapi pelbagai alasan diberikan . Anwar mengaku telah berjaya memperoleh ahli2 parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk 'cross over' . Beliau bijak memutar belitkan penipuan sehingga menyebabkan ramai ahli2 parlimen PR pada ketika itu termasuk YB Zul percaya. Satu perkara yang ditekankan semasa ceramah tadi ialah Anwar memang bijak menipu dan melaga-lagakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.  Tiba 16 Sept, Anwar telah terbelit dengan janji2 beliau sendiri menyebabkan ramai wakil2 rakyat PR sendiri hilang keyakinan pada beliau.


Banyak lagi pembongkaran2 lain di dedahkan , video ceramah akan di update oleh team2 lain yang ada disitu. Gambar semasa ceramah boleh juga dilayari di blog AAKJ.COM



Tuesday, December 13, 2011

Khalid Samad Nak Usahakan Kerusi Lain utk Hassan Ali ?

Semalam , saja la aku 'tweet' Khalid Samad soalan pancing ...


Kejap tadi masa tengah melepak dekat Mesra Mall , Terengganu, aku dapat jawapan dia .. 


Khalid Samad bagitau dia tengah usahakan kerusi lain untuk Hassan Ali kalau Gombak Setia tak nak terima . Persoalaan sekarang betul ka Gombak Setia tak nak terima ? atau kerusi yang nak dibagi tu kerusi confirm kalah ?

Dan khabar angin terbaru pulak .. Hassan Ali nak keluar PAS ? Mungkin sebab tekanan dari pimpinan tertinggi ?


Monday, December 12, 2011

Usaha Terakhir Anwar Mengheret Dato' Seri Najib Ke Mahkamah ?

Anwar dikatakan masih betah mahu mengheret PM ke mahkamah walau permintaan beliau telah ditolak sebelum ini.  Anwar memutarkan skrip2 lama beliau itu semua yang berlaku ada lah konspirasi . Semua nya dikaitkan dengan fitnah yang berniat jahat terhadap beliau . Mungkin Anwar rasa untuk kes ini takde bukti video , bergambar dan sebagainya beliau berasa agak selamat untuk memanipulasi cerita yang dirasakan berpihak padanya. Walau bagaimanapun mungkin dia lupa , rakyat sebenarnya melihat juga tindak balas beliau dalam video seks dengan 'China doll' . Jelas sekali wajah Anwar terpampang , malah dari menaiki lif hingga ke bilik . Konspirasi yang kononnya warna baju berbeza di pakai Anwar juga telah dikantoikan oleh blogger2. Rakyat tak bodoh dan sedang memerhati gelagatnya , Anwar dan konco-konconya sebenarnya adalah liabiliti besar kepada Pakatan Rakyat namun masih disimpan .. mungkin kerana 'lubuk duit' , who knows..

Dari blog Gelombang Rakyat ,


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari in i masih mahu mengheret Datuk Seri Najib Razak ke Mahkamah kerana kononnya bertanggungjawab atas kes Liwatnya itu. Anwar seperti biasa menggunakan skrip lamanya mendakwa kes beliau ini merupakan Konspirasi Najib untuk menjatuhkan karier politik beliau.


Apabila ditanya berkenaan bukti yang mengukuhkan tuduhan beliau, Anwar melalui peguamnya menjelaskan Saiful Bukhari ada bertemu PM pada tahun 2008. Dengan mengenali salah seorang Menteri Kabinet pada ketika itu, Saiful mengambil peluang meminta bantuan Menteri berkenaan untuk bertemu PM bagi membantunya menyelesaikan masalah Pinjaman Pelajaran beliau.



Walaupun mendakwa terdapat cap jari Najib, sehingga hari ini Anwar masih belum mempamerkan bukti kukuh berkenaan perkaitan cap jari itu dengan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. 

Beri bukti Anwar. Bila tak pamer bukti, didakwa Mahkamah Paddy Kutty. Bila pihak Saiful persembahkan bukti melalui rakaman CCTV Apartment yang didakwa berlakunya liwat, Anwar kata konspirasi.

Susah lah Anwar kalau beri alasan yang sama sahaja. Cubalah fikir 'idea' lain. Perbicaraan bersambung esok jam 1:30 petang.

KHIDMAT KEMANUSIAAN : KEPRIHATINAN DS @NajibRazak DAN RAKYAT MALAYSIA AMAT DIPERLUKAN UNTUK MEMBANTU ADIK MALANG INI !!!

Maklumat ini diperoleh dari blog Info 4 The Truth .. harap pihak-pihak berkenaan di kawasan kanak2 malang ini sila ambil perhatian . Jalankan tanggungjawab pada rakyat yang mengundi anda . Di kala anda sedang  bersenang lenang , perlu ingat orang2 yang menaikkan anda. Adakah anda 'winnable candidate' seperti yang dimahukan oleh PM kita Dato Najib ?


I4TT dihubungi baru sebentar tadi oleh seorang sahabat dari Utara Tanah Air untuk menyampaikan kepada Rakyat Malaysia kisah seorang adik malang yang baru berusia 1 tahun 5 bulan ini. Diharap penerbitan entri ini dapat disebarluaskan dan sampai kepada insan-insan berhati mulia untuk tampil membantu adik malang ini.


Lebih setahun 5 bulan Adik malang ini menderita penyakit kronik yang memerlukan sepenuhnya penjagaan ibu, Adik Suci Farisya Binti Ruhaizat yang beralamat di batu 8 1/2 Jalan Kaki Bukit, Perlis ini masih belum menerima KUNJUNGAN PRIHATIN dari mana-mana pihak atau YB. 

Bantuan JKM masih dalam kelulusan sejak 4 Mei 2011 didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). 

Diharapkan kepada sesiapa yang prihatin dapat menyegerakan segala urusan berkaitan kerana kos untuk susu khas berjumlah RM550 sebulan tidak termasuk kos lampin pakai buang dan kos lain yang berkaitan. 

Bukan nak salahkan siapa tapi... Prihatinlah atas nama kemanusiaan. 

Terima kasih! Harap tiada yang hendak mengatakan I4TT membuka PEKUNG di dada lagi.


Diatas ini gambar yang diambil pada 3 November 2011 lalu. Sekarang adik ini telah pun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik Alor Setar, Kedah semenjak 4 Disember 2011.

Harapan adik Suci Farisya diberitakan 50/50 namun adik ini yang baru berusia 1 tahun 5 bulan sangat kuat semangatnya. Adik ini hampir koma ketika kali pertama masuk ke wad.

Bapa kepada Adik ini hanyalah seorang pemandu lori yang bertugas menghantar barangan ke seluruh negara dan biasanya bila out-station akan meninggalkan keluarga untuk tempoh seminggu ke dua minggu.

Pada kejadian baru-baru ini ketika Adik Suci Farisya dimasukkan ke wad, bapanya berada di Kuala Lumpur ketika sedang menyiapkan barangan untuk dihantar ke Johor Bharu. 


Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Adik Suci Farisya Rohaizat (OKU) yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Alor Setar, Kedah kerana komplikasi paru-paru yang dialaminya, dapat berbuat demikian dengan menyumbang secara terus ke ; 

No akaun CIMB : 09010002622205 
Atas nama : Halimatun Sa'adiah bt Mat Saad (Ibu kepaa adik Suci Farisya) 

Segala perhatian dan sumbangan anda moga dibalas kebaikan oleh ALLAH S.W.T. 

Sila kongsi dan sebarluaskan. Semoga dikira sebagai amalan baik oleh ALLAH.

I4TT mohon sangat-sangat kepada pihak-pihak yang berkenaan dari Parlimen Padang Besar dan Dun (N.2) Beseri untuk turun membuat lawatan Ihsan dan sumbangan segera disamping menanti sumbangan ikhlas dari Rakyat Malaysia yang prihatin yang membaca entri di I4TT ini juga entri sahabat-sahabat blogger yang lain.

Pesanan kepada sesiapa yang ada/akan mempunyai masalah seperti ini di kemudian hari (jika ada).

Ingat !!! 

Mendaftarkan diri sebagai OKU di JKM bukan automatik sekali dengan permohonan bantuan. Permohonan perkara yg berasingan. 

Inilah yg terjadi kepada keluarga ini apabila tidak dimaklumkan oleh JKM ketika mereka mula mendaftarkan anak mereka sebagai OKU. 

Kesannya permohonan terpaksa dibuat agak lambat dan mereka terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk menanggung pembelian susu yg agak mahal dan kos-kos lain yg berkaitan.

Mohon insan-insan prihatin untuk membantu Adik malang ini. Buat sahabat-sahabat yang prihatin mohon sebarkan informasi ini.

Terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa baik anda semua.

Ceramah Tun Dr. Mahathir - Bangunan UMNO Ampang (11/12/2011)



video


1. UMNO berkongsi kuasa dengan kaum2 lain. Selain menjaga hak Melayu sebagai kaum majoriti , hak kaum2 lain tidak diabaikan.

2. Negara2 lain yang mendapat kemerdekaan pada tahun yang lebih kurang sama dengan Malaysia , kurang berjaya berbanding Malaysia .

3. Konsep kerjasama antara kaum menjayakan Malaysia. Negara dapat dibangunkan dengan pesat dan cepat bila dapat sokongan kuat dari rakyat. Keyakinan pelabur adalah tinggi untuk melabur pada sebuah negara yang stabil seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.

4. Sejak merdeka ramai professional di lahirkan di kalangan rakyat Malaysia di bawah rancangan pembangunan kerajaan BN.  Malaah professional/tenaga pakar dari negara kita juga diiktiraf di luar negara. Ada juga pesakit2 dari luar negara datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan. Kejayaan ini adalah kerana dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan BN.

5. Dunia mengiktiraf BN sebagai parti politik yang berjaya, tiada keperluan untuk ditukar.  Pepatah Inggeris mengatakan "kalau benda itu berjalan dengan baik .. jangan repair.." (seperti diucap oleh Tun Mahathir , sambil disambut oleh gelak tawa para hadirin)

6. Dasar BN adalah untuk mengurangkan jurang miskin dan kaya. Ideologi komunis dan sosialis tercipta kerana terdapat jurang yang sangat jauh antara miskin dan kaya. DEB diwujudkan bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga kaum2 lain.

7. Dasar Malaysia Incorporated yang diperkenalkan kerajaaan BN untuk membantu syarikat2 besar yang telah berjaya mungkin menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat iaitu untuk apa membantu syarikat2 yang telah berjaya.

8. Tujuan kerajaan adalah untuk memperoleh cukai2 dari syarikat2 besar, cukai2 ini diagihkan kepada rakyat dan untuk pembangunan. Pada masa Tun menjadi PM , cukai yang dikenakan adalah sebanyak 28% , kerajaan tidak perlu membuat apa2 pelaburan dan hanya perlu menggubal dasar yang membantu syarikat ini.

9. Kerajaan memperoleh pendapatan dengan dasar ini dan sekaligus rakyat yang kurang kemampuan dalam julat pendapatan tertentu tidak dikenakan cukai pendapatan.

10. Tun juga menyentuh berkenaan budaya demonstrasi jalanan yang menyusahkan peniaga2 . Ketidakpuasan hati terhadap kerajaan sepatutnya pada saluran yang betul dan bukan menyusahkan orang awam dan peniaga2.

11. Berkenaan konsep parti2 komponen yang mewakili kaum tertentu dalam BN sebenarnya adalah perlu untuk menyuarakaan suara hati kaum masing2. Parti tanpa mengira kaum pula akan mewujudkan budaya pilih kasih berdasarkan kaum majoriti atau ketua dalam parti berkenaan. (Contoh mudah DAP dan PKR)

12. Dalam  Barisan Nasional , setiap parti walaupun kecil atau besar akan mempunyai 3 wakil untuk Majlis Tertinggi. Masalah berkenaan kaum masing2 dibincang melalui Majlis Tertinggi yang mempunyai wakil yang seimbang .

13. Tun juga memberi pendapat mengenaai PRU13 iaitu BN pasti tidak akan kalah dalam PRU13 sekiranya tiada budaya tikam belakang sesama sendiri. Pilihan kepimpinan tertinggi dalam menentukan calon pilihanraya untuk BN harus tidak pertikaikan dan sokongan penuh diberikan. Kepentingan parti diutamakan berbanding kepentingan peribadi.

14. Masalah2 tertentu dalam UMNO juga perlu diberi perhatian. Keahlian UMNO adalah terbuka kepada semua orang. Kadang2 ada ketua cawangan dan ketua bahagian menghalang orang2 yang berkebolehan serta berpendidikan tinggi untuk jadi ahli UMNO. PAS sebaliknya dengan mudah membuka keahlian mereka kepada professional2 ini. Satu masa dahulu PAS dipenuhi oleh guru2 dari sekolah2 pondak , sekarang PAS terdiri dari mereka yang professional.

15. Sekiranya budaya menghalang mereka yang berkebolehan/berpendidikan tinggi untuk masuk UMNO wujud di kalangan ketua2 cawangan dan bahagian , akan tiba satu masa UMNO hanya terdiri dari mereka yang bodoh! Di Selangor dan Kedah sendiri agak sukar mencari mereka yang berkebolehan untuk menjadi menteri2 dan pemimpin tertinggi kerana tidak berkebolehan / kurang kelayakan dari segi pendidikan. Sesuatu harus dilakukan untuk mengelak budaya ini berterusan. Walau bagaimanapun, kepimpinan tertinggi UMNO sekarang adalah dari kalangan mereka yang berpendidikan dan berkeliber , generasi pelapis yang juga berpendidikan dan berkaliber/berkebolehan harus mengambil alih kepimpinan pada masa hadapan demi survival UMNO untuk generasi seterusnya.

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor